Pages

Sunday, October 11, 2009

Taiyou to Umi no Kyohitsu

Year : 2008
Title (romanji): Taiyo to Umi no Kyoshitsu
Title (english): Homeroom on the Beachside
Episodes: 10
Viewship Rating : 14.50
Genre: School drama
Cast: Oda Uji, Kitagawa Keiko, Kitano Kii
Okada Masaki, Yoshitaka Yuriko
Animated Pictures Myspace Comments
Plot :
Mengisahkan tentang kehidupan dan hubungan persahabatan sekumpulan pelajar sekolah tinggi yg terdiri daripada Hiroki, Riku, Hachiro, Akari, Yamato, Hana dan Eiji. Mereka merupakan kawan baik dan belajar bersama-sama di sekolah berhampiran laut, pemandangan di situ sangat indah dan damai.


Suatu hari, seorang guru yg agak pelik datang ke sekolah mereka, namanya ialah Sakurai Sakutaro. Latar belakangnya adalah misteri dan tiada orang yg faham apa yg dibicarakan semasa  di dalam kelas. Dia sebenarnya adalah suami kepada pengetua sekolah berkenaan dan ayah kepada Wakaba, seorang guru baru di sekolah itu. Namun, tiada siapa yg tahu akan perkara itu. Pada mulanya, pelajar-pelajar tidak dapat menerima Sakutaro sebagai guru mereka, namun sikap Sakutaro yg tidak pernah putus asa dan sentiasa membantu pelajar telah membuka hati mereka semua untuk Sakutaro.

Banyak pengalaman pahit dan manis yg dilalui oleh Sakutaro bersama pelajar-pelajar itu, dia sentiasa ada bersama pelajar jika mereka memerlukan bantuan. Hubungan Sakutaro bersama pelajar juga semakin rapat terutamanya dengan  Hiroki, Riku, Hachiro, Akari, Yamato, Hana dan Eiji.  Pelajar-pelajar juga dapat menamatkan persekolahan mereka dengan berjaya kerana bantuan daripada Sakutaro.


Review :
Antara drama sekolah yg terbaik pernah dilihat. Jalan cerita menarik dan tak membosankan. Ia lebih berkisarkan tentang hubungan persahabatan antara pelajar , namun terdapat juga konflik2 yg berlaku dalam hubungan mereka. Ada kenangan lucu, manis, dan ada juga kisah yg sedih.. yg sedihnya ialah apabila salah seorang daripada mereka mati. Siapakah yg mati itu? tengok la sendiri nanti yek  
Anime Myspace Comments
Character :

Screencaps :
 

Episode Info 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...