Pages

Friday, October 23, 2009

Battle Royale

Year : 2000
Title : Battle Royale
Directed by : Kinji Fukasaku
Running Time : 114 min.
Budget : $4,500,000
Cast: Tatsuya Fujiwara, Aki Maeda
Kou Shibasaki, Takeshi Kitano, Masanobu Ando


Plot :
Filem tahun 2000 yang menimbulkan kontroversi ini diambil dari sebuah novel di Jepun. Mengisahkan sekumpulan pelajar yg telah diculik dan dibawa ke sebuah pulau terpencil. Guru mereka, Kitano memberitahu bahawa mereka telah dipilih sebagai peserta Battle Royale, iaitu sebuah permainan yg diciptakan oleh Battle Royale Act di mana pelajar-pelajar harus membunuh antara satu sama lain sehingga tinggal seorang saja yg hidup. Jika selepas tiga hari tiada pemenang, alat elektronik yg melekat pada leher mereka akan diletupkan. 


Kitano telah membunuh dua orang pelajar iaitu Fuiyo dan Nobu untuk memberikan pengajaran kepada mereka akibat melawan perintahnya. Mereka semua diberi beg yg mengandungi makanan, air, lampu suluh, kompas, peta pulau dan senjata untuk memulakan permainan. Beberapa pelajar memutuskan untuk menolak permainan itu dengan bersama-sama menyembunyikan diri, dan ada juga pelajar yg sanggup membunuh kawan mereka sendiri untuk kekal dalam permainan itu. Shuya yg meratapi kematian sahabatnya, Nobu memutuskan untuk melindungi Noriko. Shinji Mimura pula mengumpulkan kawannya dan membuat rancangan sistem hack untuk meletupkan sekolah, dengan demikian mereka dapat membebaskan diri mereka dan kawan-kawan lain.

Permainan ini sangat menguji mereka, perasaan takut dan sangsi terhadap kawan telah menyebabkan mereka membunuh kawan sendiri untuk menyelamatkan diri. Ada juga beberapa pelajar yg telah bunuh diri kerana tidak mahu menyertai permainan ini. Shuya dan Noriko berjumpa dengan Kawada yg banyak membantu mereka sepanjang permainan. Mitsuko seorang gadis kejam yg telah banyak membunuh kawannya akhirnya mati ditembak Kiriyama. Shinji Mimura dan kawan-kawan juga mati ditembak oleh Kiriyama, dan Kiriyama juga mati ditembak Kawada. Guru mereka, Kitano juga akhirnya mati ditembak. Hanya Kawada, Shuya dan Noriko  yg terselamat, namun salah seorang dari mereka mati kerana luka yg dialaminya. Dua pelajar yg tinggal menghilangkan diri dan hidup sebagai pelarian. 


Review :
Filem ni agak ganas, banyak adegan tembak menembak, dan bunuh antara mereka. Walaupun ada antara mereka yg sanggup membunuh kawan sendiri, tapi lebih ramai yg bersatu hati dan percayakan kawan mereka. Contohnya Shuya dan Noriko, Shinji Mimura dan kawan2 yg berusaha membuat sistem hack, dan ramai lagi. Benci dengan watak Mitsuko dan Kiriyama, mereka berdua ialah watak yg paling jahat dan tak berperikemanusiaan dalam filem ni :(  Guru mereka, Kitano juga kejam dengan memaksa pelajarnya menyertai dalam permainan tersebut. Tapi yg kelakar  bila dah kena tembak, boleh hidup dan bercakap banyak lagi haha, part si Kitano sensei tu paling mengarut. Ok la cite ni, banyak suspen yg pasti akan membuatkan anda shock~ :D

Character :

Screencaps :
---------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...