Pages

Tuesday, October 13, 2009

Attention Please

Year : 2006
Title (english): Attention Please
Episodes: 11
Viewship Rating : 16.37
Genre: Comedy
Cast: Ueto Aya, Nishikido Ryo, 
Maya Miki, Aibu Saki, Uehara Misa
Animated Pictures Myspace Comments

Plot :
Attention Please mengisahkan tentang seorang gadis tomboi bernama Misaki Yoko yg ingin menjadi Cabin Attendant demi lelaki yg disukainya. Yoko telah pergi ke temuduga dan dia diterima untuk latihan pramugari. Namun, personaliti dan imejnya sangat berbeza daripada semua peserta lain, dan menyebabkan peserta lain tidak berpuas hati dengan Yoko terutamanya Hirota Saori 

Gurunya, Mikami Tamaki juga sangat tegas dengannya dan membuatkan Yoko berasa kurang senang. Yoko juga banyak melakukan insiden yg memalukan sewaktu latihan. Pernah juga Yoko berputus asa, namun Tamaki telah menasihatinya untuk meneruskan latihan. Lelaki yg disukai oleh Yoko pula sudah ada  teman wanita dan membuatkan Yoko berasa kecewa. Dalam waktu yg sama dia berkawan baik dengan Yayoi dan Yuki manakala Saori pula selalu mencari gaduh dengannya. Yoko juga berkawan dengan Nakahara Shota yg bekerja sebagai technician pesawat di situ. 


Yoko dalam diam menyukai Shota, tapi dia merahsiakan kerana kawan baiknya Yayoi juga sukakan Shota. Akhirnya dapat juga Yoko terbang setelah menghadapi macam-macam halangan sebelum ini.. Hubungannya dengan Saori pun semakin baik, tiada lagi gaduh-gaduh macam dulu. Banyak pengalaman yg dikutip oleh Yoko dan dia juga semakin berubah, daripada seorang yg cuai menjadi lebih berhati-hati.

Review :
Suka Aya-chan dalam drama ni, kawaii dan watak dia best & kelakar. Cite ni banyak part lucu. part serius dan sedih ada juga ,contohnya semasa Yoko seorang saja yg gagal dalam latihan. Kita juga dapat tengok  macam mana cara latihan mereka yg memang ketat dan disiplin, dan cara mereka menghormati penumpang dengan selalu menunduk. Best la boleh tengok cara Cabin Attendant Jepun menjalankan tugas.

Character :

Screencaps :
Episode info
Awards 
~ 49th Television Drama Academy Awards: Best Titleback
------------------------------------------------------------------------------------

SPECIAL 2007 - HONOLULU, HAWAII
Year : 2007
Title (english): Attention Please
Viewship Rating : 17.20
Genre: Comedy
Cast: Ueto Aya, Nishikido Ryo, 
Maya Miki, Aibu Saki, Uehara Misa
Animated Pictures Myspace Comments
Plot :
Episod Special 2007 ini mengisahkan Yoko yg telah pun menjadi Cabin Attendant Profesional. Dia menjalani latihan untuk bekerja di penerbangan antarabangsa dan tempat yg harus dituju oleh Yoko ialah Honolulu, Hawaii. Yoko sangat gembira dan menjalani hari-harinya di Honolulu sepuas hati. Satu peristiwa berlaku di sana, iaitu Yoko telah hilang ! Semua rakan sekerja sangat cemas mendengar berita itu, mereka berusaha mencari Yoko kerana risau dia diculik. Shota yg berada di Jepun turut risau akan kehilangan Yoko dan dia telah datang ke Hawaii semata-mata untuk mencari Yoko. Yayoi akhirnya tahu bahawa Shota selama ini sukakan Yoko. 

Sebenarnya Yoko tidak diculik, dia hanya tertidur di atas lori. Apabila sampai di hotel, rakan-rakan setugasnya dan bekas gurunya, Tamaki berasa lega. Shota yg tiba di Hawaii memarahi Yoko kerana membuatkan mereka risau. Selepas itu mereka berdua melihat matahari terbenam bersama-sama.
------------------------------------------------------------------------------------
SPECIAL 2008 - SYDNEY AUSTRALIA

Year : 2008
Title (english): Attention Please
Viewship Rating : 13.30
Genre: Comedy
Cast: Ueto Aya, Aibu Saki, Otsuka Chihiro
Uehara Misa, Maya Miki
Plot :
Attention Please 2008 Special menceritakan perjalanan Yoko ke Sydney Australia. Shota tiada dalam Special kali ini kerana bekerja di New Delhi. Yuki hendak berkahwin dengan Tsutsumi walau apa pun berlaku, Tsutsumi berjanji akan berkahwin dengannya apabila dia berjaya menjadi kapten suatu hari nanti. Yoko pula seperti biasa menjalankan kerjanya sebagai Cabin Attendant dengan ceria :)





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...