Pages

Friday, January 8, 2010

Buzzer Beat


Year: 2009
Title (English): Buzzer Beat
Episodes: 11
Viewship Rating: 14.30
Genre: Sports, Romance
Cast: Yamashita Tomohisa, Kitagawa Keiko, Ito Hideaki
Kanjiya Shihori, Mizobata Junpei, Aibu Saki
Funny Myspace Comments
 
Plot : 
Kamiya Naoki merupakan seorang pemain bola keranjang yg berpotensi besar namun dia tidak mampu menunjukkan kemampuan sebenarnya di gelanggang.  Suatu hari Naoki bertemu dengan Shirakawa Riko, iaitu seorang gadis ceria, berjiwa kuat dan merupakan pelajar lulusan muzik yg bercita-cita untuk menjadi  pemain violin profesional.  Naoki dan Riko menjadi sahabat baik yg sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain, namun hubungan persahabatan mereka akhirnya bertukar menjadi cinta. 

Naoki sebenarnya sudah mempunyai kekasih yg bernama Natsuki manakala Riko juga sudah mempunyai teman lelaki, iaitu Tomoya (jurulatih kepada Naoki) yg telah jatuh cinta pandang pertama pada Riko. Mereka cuba mengelak daripada perasaan cinta itu kerana tidak mahu melukakan hati kekasih masing-masing. Tak lama kemudian Naoki telah berpisah dengan Natsuki kerana kekasihnya itu telah berlaku curang padanya. Hubungan Riko dan Tomoya juga hanya seperti biasa. Riko berasa kurang selesa apabila bersama Tomoya dan tidak boleh berkongsi semua cerita berbeza dengan Naoki yg dianggap sangat serasi dengan dirinya.  

Akhirnya Riko tidak dapat mengawal perasaannya dan membuat keputusan untuk bersama Naoki. Mereka menjadi pasangan kekasih secara rahsia kerana perlu menjaga hati banyak pihak dan rasa bersalah terhadap jurulatihnya (Tomoya). Hubungan cinta mereka diketahui oleh Natsuki yg ingin kembali semula kepada Naoki, Natsuki cuba untuk merosakkan hubungan Naoki-Riko. Sementara itu, Tomoya pula sentiasa menunggu Riko untuk kembali padanya. Naoki dan Riko mempunyai cita-cita besar untuk berjaya dalam karier masing-masing. Suatu hari Riko mendapat tawaran besar untuk membuat persembahan muzik namun Riko telah menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan Naoki memandangkan lokasi persembahan yg sangat  jauh.  Naoki yg tidak bersetuju dengan perkara itu telah menyuruh Riko untuk pergi mengejar cita-citanya. Apakah yg terjadi selepas itu? adakah hubungan mereka akan terputus selepas itu? jom tengok buzzer beat, hehe buat suspens lak :p

Reviews :
Gabungan basketball dan violin dalam citer ni menjadikan keseluruhan drama menarik. Ada juga scene yg membosankan hehe tapi tak banyak lah. Watak protagonis yg dimainkan oleh Aibu Saki pon menarik, kesian juga dengan watak ni sebenarnya. Gandingan Yamapi dan Keiko memang best dan dorang ada amazing chemistry! Part sedih dan happy silih berganti dan memang membuatkan kita emosi sket kadangkala kui3. Suka watak Mai yg jadi bestfren Riko tu, selamba dan kelakar orangnya. couple lak dengan Shuji (hero Akai Ito) hehe sesuai sangat la tu. Drama yg enjoy untuk ditonton dengan gabungan sukan dan muzik.

Character :

Screencaps :

Episode info :
Awards:
-62nd Television Drama Academy Awards : Best Drama
-62nd Television Drama Academy Awards : Best Scriptwriter - Omori Mika
-62nd Television Drama Academy Awards : Best Theme Song
-13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009) : Best Drama
-13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009) : Best Actor - Yamashita Tomohisa
-13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009) : Best Actress - Kitagawa Keiko 
-13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009) : Best Supporting Actress - Kanjiya Shihori 

Girls Myspace Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...