Pages

Thursday, September 8, 2011

Swing Girls

Year : 2004
Title (English) : Swing Girls
Genre: Comedy
Directed by : Shinobu Yaguchi
Running Time : 105 min.
Cast:  Juri Ueno, Yuta Hiraoka, Shihori Kanjiya


                                      PLOT                                       

Suatu hari di sebuah kelas, Tomoka dan rakan-rakannya telah diberi tugas untuk menghantar makanan tengah hari kepada pasukan pancaragam sekolah mereka yang sedang membuat latihan di stadium. Malangnya mereka semua tertidur di dalam keretapi dan terlepas perhentian mereka yang sepatutnya. Mereka turun di perhentian berikutnya dan terpaksa berjalan kaki jauh untuk sampai ke stadium. Tugas mereka telah selesai namun sesuatu yang aneh telah berlaku apabila semua ahli pasukan jatuh sakit dan dikerjakan ke hospital setelah makan makanan tersebut.

Pada keesokkannya Nakamura berhasrat untuk mencari ahli pancaragam baru untuk menggantikan ahli-ahli lama yang sakit namun tidak berhasil. Nakamura melihat Tomoka dan rakan-rakannya yang sedang ketawa, lalu dia meminta mereka menyertai pancaragam atau mengugut akan memberitahu fakulti bahawa makanan itu rosak disebabkan oleh Tomoka dan rakannya. Mereka bersetuju, kerana ancaman dan untuk mengelakkan kebosanan mengambil kelas matematik pada musim panas. Mereka telah dilatih oleh Nakamura dari awal untuk bermain instrumen. Akhirnya mereka dapat bermain instrumen dengan baik setelah bekerja keras membuat latihan siang dan malam.



Hanya tinggal seminggu untuk pertandingan bermula dan kesemua mereka telah bersedia dan sangat gembira untuk bermain instrumen mereka di depan khalayak ramai tetapi hasrat mereka terkubur apabila pasukan pancaragam asal telah pulih dan kembali untuk menyertai pertandingan itu. Tomoka dan rakan-rakan sangat hampa dan berputus asa, namun tidak lama kemudian mereka mengambil inisiatif untuk memulakan band Jazz mereka sendiri dan memanggil diri mereka Swing Girls and A Boy. Bersama-sama dengan bantuan guru matematik, mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk bersaing dalam pesta muzik pelajar yang akan datang.


                                       REVIEW                                          

Movie yang cute, kelakar dan sangat menarik!  Plot citer bertambah best bila mereka decide nak tubuhkan band sendiri, memang banyak sangat adegan kelakar.  Antaranya masa dorang pergi kutip cendawan di  kawasan pergunungan pastu kena kejar dengan babi liar, haha lawak. Mereka semua bertekad  kumpul duit dengan bekerja di kedai runcit untuk beli instrumen sendiri, wahh bagus budak-budak ni kan. Masa last mereka semua masuk pesta muzik tu memang best, akhirnya tercapai juga hajat mereka. Best dan terharu lak tengok kesungguhan mereka. Tengok lah.Try it ;)


                                     CHARACTERS                                  


                                 SCREENCAPS                                      



                                           AWARDS                                         

2005 (28th) Japan Academy Prize - February 18, 2005
  • "Screenplay of the Year" (Shinobu Yaguchi)
  • "Outstanding Achievement in Music" (Mikki Yoshino, Hiroshi Kishimoto)
  • "Outstanding Achievement in Sound Recording" (Hiromichi Kori)
  • "Outstanding Achievement in Film Editing" (Ryuji Miyajima)
  • "Rookie of the Year" (Yuta Hiraoka & Juri Ueno)
  • "Most Popular Film"

Wednesday, September 7, 2011

Voice of Murderer


Year : 2007
Title (English) : Voice of a Murderer
Hangul: 그놈 목소리
Revised romanization: Geu nom moksori
Genre: Thriller
Directed by : Park Jin-Pyo
Running Time : 122 min.
Cast:  Sol Kyung-Gu, Kim Nam Joo, Kim Yeong Cheol


 . PLOT .
 
Han Gyeong-Bae adalah salah seorang personaliti television yang terkenal dan dihormati. Han seolah-olah mempunyai kehidupan yang sempurna dan bahagia bersama isteri dan  seorang anaknya yang berusia 9 tahun, Sang-Woo. Namun kehidupan Han berubah apabila anak kesayangannya tidak pulang ke rumah. Sang-Woo telah diculik di kawasan  taman permainan rumah mereka. Tidak lama kemudian, Han menerima panggilan telefon dari penculik tersebut yang meminta  wang tebusan  $100,000 dan berjanji akan melepaskan Sang-Woo jika Han tidak membuat laporan polis dan menurutinya.
 
Penculik tersebut tetap tidak melepaskan Sang-Woo walaupun dia telah mengambil wang tebusan. Han terus menunggu panggilan dari penculik dan cuba memenuhi segala permintaannya  tetapi semuanya tidak berhasil. Akhirnya isteri Han telah membuat laporan polis untuk membantu menyelamatkan anaknya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak polis untuk menangkap penculik licik itu namun semuanya gagal. Han berputus asa kerana merasakan anaknya sudah mati, namun apabila dia mendengar suara Sang-Woo memangilnya di telefon, dia kembali percaya anaknya masih hidup dan besar harapannya untuk membawa Sang-Woo pulang.
 
Han menuruti segala arahan penculik yang sekali lagi meminta wang tebusan darinya dan dia sanggup berbuat apa saja untuk bertemu Sang-Woo tetapi semuanya sia-sia sahaja. 44 hari selepas kejadian culik itu, pihak polis menemui mayat Sang-Woo di pembentung Sungai han dan perkara itu sangat menyedihkan buat Han dan isterinya. Sejak itu penculik tersebut tidak lagi menghubungi mereka. - Cerita ini berdasarkan kisah benar tentang peculikan dan pembunuhan kanak-kanak 9 tahun yang berlaku pada tahun 1991, penjenayah sebenar masih tidak dapat ditangkap dan telah ditutup kes pada tahun 2006.
 
 
 . REVIEW .

Ok citer ni memang sedih dan menyentuh hati lebih-lebih lagi bila memikirkan ianya adalah dari kisah benar. Tiada adegan ganas namun penuh dengan tekanan psikologi yang membuatkan kita semua beremosi huhu. Jalan citernya simple saje dan mudah difahami, pelakon juga menjiwai watak dengan baik sekali. Sangat kesian tengok Han yang banyak kali dipermainkan oleh penculik jahat tu, dan suara penculik dalam telefon tu kadang-kadang menakutkan grr. Pendek kata citer ni memang bagus! untuk yang ada anak kecil memang eloklah tengok citer ni agar menjadi pengajaran bersama.


.CHARACTERS.



.SCREENCAPS.




Monday, August 8, 2011

Cinderella's Sister


Year : 2010
Title:  Cinderella Unni
Also known as: Cinderella's Stepsister / A Modern Story of Revenge
Episodes: 20
Viewship Rating : 19.20
Genre: Romance, Melodrama
Cast: Moon Geun Young, Seo Woo,
Chun Jung Myung, Taecyeon

PLOT


Song Eun Jo ialah seorang remaja yang tidak mempunyai emosi dan bersikap acuh tak acuh dengan kehidupan. Ibunya berkahwin banyak kali namun semuanya tidak bertahan lama. Suatu hari ibu Eun Jo berkahwin dengan seorang lelaki kaya bernama Ku Dae Sung yang mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ku Hyo Seon. Eun Jo merasakan bahawa segala-galanya di dalam rumah itu tidak sesuai untuknya dan yang paling dibenci ialah adik tirinya Hyo Seon.

Hyo Seon seorang yang  periang, manja dan mudah mesra denga sesiapa sahaja, dalam sekelip mata dia berjaya merapati ibu Eun Jo. Perkara itu membuatkan Eun Jo lebih membenci Hyo Seon yang dirasakan cuba merampas satu-satunya miliknya iaitu ibu. Eun Jo bimbang jika ibunya lebih sayangkan Hyo Seon dan meminggirkannya kerana dia tiada sesiapa lagi dalam dunia ini. Hyo Seon kerap cuba berbaik-baik dengan Eun Jo tetapi tidak diendahkan. Dalam waktu yang sama mereka berdua menyukai lelaki yang sama iaitu Hong Ki Hoon namun Eun Jo sangat ego dan tidak pernah menunjukkan perasaannya kepada Ki Hoon. Tidak lama kemudian Ki Hoon telah pergi menjalani latihan tentera selama beberapa tahun dan perkara itu membuatkan Eun Jo sedih dan marahkan Ki Hoon kerana pergi tanpa memberitahunya.

Beberapa tahun berlalu hubungan Eun Jo dan Hyo Seon tetap dingin namun Hyo Seon kini lebih berani berlawan dengan kakak tirinya. Ayah tiri Eun Jo juga seorang yang  baik dan sangat mengambil berat tentang Eun Jo namun semua itu tidak dapat melembutkan hati Eun Jo. Suatu hari ayah tirinya telah mati dan Eun Jo sangat sedih dan terkilan kerana tidak sempat memanggil ayah tirinya dengan gelaran 'ayah' sepanjang hayatnya. Kehidupan mereka berubah, Hyo Seon dimarah, dipukul dan dihalau oleh ibunya, selama ini ibunya hanya berpura-pura sayangkan Hyo Seon. Eun Jo tidak sampai hati melihat Hyo Seon diperlakukan begitu, walaupun dia membenci Hyo Seon tetapi dia tidak akan merampas hak Hyo Seon sepertimana niat ibunya. Eun Jo cuba membantu Hyo Seon dan membangunkan semula perusahaan peninggalan ayah mereka bersama-sama.


REVIEW

Citer ni memang sangat menarik dan penuh dengan emosi, rating citer ni pon tinggi. Bukan tipikal citer cinderella yang mengisahkan ibu tiri dan kakak tiri jahat cuba bolot harta, haa citer ni lain dan ada twist yang bertwist twist kekeke. Pada permulaan citer nampak Eun Jo tu seorang kakak tiri yang jahat, tapi sebenarnya dia cuma jenis yang takde perasaan dan tak suka orang nak rapat-rapat dengan dia, dia takde la buli adik tirinya tu. cuma ada nanti satu adegan dorang bergaduh sampai tercabut rambut, ganas betol. haha. Pastu pertengahan citer karakter jahat tu macam bertukar kat Hyo Seon pulak, tapi takde la jahat sangat, boleh diterima la. Yang jahat mak Eun Jo tu la, pandai berlakon buat-buat baik dan ala2 perempuan korea terakhir gitu.eeii.  Pastu dua beradik ni nanti berebutkan Ki Hoon tapi si Eun Jo nak undur diri sebab dia kesian kat adik tiri dia. Eun Jo pon disukai oleh  Han Jeong Woo - kenalan dia masa kecik kot, masa kecik dia gemok tu yang Eun Jo tak kenal dia. Ending citer ni ok takde sedih-sedih dah, hubungan dua beradik tu pon semakin baik setelah mengharungi banyak masalah bersama.


CHARACTERS


SCREENCAPS


EPISODE INFO


SOUNDTRACKS

01. It Has to be You by Yesung
02.  Calling Out by Krystal, Luna
03. Smile Again by Lee Yoon Jong
04. It was You by JM, etc


AWARDS

2010 KBS Drama Awards: Top Excellence Award - Actress (Moon Geun Young)
2010 KBS Drama Awards: Top Excellence Award - Actor (Kim Gab Soo)
2010 KBS Drama Awards: Popularity Award (Moon Geun Young)

Sunday, August 7, 2011

NEW

Hyee! Wah lama tak update blog ni, mujur takde sawang lagi. Ok lepas ni saya nak letak sekali citer korea dalam blog ni, kire campur2 la jepun ngan korea. Ok la kan sebab saya sekarang ni banyak tengok citer korea, beralih angin jap hehehe :D. Boleh la saya share cite yg best2 kat sini, err tak sabar ni! oK tunggu yeeee


p/s: Selamat berpuasa



Thursday, April 21, 2011

Otomen

Year : 2009
Title (Romaji) : Otomen
Episodes: 12
Viewship Rating : 8.0
Genre: School, Comedy, Romance
Cast: Okada Masaki, Kaho, Kimura Ryo
Seto Koji, Kazuma Sano

 PLOT

Masamune Asuka merupakan seorang pelajar sekolah tinggi yg berwajah kacak, cemerlang dalam pelajaran dan hebat dalam sukan. Namun disebalik semua itu dia menyimpan satu rahsia besar iaitu dia sebenarnya adalah otomen. Otomen disini bermaksud menyukai kerja-kerja perempuan seperti menjahit, memasak, membuat kek, dan suka mengumpul barang-barang yg comel. Sejak kecil lagi ayahnya mendorong Asuka untuk menjadi wanita tetapi ditentang oleh ibunya. Ayahnya juga telah lari meninggalkan keluarga kerana ingin menjadi wanita.

Kedatangan seorang pelajar baru iaitu Ryo Miyakozuka membuatkan Asuka berasa serba tidak kena. Asuka menyukai gadis itu tetapi dia bimbang jika rahsianya akan diketahui. Miyakozuka sangat berbeza dengan Asuka, dia tidak pandai membuat kerja-kerja rumah tetapi hebat dalam pertempuran. Hajime yg sentiasa cemburukan Asuka sentiasa mengambil peluang untuk mencari kesalahannya. Jadi dapat ke Asuka menyembunyikan rahsianya sepanjang berkawan dnegan Ryo? Atau dia akan berterus terang kepada Ryo? Saksikan otomen kekeke ;p


REVIEW

Otomen diadaptasi dari manga ciptaan Aya Kanno. Ramai yg komen drama ni tak best dibandingkan dengan manga dan pemilihan pelakon utama tak sesuai. Pada saye ok je kot, sebab saye tak baca manga. Watak laki Okada Masaki tu ok tapi Kaho macam tak sesuei, maybe sebab dia tak cukup cute hehehe. Paling best episod 3, masa dorang kena tido kat sekolah pastu ade kes menyeramkan.. memang lawak betol mase tu. Lepas tu episod seterusnya macam tergantung dan kurang best. Fokus pada watak utama pon macam ditinggalkan, taktau nak cakap camne sebab permulaan dah bagus tapi lama-lama semakin menurun.


CHARACTER


SCREENCAPS


EPISODE INFO



Thursday, April 14, 2011

TERDELETE...

Wohooo.. pagi tadi saje je nak preview template baru..tetibe ntah camne jari ni laju sangat tekan save, pastu g delete widget semua..adoii jari gerak lagi laju dari otak ni. habes hilang semua huhu wekk huhu. Puas cari semula template lama tapi tak jumpa, sayang la template lama tu cun. Em takpe lah dah lepas kan so pakai je lah template ni, ok gak rasenye. Huhu hilang mood nak update citer, layan lagu je la harini huehue

Sape yg tengok cite cinderella's sister mesti penah dengar lagu ni, best.. suke suke ^.^





Monday, April 11, 2011

Nada Sou Sou


Year : 2006
Title (English) : Tears for You
Title (Romaji) : Nada Sou Sou
Genre: Drama, Romance 
Directed by : Nobuhiro Doi
Running Time : 118 min.
Cast: Satoshi Tsumabuki, Masami Nagasawa,
Kumiko Aso


P L O T

Yota menerima kehadiran adik tiri (Kaoru) ketika dia berusia 8 tahun apabila ibunya berkahwin sekejap dengan ayah Kaoru iaitu seorang pemain muzik jazz sebuah kelab di Naha,Okinawa. Tidak lama kemudian ibu Yota meninggal dunia akibat penyakit serius yg dihidapinya dan sebelum itu dia telah berpesan kepada Yota untuk menjaga Kouru dengan baik dan tinggal bersama neneknya di sebuah pulau kecil di Okinawa. Dia memenuhi keinginan ibunya dan menjadi sangat protektif terhadap adiknya.

Ketika Yota berusia 16 tahun dia berhijrah seorang diri untuk bekerja dan beberapa tahun kemudian Kaoru datang untuk tinggal bersama Yota. Yota bekerja keras membuat penghantaran sayur-sayuran ke pasar terbuka siang hari, dan pada sebelah malam pula dia bekerja di restoran untuk mengumpul duit bagi mencapai impiannya memiliki sebuah restoran sendiri. Yota juga mendorong Kaoru masuk ke universiti dan menghalang Kaoru untuk membantunya bekerja. Kaoru menyimpan perasaan terhadap Yota tetapi Yota telah mempunyai teman istimewa iaitu Keiko, merupakan pelajar perubatan di Universiti Ryukyu.

Impian Yota hampir menjadi kenyataan apabila Mr Kameoka telah menjual tempatnya kepada Yota untuk dijadikan restoran. Yota bekerja keras membina tempat itu tetapi semasa malam perasmian restoran tiba-tiba pemilik asal telah muncul. Yota telah ditipu dan dia harus membayar pinjaman yg agak besar jumlahnya. Ayah Keiko telah  membantu Yota menjelaskan hutang tersebut walaupun dia menolak.  Bertahun-tahun kemudian dia terus bekerja keras walaupun selepas hutang itu dibayar dan Kaoru mulai masuk universiti. Kaoru juga memutuskan untuk tinggal berasingan dari Yota dan perkara itu membuatkan Yota berasa sedih. Yota tidak berputus asa untuk mencapai impiannya dan bekerja kuat setiap hari sehinggalah dia jatuh sakit dan meninggal dunia =,(



R E V I E W

Hurm sedih la plak cite ni, terharu tengok pengorbanan seorang abang yg bersusah payah mencari rezeki. Sejak kecil lagi Yota dah ambil peranan sebagai bapa untuk menjaga dan menampung perbelanjaan sekolah adiknya sampailah berjaya ke universiti. Mereka berdua sebenarnya suka antara satu sama lain. Sejak kecil Kaoru tau yg Yota bukan abang kandung dia tapi dia pura-pura taktau, Yota pula risau nanti Kaoru akan terkejut bila tau hal sebenar. Em macam-macam la, dalam hati ada taman plak hehehe. Masa restoran Yota kena roboh memang sedih, err sakit hati btol dengan penipu tu.. kesian sangat kat Yota habes musnah impian dia. Tapi dia tak putus asa, memang workaholic betol dia ni. Ending memang sedih la huhu menci la ending camni. Cite ni best dan menyentuh hati ^.^


C H A R A C T E R



S C R E E N C A P S


S O U N D T R A C K
Title: Nada Sou Sou
Singer : Senju Akira



Saturday, April 9, 2011

Kimi ni Shika Kikoenai


Year : 2008
Title (English) : Calling You
Title (Romaji) : Kimi ni shika kikoenai
Genre: Romantic, Fiction
Directed by : Tatsuya Hagishima
Running Time : 107 min.
Cast: Riko Narumi, Keisuke Koide, Nana Katase

PLOT

Kimi ni Shika kikoenai mengisahkan tentang dua orang anak muda kesepian yg mencari satu sama lain dengan cara luar biasa. Aihara Ryo seorang gadis pemalu, tenang dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri. Dia mengalami kesulitan untuk berbicara seperti orang lain kerana setiap kali dia bercakap, kata-katanya tidak didengari dengan jelas. Lama-kelamaan Ryo sudah terbiasa hidup dalam diam dan kesepian, dia juga tidak memerlukan telefon bimbit kerana tiada siapa yg akan berbicara dengannya.

Suatu hari Ryo mendengar bunyi telefon bimbit mainan di sebuah taman, dia mengambilnya dan mendengar suara lelaki yg tidak dikenali (Shinya Nozaki). Nozaki merupakan seorang pemuda bisu yg dapat membaca fikiran Ryo. Sejak hari itu Ryo dan Nozaki saling berbicara hanya melalui fikiran sahaja. Walaupun mereka tinggal berjauhan, iaitu di Yokohama dan Nagano namun kedua-dua mereka dapat berhubung melalui cara yg unik dan istimewa. Perkenalan dengan Nozaki membuatkan Ryo menjadi ceria, Nozaki sentiasa memberi sokongan dan keyakinan kepada Ryo tentang masalah yg dihadapinya.

Tidak lama kemudian Nozaki menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan Ryo. Perasaan Ryo bercampur baur, namun sebenarnya dia juga ingin bertemu dengan Nozaki. Semasa dalam perjalanan untuk bertemu, mereka juga saling berbicara sehinggalah sampai ke destinasi yg dijanjikan. Namun Ryo tiba-tiba hilang keyakinan diri untuk bertemu dengan Nozaki. Dia cuba mengelak bertemu Nozaki dan hampir dilanggar kereta namun nasibnya baik kerana dia diselamatkan oleh seseorang. Ryo terkejut apabila melihat pemuda yg menyelamatkannya cedera parah dan dia dapat rasakan bahawa pemuda itu ialah Shinya Nozaki.


REVIEW

Movie ni menarik dan endingnya memang sedih. Jalan cite simple je, tentang 2 orang yg kesepian tiba-tiba dapat berhubung antara satu sama lain bukan melalui telefon, intenet, blackberry etc tapi melalui telepati. Kan best kalo kita pon bole telepati camtu hehe. Walopon perkenalan yg singkat tapi Nozaki tu sangat memahami Ryo, selalu bagi keyakinan pada Ryo yg bermasalah dalam percakapan. padhal Nozaki lagi kesian,sebab dia langsung tak bole bercakap huhu. Geram gak dengan Ryo tetibe taknak jumpa Nozaki, tapi dapat gak dorang jumpa dalam keadaan yg agak menyayat hati. Ok ni antara movie yg mesti ditonton, memang kisah cinta jarak jauh yg unik gile hehe, tapi ending memang sedihh woo sobsob.. bole nangis sampai kua hingus tu hahaha. ok cite ni best~


CHARACTER


SCREENCAPS



Tuesday, April 5, 2011

Tokyo DOGS


Year : 2009
Title (Romaji)Saiaku de Saiko no Partner
Title (English) : Tokyo DOGS
Episodes: 10
Viewship Rating : 15.70
Genre: Police
Cast: Oguri Shun, Mizushima Hiro, Yoshitaka Yuriko


PLOT

Drama bertemakan polis menampilkan Takakura Sou (Oguri Shun)  memegang peranan sebagai detektif polis NY, Kudo Maruo (Mizushima Hiro) sebagai  seorang pegawai dari Unit Penyelidikan Khas Jabatan Polis Metropolitan Tokyo dan Matsunaga Yuki (Yoshitaka Yuriko) adalah seorang wanita misteri yg memegang kunci untuk kes mereka.

Takakura Sou melihat ayahnya terbunuh di depan matanya ketika dia masih kecil, sejak itu dia telah dihantui oleh peristiwa lalu dan berpindah ke New York. Takakura berjaya menjadi detektif dan misinya kini adalah untuk menangkap pembunuh ayahnya. Kudo Maruo seorang yg mahir dalam seni mempertahankan diri seperti karate, judo dan taekwando. Dia juga seorang yg bersemangat, aktif dan suka menyertai group dates.

Suatu hari di New York, Takakura mendapati dirinya terperangkap dalam sindiket besar dadah  semasa cuba mengejar pembunuh ayahnya. Detektif elit mengetuai operasi dengan hampir 100 orang di bawah komandonya. Kudo Maruo adalah merupakan salah seorang daripada mereka yg datang untuk membantu. Di tempat kejadian tersebut mereka temui seorang wanita muda (Yuki) yg kelihatan tidak bermaya. Yuki merupakan saksi penting untuk kes mereka namun dia telah kehilangan ingatannya. Takakura meneruskan penyelidikan di Jepun dan bekerjasama dengan Kudo untuk melindungi Yuki sehingga ingatannya kembali pulih.




REVIEW
Baca plot macam serius je kan? Mesti tengah bayangkan polis tengah kejar penjahat, berbalas tembakan, bercakap stail skema, boring kan? haha! Tapi yg sebenar benarnya cite ni sangat menarik gile dan kelakar, memang best best best. Watak Takakura tu sebenarnya lawak, nampak je serius tapi boleh tahan mereng kepala dia tu, yg Kudo tu takyah cakap lah memang mereng 24jam hahaha. Kelakar plak tengok cinta 3 segi antara Takakura-Yuki-Kudo. Ok selain komedi yg diselitkan, cite ni memang best kalau tengok dari segi kes yg diselesaikan..haaa agak mencabar juga tu. Aksi kejar mengejar mesti ada, wajib tu.. kalau takde..tak rock lah. Tengoklah memang berbaloi-baloi, pelakon pon mantap2, sape tak knal oguri shun dengan hiro kan? :)


CHARACTER



SCREENCAPS



EPISODE INFO





Saturday, April 2, 2011

Celeb to Binbo Taro

Year : 2008
Title (Romaji) : Celeb to Binbo Taro
Title (English) : Celeb & Poor
Episodes: 11
Viewship Rating : 13.1
Genre: Romance, Comedy
Cast: Ueto Aya, Kamiji Yusuke,
Kuninaka Ryoko, Kashiwabara Takashi


PLOT

Taro Sato merupakan seorang lelaki miskin dan mempunyai tiga orang anak. Sejak kematian isteri, kehidupannya menjadi semakin tidak terurus kerana dia harus membesarkan ketiga-tiga anaknya sendiri serta tidak mempunyai banyak kemahiran. Suatu hari Sato pergi ke temuduga untuk bekerja sebagai pemandu orang kaya dan nasibnya baik kerana telah diterima.


Majikannya adalah Alice, seorang gadis yg sangat kaya dan terkenal kerana telah menghasilkan prodek pakainannya sendiri. Ayahnya merupakan seorang pengusaha hotel dan ibunya seorang pelakon popular. Alice tidak pernah mengerti apa makna kehidupan kerana selama ini dia boleh memiliki apa sahaja dengan mudah. Mereka berdua tidak mempunyai persamaan dan sering bergaduh kerana berbeza pendapat. Gotoda Tsukasa iaitu bekas kekasih Alice telah memaksa Alice untuk berkahwin dengannya, namun Alice tidak mahu dan bertindak melarikan diri. Sato juga turut membantu Alice di saat-saat cemas itu.


Lama kelamaan Sato dan Alice menyukai antara satu sama lain, namun Sato sedar dia tidak layak untuk Alice dan ingin mengundur diri. Malang menimpa keluarga Alice apabila bisnes keluarganya telah diambil alih oleh Gotoda. Sejak hari itu Alice dan ibunya hidup susah dan tinggal di kawasan rumah Sato. Sato berjanji membantu Alice untuk mendapatkan semula hak Alice dan menewaskan Gotoda yg jahat.


REVIEW

Cite ni macam kisah Paris hilton sikit, masa mula-mula je kot. Ok la cite ni, boleh tengok Alice yg pada mulanya agak sombong dan biasa hidup mewah akhirnya belajar hidup susah. Tapi Alice ni macam cool je, takde la nangis meraung plak hehe. Sato ni kelakar juga orangnya dan lurus, walaupun Alice tu kaya die main sound je kalo die tak puas hati.. ahah brani tu. Secara keseluruhannya ok la cite ni, kadang-kadang ada juga part yg bosan. Gotoda tu cute tapi jahat la plak, kalo watak die baik kan best..mesti Alice pening nak pilih sape nanti? hehehe ok itu aje la nak komen tata ^.^

CHARACTER


SCREENCAPS



EPISODE INFO

Friday, April 1, 2011

Gakko ja Oshierarenai!

Year : 2008
Title (Romaji) : Gakko ja Oshierarenai!
Title (English) : Things You Can't Learn in School!
Episodes: 10
Viewship Rating : 6.4
Genre: School, Comedy
Cast: Fukada Kyoko, Tanihara Shosuke, Ito Ran,
Naka Riisa, Nakamura Aoi, Maeda Goki




PLOT


Gakko ja Oshierarenai adalah tentang sebuah sekolah tinggi  perempuan yg menerima kedatangan 5 orang pelajar lelaki. Kesemua pelajar lelaki tersebut berada di bawah jagaan guru Mai Aida (Kyoko Fukada), yg meminta mereka memasuki kelab tarian ballroom. Bermula dari hari itu mereka diberi pasangan masing-masing untuk berlatih tarian tersebut.

Hubungan pelajar lelaki dan perempuan menjadi rapat dan ada diantara mereka yg sudah jatuh cinta. Ada juga diantara pelajar-pelajar ini yg mempunyai masalah peribadi dan engan berkongsi dengan kawan-kawan. Cikgu Mai Aida yg mengetahui masalah pelajar cuba untuk membantu mereka.


Kelab tersebut telah ditentang hebat oleh pihak sekolah terutamanya cikgu Kageyama Meiko yg menganggap kelab tersebut melanggar undang-undang sekolah. Namun Mai Aida berusaha mempertahankan kelab itu dan telah mendaftar untuk memasuki ke sebuah pertandingan tarian.



REVIEW


Serius cite ni tak best. Taktau la pada orang lain best? tapi ni lah pendapat saya. Mula-mula sekali tak suka dengan watak pelajar lelaki, tersangatlah annoying. Pastu penulis skrip pon macam bangang je, asyik keluar lawak gatal yg padhal tak lawak langsung. Watak cikgu Mai Aida pon dah tersasar habes, ada ke cikgu yg mengalakkan student die bercinta, pastu bila dah ditentang oleh cikgu-cikgu lain ada plak alasan sengal die.. gedik betol cikgu ni. Banyak lagi la benda yg saya tak berkenan dalam cite ni tapi ingat-ingat lupa hehe. Satu lagi cite ni takde ape-ape pengajaran pon, titik


CHARACTER
ahaha kemalasan nak wat sendiri,
credit to - official website http://www.ntv.co.jp/gakkouja/index.html

SCREENCAPS


EPISODE INFO
ish kesiannye tengok rating cite ni, ahahahaha.. opss gelak plak

Thursday, March 31, 2011

Mei-chan no Shitsuji

Year : 2009
Title (Romaji) : Mei-chan no Shitsuji
Title (English) : Mei-chan's Butler
Episodes: 10
Viewship Rating : 14.0
Genre: Romance, Comedy, School
Cast: Eikura Nana, Mizushima Hiro, Oomasa Aya, Yamada Yu,
Mukai Osamu, Tanimura Mitsuki, Abe Shinnosuke, Sato Takeru


PLOT

Mei Shinonome hidup bahagia bersama ibu dan ayahnya dalam keadaan yg serba sederhana. Suatu hari Mei kehilangan orang tuanya kerana kemalangan jalanraya dan dia didatangi seorang pelayan lelaki bernama Shibata Rihito. Rihito datang atas arahan keluarga Hongo iaitu datuk Mei sendiri yg merupakan seorang jutawan namun telah memutuskan hubungan dengan anaknya (ayah Mei) kerana berkeras untuk berkahwin dengan ibu Mei suatu ketika dahulu. Walaupun begitu Mei langsung tidak berminat dengan tawaran datuknya untuk mewarisi keluarga Hongo dan menolak pelawaan ke sekolah elit. Namun akhirnya Mei akur apabila orang suruhan datuknya bertindak menganggu kawan-kawan Mei.

Setibanya di sekolah elit dia terkejut melihat sekolah tersebut yg bagaikan istana. Setiap pelajar perempuan di situ pula mempunyai seorang pelayan lelaki yg akan menemani mereka dan sebagai pelindung. Akibat tidak tahan dengan kerenah pelajar dan tekanan yg dihadapi Mei tekad untuk pulang ke rumah. Ketika di rumah Mei menerima panggilan dari datuknya yg mengugut untuk memisahkan kubur kedua ibu bapanya jika Mei tidak menuruti perintahnya. Datuknya mahu Mei membuktikan bahawa dia layak untuk menjadi keturunan Hongo. Demi ibu bapanya Mei menyahut cabaran itu dan kembali ke sekolah elit. Dengan bantuan Rihito juga, Mei menjadi kuat menjalani hidupnya di sekolah elit.

Lucia atau Hongo Shiori juga merupakan waris kepada keluarga Hongo walaupun dia sebenarnya anak angkat. Shiori seorang yg lemah lembut, cantik, pintar dan elegan namun sebenarnya dia seorang yg sangat berbahaya dan mempunyai rancangan untuk menghapuskan Mei. Hubungan Mei dan Rihito juga semakin rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain, Rihito juga nyaris mati kerana ingin mempertahankan Mei. Mei semakin disukai oleh pelajar-pelajar lain namun bagaimana pula dengan Lucia yg menyimpan dendam tersirat pada Mei. Saksikanlah.. ^.^


 
REVIEW

Diadaptasi dari manga Mei-Chan no Shitsuji ciptaan Riko Mayagi. Mengisahkan  Mei iaitu seorang gadis biasa yg akan mengalami revolusi di sekolah elit hehe. Cite ni memang unik dan cute, uniknya sebab sekolah tu memang special untuk anak-anak perempuan orang kaya yg akan mewarisi kekayaan keluarga mereka. Oleh itu mereka dihantar ke sekolah ini untuk belajar macam-macam dari segi akademik, memasak, pergaulan dan banyak lagi. Di samping itu masing-masing mempunyai pelayan lelaki yg hensem-hensem belaka untuk menemani mereka di sekolah. Suka sangat dengan Rihito, memang gentleman habes lah die.  mesti ramai yg berangan nak Rihito jadi butler korang kan?haha. Watak-watak antagonis pon best-best belaka dan banyak suspen dalam cite ni. Cite ni juga memang kelakar. Memang best gile la, dah la cute, romantik, kelakar, suspen..haha macam-macam ada.

CHARACTER
Ni dia antara pompuan2 kaya heee:-

Butler yg hensem2..kekeke :-

SCREENCAPS

EPISODE INFO


AWARDS

-60th Television Drama Academy Awards: Best Drama
-60th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Sato Takeru

Tuesday, March 29, 2011

Nodame Cantabile

Year : 2006
Title: のだめカンタービレ
Title (Romaji) : Nodame Cantabile 
Episodes: 11
Viewship Rating : 18.79
Genre: Romantic Comedy, Music
Cast: Ueno Juri, Tamaki Hiroshi, Eita, Koide Keisuke,
Mizukawa Asami, Saeko, Uehara Misa


                            PLOT                              

Noda Megumi atau nama singkatannya Nodame adalah seorang pelajar jurusan piano yg menuntut di Momogaoka College of Music. Dia seorang pemain piano yg sangat berbakat tetapi tidak suka membaca nota muzik dan bercita-cita menjadi guru kanak-kanak tadika. Nodame sangat malas mandi dan rumahnya juga berselerak dipenuhi sampah sarap, di kolej pula Nodame sering mencuri makan dari bekal kawan-kawannya. Shinichi Chiaki pula adalah pelajar senior yg sangat popular di kolej tersebut. Chiaki sangat berbakat dalam piano dan biola dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang konduktor muzik. Nampak sempurna luarannya namun dia mempunyai fobia menaiki kapal terbang akibat kemalangan yg pernah dilaluinya ketika kecil.

Mereka bertemu secara tidak sengaja dan kebetulan pula rumah mereka hanya bersebelahan sahaja.  Nodame telah jatuh cinta pada Chiaki, tapi mustahil bagi Chiaki untuk menyukai Nodame. Personaliti dan sikap mereka memang jauh berbeza, Chiaki sangat pembersih manakala Nodame pula sebaliknya. Akibat tidak tahan dengan perangai Nodame, Chiaki tekad untuk mengemas rumah Nodame dan akan memantau rumah Nodame. Mereka juga dipilih untuk menyertai pertandingan bermain piano dan hubungan mereka menjadi rapat kerana selalu berlatih bersama-sama. 
 
Kehidupan mereka di kolej juga diserikan dengan kehadiran kawan-kawan seperti Mine, Okuyama, Miki, Saiko dan Saku. Mereka semua berusaha keras untuk membuat persembahan orkestra di bawah bimbingan Chiaki. Akhirnya Chiaki mula menyukai Nodame. Kerana Nodame, Chiaki mendapat kesempatan untuk memimpin sebuah orkestra pelajar dan fobianya untuk menaiki kapal terbang telah hilang. Kerana Chiaki juga, Nodame mendapat kekuatan dan keyakinan untuk memasuki pertandingan piano. Ternyata mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
 

                            REVIEW                              
 
 
Nodame Cantabile diambil dari manga Tomoka Ninomiya. Drama ni sangat bagus untuk ditonton lebih-lebih lagi kalo yg minat muzik klasik dan okestra, tapi yg tak bape minat pon bole je layan sebab memang best muzik yg dorang mainkan. Serius cite ni memang tak boring langsung dan sangat menghiburkan terutamanya watak nodame tu  haha. Watak Chiaki Senpai pon sangat best begitu juga dengan yg lain-lain, masing-masing ade karakter tersendiri. Kagum la dengan orang jepun ni sebab bole buat cite lawak tapi penuh dengan emosi dan isi cite yg best dan padat. pendek kata macam-macam rasa bila tengok. Walaupon dah lame tengok cite ni tapi masih rasa nak gelak bila teringat semula hehe. Kepada yg belum tengok sy rekomenkan tengok la drama ni, Nodame Cantabile antara drama cemerlang dan telah terima banyak anugerah. Drama ni juga ada buat special episode dan movie. Nanti nak share pasal SP dan movie pulak. Sekian..gyaboooo ^,^ 
 
                            CHARACTER                              


                            SCREENCAPS                           


comel sangat beg Nodame.. rasa nak beli 1 hehe. ni gambar beg Nodame gyaboo.. simple but nice ^.^


                            EPISODE INFO                              


                            AWARDS                              

-51st Television Drama Academy Awards: Best Drama
-51st Television Drama Academy Awards: Best Actress: Ueno Juri
-51st Television Drama Academy Awards: Best Director: Takeuchi Hideki
-51st Television Drama Academy Awards: Best Musical Arrangement: Takeuchi Hideki
-51st Television Drama Academy Awards: Best Opening: Hattori Takayuki
-2nd Seoul Drama Awards: Best Miniseries
-2nd Seoul Drama Awards: Best Director: Takeuchi Hideki
-2nd Seoul Drama Awards: Best Music

Monday, March 28, 2011

Handsome Suit

Year : 2008
Title (English) : Handsome Suit
Title (Romaji) : Hansamu sutsu 
Genre: Comedy, Drama
Directed by : Tsutomu Hanabusa
Cast: Muga Tsukaji, Shosuke Tanihara,
Keiko Kitagawa, Mayumi Sada, Yusuke Yamamoto


Plot:
Handsome Suit mengisahkan tentang  lelaki bernama Takuro Ohki, seorang tukang masak yg masih bujang sehingga kini kerana kekurangan pada dirinya. Badannya gemuk, pendek dan wajah yg kurang menarik membuatkan dia selalu dipinggirkan kaum wanita. Dia gembira menjalani kehidupannya bersama teman-teman yg sering bersama susah dan senang. Kedatangan Hiroko Hoshino untuk bekerja di restorannya membuatkan Takuro berasa sangat gembira, dia telah jatuh cinta pada Hiroko namun cintanya ditolak dan Hiroko juga telah berhenti kerja.

Impian Takuro untuk menjadi kacak menjadi kenyataan apabila dia dipelawa untuk mencuba suit baru yg diberi nama Handsome Suit. Setelah memakai suit tersebut serta merta Takuro berubah menjadi kacak dan suaranya turut berubah menjadi seksi. Sejak hari itu dia bertukar nama kepada Annin, wajah dan penampilan barunya itu membuatkan semua wanita jatuh cinta padanya. Takuro tidak selalu memakai suit tersebut, bermakna dia akan menjadi Takuro dan Annin pada bila-bila masa sahaja yg dia suka.

Kehidupan Takuro ternyata amat berbeza apabila menjadi Annin, dengan begitu mudah dia mendapat tawaran sebagai model dan pelakon. Dapat pula bergandingan dengan model terkenal wanita Raika dan membuatkan Raika jatuh cinta padanya. Dalam masa yg sama Annin atau Takuro sebenarnya menyukai wanita lain iaitu Hone Hashino, seorang wanita gemuk dan tidak cantik tetapi mempunyai hati yg sangat baik.  Takuro tekad untuk menjadi Annin buat selama-lamanya tetapi dia berubah fikiran di saat akhir kerana cintanya kepada Hone Hoshino. Takuro tidak lagi memakai suit tersebut dan dia sangat terkejut bercampur gembira apabila mengetahui identiti sebenar Hone Hoshino.


Review:

Memang kelakar habes cite ni hahaha! banyak lawak spontan yg akan buat anda semua gelak. Kesian gak kat Takuro tu mentang2 tak hensem bila terlanggar pempuan dalam bas terus dituduh perveted, bila Annin terlanggar amboi siap bole senyum seronok lagi hahah bengong pempuan tu. Salah satu benda yg ingin diberitahu dalam cite ni adalah manusia lebih memilih rupa untuk dijadikan pasangan haha, begitu juga dengan Takuro. Cite ni lagi best kalo endingnya Takuro rejek Hone bila dapat tau identiti sebenar Hone, bermakna memang dia sangat ikhlas suka kat Hone. Ini? amboi tersengih cam kerang busuk,ahaha ape taknya untung la dia sebab dapat .... Nak tau ape? tengok lah nanti ^.^ Ok pendek kata cite ni memang komedi dan fantasi habes, hehe enjoy menonton!


Character


Screencaps:

Soundtrack:

•"My Revolution"

Composed by Tetsuya Komuro
Performed by Misato Watanabe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...