Pages

Wednesday, March 23, 2011

Taiyou no Uta


Year : 2006
Title (English) : Midnight Sun/ A Song To The Sun
Title (Romaji) : Taiyou no Uta
Genre: Human Drama, Romance
Directed by : Norihiro Koizumi
Running Time : 119 min.
Cast: Yui, Takashi Tsukamoto, Kuniko Asagi


Plot:


Kaoru Amane seorang gadis berusia 16 tahun menghidapi penyakit xeroderma pigmentosum (XP) yg mana dia tidak boleh terdedah dengan sinaran matahari. Kaoru tidak bersekolah dan menjalani kehidupannya berbeza dengan orang lain, siang adalah waktu tidurnya manakala malam dia akan bangun dan keluar untuk bermain gitar.

Setiap hari dia akan menjenguk ke luar tingkap bilik tidurnya untuk melihat gelagat seorang pelajar lelaki bernama Koji yg selalu duduk di depan stesen bas. Suatu hari Kaoru mengekori lelaki tersebut untuk memperkenalkan dirinya dan sejak hari itu mereka berdua berkawan baik. Koji membawa Kaoru ke bandar untuk menyanyi sambil bermain gitar, persembahan Kaoru mendapat tepukan dan sokongan yg meriah. Mereka berdua sangat gembira dan bersama-sama pergi ke laut untuk melihat matahari muncul.

Namun Kaoru tiba-tiba teringatkan sesuatu yg penting dan terus berlari untuk pulang ke rumah sebelum matahari muncul. Koji yg tidak faham akan perkara sebenar telah menghantar Kaoru pulang ke rumah da dia dimarahi oleh ibu bapa Kaoru yg bimbang akan keselamatan anaknya. Akhirnya Koji mengetahui tentang penyakit sebenar Kaoru dan dia tetap mahu bersama Kaoru. Koji mencadangkan agar Kaoru menerbitkan cd nyanyian Kaoru dan perkara itu membuatkan Kaoru berasa terharu, walaupun dia tidak mampu lagi untuk bermain gitar namun dia masih lagi boleh menyanyi.

Kaoru merakamkan lagu ciptaannya di studio dan tidak lama kemudian lagu Kaoru kedengaran di corong-corong radio. Koji dan keluarga Kaoru sangat gembira setiap kali mendengar lagu nyanyian Kaoru meskipun Kaoru sudah tiada lagi di sisi mereka.

Review:

Pada saya movie ni ok.. memang la sedih kalo cite ade pasal sakit-sakit ni, tapi yg best tengok bila heroin sakit mesti si hero akan support dia, bagi kata-kata semangat.. takde nye die nak lari, takot ke ape ke.. huhu sweetnye kan ^.^ Best lagu Kaoru Amane dalam movie ni, suara comel je hehe. Sedih tengok masa Kaoru dah tak boleh main gitar, bayangkan itu memang benda yg dia minat dan buat tiap hari tetibe takleh kan.. Ok bape bintang nak bagi kat cite ni yek..ehehe 3.5/5 . hehe memandai je kan, nak gak sekali sekala kasi bintang.. weeeee ~

Character:

Screencaps:


Soundtrack:

Theme song: Good-bye Days by Yui
Insert song: Skyline by Yui
Insert song: It's happy line by Yui


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...