Pages

Sunday, September 27, 2009

LIFE



Year : 2007
Title (english): LIFE
Episodes : 11 
Viewship Ratings: 12.20 
Genre: School Drama
Cast: Kitano Kii, Fukuda Saki, 
Hosoda Yoshihiko, Seki Megumi 
Hello! Myspace Comments
Plot :
Drama ini mengisahkan kehidupan seorang pelajar perempuan bernama Ayumu yg selalu dibuli oleh sekumpulan pelajar di sekolahnya. Pada mulanya Ayumu seorang yg ceria dan peramah, dia berubah menjadi murung selepas peristiwa yg menimpa seorang sahabatnya. Dia menyalahkan diri sendiri dan bertekad untuk tidak mempunyai kawan kerana takut peristiwa yg lalu berulang.

Masa berlalu, Ayumu telah melangkah ke sekolah tinggi, salah seorang pelajar di dalam kelasnya ingin berkawan dgn Ayumu iaitu Manami – dia merupakan anak orang kaya dan cantik. Ayumu bersetuju kerana Manami kelihatan bersungguh-sungguh untuk berkawan dgnnya. Hubungan mereka semakin akrab, namun lama kelamaan Ayumu berasa terkongkong kerana Manami tidak membenarkan Ayumu berkawan dgn orang lain selain dia da
n gengnya sahaja. Perangai jahat Manami juga semakin hari semakin timbul dan menakutkan Ayumu sendiri. 


Tidak lama kemudian, satu salah faham telah berlaku antara Ayumu dan Manami, iaitu Ayumu dituduh ingin merampas teman lelaki Manami. Sejak kejadian itu, Manami telah memusuhi Ayumu, dia dan ahli kumpulannya telah membuli Ayumu. Di rumah pula, ibu Ayumu hanya sibuk dgn urusan kerja dan menjaga adiknya. Ayumu sangat trauma dan hanya memendamkan saja masalahnya seorang diri. Namun kehidupannya kembali gembira apabila mendapat 2 orang kawan baru yg sangat memahaminya, iaitu Hatori Miki – seorang gadis yg cool dan berdikari, dan seorang lagi pelajar lelaki bernama Sonoda Yuuki. Manami berasa marah melihat Ayumu bersama kawan-kawannya itu, dia membuat pelbagai rancangan untuk memusnahkan hidup Ayumu. 


Review :
Best juga drama ni, jalan cerita tak membosankan dan membuatkan kita akan terus tgk dan tgk episod seterusnya kerana ingin mengetahui ceritanya hingga akhir. Watak2 dalam cite ni pon best dan hidup, yg jahat memang nampak sgt2 lah jahatnya.. Banyak scene di sekolah, budak2 sekolah mesti suka la kot cite ni tapi hati2, byk gak adegan buli yg terdapat dalam cite ni. Cuma tak berkenan sgt ending nya.. tak puas hati part ending aje, yg lain ok. hehe
*Drama ni diadaptasi dari manga 'LIFE'

Character :
Suka watak Ayumu yg semakin berani menentang Manami yg jahat. bravoo
Manami yg jahat macam hantu . kuikui
Miki & Yuuki yg akan menjadi kawan baik Ayumu di pertengahan cite nanti, Nodoka mulanya baik pastu dia berubah sikap, Sako lak mamat saiko, boypren kpd manami

Screencaps :



Episode info

Awards 

54th Television Drama Academy Awards: Best Director - Tanimura Masaki  

54th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actress - Fukuda Saki

(Sumber : dramawiki)

Hello! Myspace Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...