Pages

Thursday, October 15, 2009

Gokusen

Year : 2002
Title (english): Gokusen
Episodes: 12 + Special (Graduation)
Viewship Rating : 17.43
Genre: Comedy, School
Cast: Nakama Yukie, Matsumoto Jun,
Oguri Shun, Narimiya Hiroki
Cartoons Myspace Comments
Plot :

Kisah seorang guru muda bernama Yamaguchi Kumiko yg memasuki Shirokin Gakuen dengan harapan dapat membuat perbezaan dalam kehidupan pelajar.  Dia dipilih untuk menjadi guru kelas 3-D, iaitu kelas yang paling sukar untuk diajar. Pelajar-pelajar dalam kelas tersebut  bebas mewarnakan rambut, memakai pakaian seragam yg sesuka hati dan sama sekali tidak menunjukkan rasa hormat kepadanya. Pemimpin kelas, Sawada Shin sangat malas tetapi pintar dan menunjukkan minat terhadap Yamaguchi kerana dia melihat Yamaguchi sangat berbeza daripada guru lain. 


Para pelajar cuba menggertak dia untuk membuatnya berhenti, tetapi usaha mereka tidak berjaya kerana sememangnya Yamaguchi sangat berani. Mereka semua tidak tahu bahawa Yamaguchi Kumiko sebenarnya adalah generasi ke-4 pewaris Ooedo Group, iaitu kumpulan yakuza terkenal. Walaupun keluarganya ingin dia memegang gelaran Ojou, namun mereka telah menerima kenyataan bahawa Yamaguchi lebih suka menjadi guru. 


Banyak perkara yg berlaku sepanjang Yamaguchi bersama pelajar,  dia selalu membantu pelajarnya ketika dalam kesusahan. Akhirnya, para pelajar menghargai guru mereka yg unik itu kerana pengabdiannya kepada mereka, mereka juga memberi gelaran Yankumi kepada gurunya.



Review :
Gokusen bukanlah standard drama sekolah yg selalu kita tengok, Unsur komedi yg ringan ini membuatkan cite ini menarik. Banyak juga adegan Yankumi berlawan demi mempertahankan pelajarnya dan sememangnya adegan itu yg best dan ditunggu2. Watak pelajar yg paling best semestinya Sawada Shin yg sangat cool! Rasa terharu tengok apabila akhirnya pelajar-pelajar itu sangat menghargai Yankumi. Drama yg enjoy untuk ditonton~

Character :

Screencaps :


Episode info 
Awards
~33rd Television Drama Academy Awards: Best Actress - Nakama Yukie
~33rd Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Matsumoto Jun

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...