Pages

Friday, April 2, 2010

BOSS

Year: 2009
Title (English): BOSS
Episodes:11
Viewship Rating: 17.0
Genre: Detective
Cast: Amami Yuki, Takenouchi Yutaka, Tamayami Tetsuji,
Toda Erika, Mizobata Junpei


Plot:
''BOSS'' mengisahkan tentang sekumpulan detektif baru yg diketuai oleh seorang wanita bernama Osawa Eriko. Eriko yg baru saja kembali dari latihan di Amerika telah dilantik sebagai bos untuk satu pasukan detektif baru, namun detektif seramai 5 orang tersebut bukanlah seperti sangkaan Eriko kerana kesemua mereka berperangai aneh dan bermasalah. Katagiri seorang yg suka bersendiri, Kimoto yg suka tidur, Hanagata yg kebudak-budakkan, Yamamura yg selalu cuai dan Iwai seorang gay. Eriko sebenarnya dipermainkan oleh pihak atasan yg sengaja memberikan dia para detektif baru yg tidak berpengalaman. Namun Eriko mengambil itu sebagai cabaran dan cuba untuk membimbing semua detektif di bawah jagaannya.

Eriko telah diberi tugas pertama untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan, dan hasil usaha keras mereka akhirnya dia berjaya menumpaskan pembunuh tersebut. Kejayaan Eriko dicemburui oleh bos-bos detekftif lelaki yg lain dan menganggap perempuan tidak layak untuk menjadi bos disitu. Namun Eriko yg berpendirian tegas langsung tidak menghiraukan kata-kata mereka. Disamping itu juga Eriko sentiasa ditemani oleh sahabatnya iaitu Nodate yg selalu memberi sokongan kepadanya. 

Satu demi satu kes yg berjaya diselesaikan oleh Eriko dan detektifnya sehinggalah kes terakhir yg melibatkan sahabatnya, Nodate. Nodate disyaki bersubahat dengan penjenayah (Black Moon) yg berbahaya dan menyebabkan Eriko terpaksa mengorbakan persahabatan mereka demi keadilan.


Review:
Drama BOSS dibarisi oleh pelakon-pelakon yg mantap &  berjaya mendapat rating tinggi pada setiap episod yeahh!  BOSS la drama detektif yg saya paling suka setakat ini! Memang best sebab jalan citer yg menarik, watak2 yg sangat bagus dan mempunyai karakter masing2. Kes pula agak mencabar dan seram seperti kes pembunuh bersiri episod 2 yg mana Eriko sendiri ingin memerangkap suspek dengan menyamar menjadi mangsa. Detektif2 ni nampak je macam tu tapi sebenarnya dorang sangat bijak dan cekap. Citer ni taklah serius memanjang, ada juga kelakar, terutamaya watak yamamura hehe. Suka sangat bila ada twist dalam kes tertentu, kadang2 memang diluar jangkaan! itulah unsur yg best dan kreatif dalam drama ni. Drama ni memang saya rekomen pada semua, asyik tgk citer cinta je? tgk lah drama genre lain sikit,apa salahnya :D. harap2 drama ni ada season 2!

Character:
 
Screencaps:
 
Awards:
  • 2nd Tokyo Drama Awards: Best Actress - Amami Yuki
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Drama
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Actress - Amami Yuki
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Takenouchi Yutaka
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Directors - Mitsuno Michio, Ishii Yusuke, Hoshino Kazunari, Narita Takeshi
  • 13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Spring 2009): Best Actress - Amami Yuki 
Episode Info:

Hello! Myspace Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...