Pages

Friday, January 8, 2010

Absolute Boyfriend



Year: 2008
 Title (English): Absolute Boyfriend  
Title (Romaji): Zettai Kareshi
Episodes: 11
Viewship Rating: 13.20
Genre: Romance, Comedy
Cast: Hayami Mokomichi, Aibu Saki, Mizushima Hiro

Plot : 
Boleh ke Robot jatuh cinta? Kronos Heaven (syarikat pembuat robot) akhirnya berjaya menghasilkan sebuah robot lelaki yg kelihatan seperti manusia dan telah diprogramkan untuk menjadi seorang boyfriend yg setia serta mencintai pasangannya sepenuh hati. Syarikat tersebut telah memilih Izawa Riko untuk mencuba robot tersebut dalam tempoh 5 hari. Pada mulanya Riko keberatan untuk mencuba robot tersebut namun selepas dipujuk dia bersetuju  untuk mencuba  dan menganggap robot itu sebagai alat eletrik.

Riko memberi nama 'Tenjo Night' kepada robot tersebut dan selama tempoh 5 hari Riko melayan Night dengan dingin dan menyuruhnya tidur di tandas. Walaupun begitu Night sangat sayangkan Riko dan sanggup berbuat apa saja untuknya. Selepas tempoh 5 hari tamat, wakil untuk syarikat robot tersebut datang untuk mengambil semula robot ciptaan mereka namun Riko menyedari bahawa dia sudah mula sukakan Night. Riko bersetuju untuk membeli Night dengan harga yg mahal.  Night juga telah bekerja sebagai pencuci di tempat kerja Riko. Ramai yg cemburu melihat hubungan mesra antara Riko dan Night dan mereka semua tidak tahu bahawa Night itu sebenarnya adalah robot. 

Sementara itu bos Riko iaitu Soshi juga mempunyai perasaan terhadap Riko namun dia tidak berterus terang kerana mengetahui Riko sudah mempunyai kekasih (Night). Riko dan Soshi menjadi kawan dan sering menghabiskan masa bersama-sama. Perkara itu menyebabkan Night berasa cemburu terhadap Soshi. Lama kelamaan Riko juga telah mula sukakan Soshi. Mereka juga bercadang  ke luar negara kerana Riko berjaya mendapat tawaran belajar membuat kek di Paris, namun Riko keberatan kerana tidak mahu meninggalkan Night sendirian. Night yg mengetahui tentang hal itu membuat keputusan untuk tidur selama-lamanya memandangkan keadaannya yg rosak teruk dan tujuan utamanya adalah supaya Riko berjaya mencapai cita-citanya di Paris.


Review :
'Okaeri' hehe suka betol Night sebut perkataan tu. Citer yg unik dan best! Kalo ada masa terluang tu sila lah tgk citer ni. Banyak juga adegan lucu dalam citer ni. Watak Riko nampak sangat real dan kelakar, lebih2 lagi bila dia bersama robot Night. Robot Night sangat baik dan caring! Soshi pula sangat cool dan caring sebenarnya. Memang pening lah Riko nak pilih yg mana, tapi mesti lah dia akan pilih manusia kan walaupun robot tu sangat baik dan mempunyai perasaan sendiri (bukan lagi dikawal oleh program). Ending citer ni sangat sedih dan touching, tak sangka citer kelakar boleh ada ending camni~ wuwuwu

Character:

Screencaps :

Episode Info :
............................................................................................................................................
S P E C I A L

Year: 2009
 Title (English): Absolute Boyfriend  
Title (Romaji): Zettai Kareshi
Episodes: 1
Viewship Rating: 9.0
Genre: Romance, Comedy
Cast: Hayami Mokomichi, Aibu Saki, Mizushima Hiro




Plot :
Special episod menceritakan kepulangan  Riko dan Soshi ke Jepun selepas 3 tahun berada di Paris. Riko dan Soshi juga sudah bertunang dan mereka ingin bertemu dengan Night. Night yg telah dihidupkan semula  datang bertemu Riko namun dia bukan lagi Night yg pernah Riko kenali dulu. ini kerana Night telah hilang ingatan dan lupa akan memori mereka pada 3 tahun yg lepas. Segala percakapan dan tingkah lakunya hanya dikawal oleh program.

Suatu hari Night telah kembali ingat memori2 lama bersama Riko dan perasaan cintanya pada Riko bukan lagi dari program, tapi perasaan sebenarnya seperti manusia. Night yg menyedari hal itu membuat keputusan untuk memusnahkan dirinya kerana dia tidak mahu lagi menganggu kehidupan Riko. 

Review :
Adoi ingat ke sp ni happy ending, rupa-rupanya makin sadis daripada yg dulu..huhu. Kesiannya kat robot Night tu, dah ada feeling2 macam manusia, siap boleh keluar air mata lagi, kesian sangat kat dia. Sedih masa dia persoalkan kenapa dia jadi robot, kenapa dia tak jadi manusia? ;(  . Ending memang sedih, masa Night dan Riko jumpa buat kali terakhir. 

Screencaps :


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...