Pages

Sunday, April 4, 2010

Tada Kimi wo Aishiteru

Year : 2006
Title (English) : Heavenly Forest
Title (Romaji) : Tada Kimi wo Aishiteru
Genre: Drama, Romance
Directed by : Takehiko Shinjo
Running Time : 116 min.
Cast: Aoi Miyazaki, Hiroshi Tamaki, Meisa Kuroki

Plot:                                                                                                   
Makoto dan Shizuru merupakan pelajar baru di Universiti Meikei. Makoto seorang yg pemalu, pendiam dan sangat meminati bidang fotografi. Bercita-cita untuk menjadi jurugambar profesional suatu hari nanti, namun dia takut untuk bergaul dengan orang ramai kerana komplikasi yg dihadapinya. Shizuru pula seorang yg ceria, kebudak-budakkan dan suka menipu Makoto. Makoto dan Shizuru berkongsi minat dalam fotografi dan sering meluangkan masa bersama untuk menangkap gambar di dalam hutan rahsia, yg mana hanya mereka berdua saja yg tahu akan kewujudan tempat yg cantik dalam hutan tersebut.

Dalam diam Shizuru menyukai Makoto, namun Makoto telah lama menyimpan hati pada Miyuki iaitu seorang gadis cantik di universiti yg sama. Makoto tidak bertepuk sebelah tangan apabila Miyuki juga memberi respon yg positif kepadanya. Namun Makoto sentiasa bimbang dan tertekan ketika bersama Miyuki kerana risau penyakitnya akan diketahui, berbeza apabila dia bersama Shizuru yg dirasakan sangat tenang dan bebas. Suatu hari Shizuru meminta bantuan Makoto mengambil gambar mereka berdua bercium untuk dihantar ke pertandingan fotografi. Permintaan Shizuru ditunaikan oleh Makoto dan mereka mengambil gambar didalam hutan tersebut.

Akhirnya Makoto sedar bahawa dia sangat menyintai Shizuru dan berhasrat untuk membina hubungan baru bersamanya, tetapi  Shizuru telah menghilangkan diri. Dua tahun berlalu, akhirnya Makoto menerima sepucuk surat dari Shizuru yg kini berada di Paris. Makoto sangat gembira dan telah pergi ke Paris untuk bertemu Shizuru, namun harapannya hancur kerana mereka berdua tidak dapat lagi bertemu buat selama-selamanya. 

Review:                                                                                              
Movie yg sweet dan touching ni mengisahkan tentang cinta pertama & sejati antara Makoto & Shizuru.  Suka tengok perkembangan hubungan Makoto dan Shizuru yg ditonjolkan dalam citer ni, dorang sangat jujur,baik,comel,lucu, dan memahami satu sama lain. Mulanya ingat memang Shizuru tu kuat menipu dan suka kenakan Makoto yg lurus tu, tapi rupa-rupanya ada sesuatu yg tersirat. Watak Miyuki pun nice. Ending citer ni sedih, so bersiap sedia ye.

Character:                                                                                                  


Screencaps:                                                                                      


Soundtrack
Ren'ai Shashin  (Love Photograph) by Ai Otsuka.



2 comments:

Anonymous said...

hye ! nice blog :D
saya pon suke sgt sgt tengok dorama (^_^/)
boley tak awk ceritakan pasal cerita
i give my first love to you dan bloody monday?

Nino said...

thanx tyka ^.^ . oowh cite i give my first love to you masih belom tengok. Nanti saya dah tengok, saya update ye. thanx sudi singgah blog ni ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...