Pages

Monday, October 26, 2009

Nobuta wo Produce



Year : 2005
 Title (Romaji) : Nobuta wo Produce
Title (english): Makeover
Episodes: 10
Viewship Rating :16.89
Genre: School drama
Cast:  Kamenashi Kazuya, Yamashita Tomohisa
Horikita Maki, Toda Erika
Plot :
Kiritani Shuji ialah seorang pelajar lelaki yg sangat popular dan disenangi oleh semua rakan, namun dia sebenarnya berasa kesepian kerana tidak mempunyai kawan sejati. Di sekolah, Shuji hanya tidak dapat bertahan dengan Kusano Akira, yg dianggap sangat menjengkelkan kerana sikap Akira yg suka bersikap lucu dan ketawa. Suatu hari sekolah mereka menerima kedatangan seorang pelajar baru, mereka semua teruja untuk melihat pelajar baru yg dimaksudkan itu.


Pelajar tersebut bernama Kotani Nobuko, seorang gadis yg agak serabut penampilannya dan tidak yakin dengan diri sendiri. Sejak kedatangan Nobuka di sekolah itu, dia kerap dibuli oleh pelajar-pelajar perempuan sekelasnya. Shuji dan Akira yg mengetahui hal itu bersepakat untuk membantu Nobuko dengan rancangan mereka yg tersendiri, iaitu untuk menjadikan Nobuko sebagai gadis popular di sekolah itu. Mereka berjanji untuk merahsiakan rancangan tersebut daripada pengetahuan sesiapa pun. Hubungan mereka bertiga semakin lama semakin akrab. Shuji menyedari bahawa Akira dan Nobuko ialah kawan yg paling rapat dengan dirinya, Shuji dan Akira juga sama-sama sukakan Nobuko dalam diam. 


Rancangan mereka telah diketahui oleh seorang pelajar perempuan di sekolahnya. Pelajar itu cuba merosakkan hubungan akrab mereka bertiga kerana rasa cemburu yg kuat terhadap mereka. Dia cuba menghasut Akira dengan kata-katanya, namun usaha dia sia-sia saja kerana Akira sangat mementingkan Shuji dan Nobuko lebih dari dirinya sendiri. Nobuko semakin disukai oleh pelajar-pelajar disekolahnya. Satu berita buruk telah sampai kepada mereka, iaitu Shuji terpaksa berpindah sekolah kerana mengikut bapanya yg berpindah tempat kerja. Akira dan Nobuko sangat sedih mendengar berita tersebut. Shuji sangat terkejut apabila melihat seorang kawan baiknya berpindah ke sekolah yg sama juga ~ 
Unsorted Myspace Comments
Reviews :
Nobuta wo Produce adalah drama tentang tiga sahabat yg menarik dan jalan cite ni dapat menyeimbangkan antara komedi dan drama. Ketiga-tiga watak utama juga best dan mempunyai kekuatan tersendiri, Yamapi sebagai Akira memang kelakar, dan kadang2 pelik juga tengok perangai Akira yg selalu melekat dengan Shuji haha. Tapi dalam drama ni tak ditunjukkan langsung keluarga Akira, kalau ada sikit penceritaan tentang kehidupannya bersama keluarga, mungkin kita akan lebih faham kenapa perangai Akira sebegitu. Walaupun drama ni banyak komedi, tapi ia juga mempunyai babak2 yg serius. Ketiga-tiga mereka belajar tentang apa ertinya menjadi diri sendiri, dan mereka berjaya mengatasi setiap masalah yg timbul antara mereka kerana hubungan persahabatan yg kuat.  

Character :

Screencaps :


Episode info 


Awards 



----------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...