Pages

Monday, September 28, 2009

Hana Yori Dango II



Year : 2007
Title (romanji): Hana Yori Dango 
Title (english): Boys Over Flowers 
Episodes: 11 
Viewship Rating: 21.70 
Genre: Romance, School 
Cast: Inoue Mao, Matsumoto Jun, Oguri Shun, 
Matsuda Shota, Abe Tsuyoshi 
Animated Pictures Myspace Comments
Plot : 
Musim kedua Hana Yori Dango berkisarkan permergian Domyouji ke New York, Domyuji dan Makino tidak berhubung selama setahun. Hanazawa Rui, Nishikado Soujiro dan Mimasaka Akira membantu Makino untuk bertemu Domyouji dgn membawa Makino pergi ke New York pada cuti krismas. Walaupun F4 dan Makino bertemu Domyoji, tetapi dia telah menjadi seperti orang lain. Sikapnya lain seperti dulu, sangat dingin dan tidak mesra dgn Makino dan F4. Maka, mereka kembali ke Jepun semula. 

Tak lama kemudian, ibu Domyouji mengumumkan bahawa mereka akan kembali ke Jepun. Setelah tiba di Jepun, mereka mengadakan majlis harijadi untuk Domyouji dan mengumumkan sesuatu amat penting. Ibu Domyouji telah memperkenalkan calon isteri untuk Domyouji, seorang anak orang kaya dan mereka bertunang. Hanazawa Rui telah jatuh hati pada Makino, namun Makino tidak dapat menerima Rui kerana dia masih cintakan Domyouji. 

Terdapat satu rahsia disebalik perubahan sikap Domyouji dan semuanya telah dirancang oleh ibunya sendiri. Apabila semuanya terbongkar, Domyouji kembali mencari Makino, dia ingin mengahwini Makino dan meninggalkan segala-galanya. Namun begitu, Domyouji telah hilang ingatan setelah terjatuh semasa menyelamatkan adik Makino. Domyouji telah lupa pada Makino.. Makino sgt sedih atas apa yg berlaku, tetapi F4 sentiasa berada disampingnya untuk terus membantu dan mengembirakan Makino. Apa yg akan berlaku kpd Makino dan Domyouji selepas itu

Review :

Hana Yori Dango 2 ni lebih dramatik dari musim pertama. Watak Makino kali ni lebih mencabar, dia dilayan dgn dingin oleh Domyouji semasa di New York, dibuli lagi sekali di sekolah (akibat daripada Notis Merah palsu yg diterimanya, bukan daripada F4). Kemudian dia menerima kejutan tentang pertunangan Domyouji yg diaturkan oleh ibu Domyouji, keluarga Makino pula berpindah kerana mengalami masalah kewangan. Domyouji pula hilang ingatan apabila mereka telah berbaik semula, dia dimarah dan dihalau oleh Domyouji sendiri. Selepas tu, hadir pula seorang gadis yg mula merapati Domyouji - Domyouji dan gadis tu semakin rapat dan mesra. Kesian Makino.. tapi endingnya best, sweet je - Drama ni berbaloi ditonton, dramatik dan romantik :) 


Character :


Screencaps :
Episode info :


(Sumber : dramawiki)
Awards
52nd Television Drama Academy Awards: Best Drama
2007 Annual Drama Grand Prix Awards: Best Supporting Actor - Oguri Shun
16th Hashida Awards: Rookie of the Year - Oguri Shun for 'Hana Yori Dango 2'
16th Hashida Awards: Rookie of the Year - Inoue Mao for 'Hana Yori Dango 2'
10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07): Best Drama
10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07): Best Actress - Inoue Mao
10th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Jan-Mar 07): Best Supporting Actor - Matsumoto Jun

1 comments:

Olive Tree said...

Hi, it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...