Pages

Monday, September 28, 2009

My Boss My Hero



Year : 2006
Title (english): My Boss My Hero 
Episodes: 10 
Viewship Rating : 18.91 
Genre: School, Drama, Comedy
Cast: Nagase Tomoya, Tanaka Koki, 
Aragaki Yui, Tegoshi Yuya 
Hello! Myspace Comments

Plot : 
Sakaki Makio, berusia 27 tahun berasal daripada keluarga yakuza, dia seorang yg kuat tetapi bodoh. Oleh kerana itu, bapanya memutuskan untuk menghantar Makio belajar di sekolah tinggi bagi menerima diplomanya dan dia meminta bantuan seorang kawan lama yg menjadi prinsipal di satu sekolah berhampiran. Jika Makio tidak habis belajar, kedudukan bos akan diberikan kepada adiknya, Mikio. Makio terpaksa ke sekolah tinggi dan berpura-pura seperti berusia 17 tahun, sama seperti pelajar2 yg berada di sekolah itu. 

Di sekolah Makio tidak dibenarkan untuk bergaduh, dia akan berdiam diri walaupun dibuli dan dikutuk. Makio menjalinkan persahabatan dgn Sakurakoji Jun - salah seorang pelajar dalam kelas yg sama. Makio juga telah jatuh hati dgn seorang pelajar perempuan dalam kelasnya iaitu Umemura Hikari. Ternyata Makio ialah pelajar yg paling bodoh di dalam kelasnya, dia selalu mendapat markah yg rendah dalam ujian. Namun begitu, keputusan ujiannya semakin baik setelah dia menghadiri kelas tuisyen oleh guru kelasnya - Minami Yuriko. Guru kelasnya menyukai Makio dalam diam. Identiti yg disorok oleh Makio selama ini akhirnya terbongkar di saat2 akhir apabila musuh kumpulan Yakuzanya datang ke sekolah untuk membuat kacau, akibatnya Makio gagal untuk menerima diplomanya .

Review : 
Drama ni memang kelakar sangat.. banyak lawak spontan yg memang best.. Bayangkan Yakuza yg ganas masuk sekolah, dan kena menyamar seperti budak berusia 17 tahun pula. Ada juga yg nak buli dia, mujur lah dia bersabar.. kalau tak , tak tau la ape jadi :D . Adegan di sekolah memang kelakar, terutamanya semasa diorang rebut puding, pasal puding diorang semua naik gila. Watak Tanaka Koki sebagai Manabe Kazuya pun best, mana-mana je ada dia.. sampai kat sekolah pon dia intip tuan dia (Makio). Kesimpulannya, drama ni memang menghiburkan, sesiapa yg minat citer komedi, tengok la My Boss My Hero. Enjoy! 


Character :
Screencaps :


Cartoons Myspace Comments
Episode info


Awards 

50th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor =Tanaka Koki

50th Television Drama Academy Awards: Best Titleback


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...