Pages

Tuesday, October 6, 2009

Hana Kimi

Year : 2007
Title (romanji): Hanazakari no Kimitachi e 
Title (english): For You in Full Blossom
Episodes: 12 
Viewship Rating : 17.30
Genre: High school, romance, comedy
Cast: Horikita Maki, Oguri Shun, Ikuta Toma 
Mizuhima Hiro, Shirota Yuu
Plot :
Ashiya Mizuki tinggal di Amerika Syarikat dan dia amat meminati Sano Izumi, iaitu pelompat tinggi yg sangat berbakat dari Jepun. Suatu hari, Sano telah menyelamatkan Ashiya dari dikejar orang jahat, akibatnya Sano mengalami kecederaan di kaki kerana ditikam. Sejak peristiwa itu Sano tidak lagi terlibat dalam acara sukan lompat tinggi. Ashiya rasa amat bersalah di atas kejadian itu dan dia memutuskan untuk belajar di sekolah yg sama dengan Sano, iaitu di Osaka High. St. Blossoms. Oleh kerana sekolah tersebut adalah sekolah lelaki, Ashiya terpaksa menyamar seperti lelaki dan memotong rambutnya pendek. Dia mendapat izin keluarga kerana mereka tidak tahu bahawa Ashiya sebenarnya hendak masuk ke sekolah lelaki. 

Harapannya adalah untuk melihat idolanya (Sano) melompat kembali seperti dulu. Identitinya dapat disembunyikan, hanya doktor sekolahnya iaitu Hokuto Umeda telah mengetahui perkara sebenar. Ashiya mencuba pelbagai cara untuk menyakinkan Sano semula, namun semuanya sia-sia kerana Sano telah berputus asa. Dalam waktu yg sama Nakatsu menyukai Ashiya, Nakatsu menganggap dirinya gay kerana telah mula sukakan Ashiya. Tak lama kemudian abang Ashiya datang ke Jepun untuk berjumpa dengannya, abangnya telah mengetahui hal yg sebenarnya dan memarahi adiknya itu. Ashiya menceritakan segala-galanya tentang tujuannya datang ke sekolah itu. Secara tak sengaja, Sano telah mendengar semuanya dan dia juga terkejut. Tapi Sano merahsiakan hal itu daripada sesiapa termasuk juga Ashiya. Hubungan Sano-Ashiya-Nakatsu semakin rapat dan mereka menjadi kawan baik di sekolah itu, macam2 perkara yg lucu berlaku di sekolah itu. Nakatsu telah meluahkan perasaannya kepada Ashiya, namun dia hanya sukakan Sano saja.

Nakatsu telah mengetahui identiti Ashiya yg sebenarnya, termasuk juga pelajar2 yg lain. Pada awalnya mereka marah dengannya kerana telah menipu mereka selama ini, namun selepas itu mereka dapat menerima Ashiya. Sano pula telah berjaya untuk melompat kembali, dan Ashiya sangat berpuas hati. Selepas itu Ashiya pulang semula ke Amerika Syarikat 

Review :
Cite yg kelakar terutamanya semasa scene ramai2 di sekolah, oscar memang lawak gile dan havoc. Suka masa part dorang ramai2 main game, kuiz, macam2 lah, dan masa scene Ashiya dan Nakatsu. Bila Ashiya dan Sano macam boring sikit la, nampak mcm serius je. Suka tengok masa Sano dan Nakatsu cuba nak tolong Ashiya daripada kantoi identitinya terbongkar (masa ni Sano dan Nakatsu dah tau Ashiya tu perempuan).  Cite ni ok la..komedi romantik gitu, part serius pon sikit2 je dan part sedih masa Nakatsu kena reject dengan Ashiya tu. Drama ni diambil dari manga popular 'Hana Kimi' . enjoy~

Character :

Screencaps :

Episode info 
Awards 

(sumber : dramawiki)

Special
Year : 2008
Title (romanji): Hanazakari no Kimitachi e 
Title (english): For You in Full Blossom

Viewship Rating : 18.80
Genre: High school, romance, comedy
Cast: Horikita Maki, Oguri Shun, Ikuta Toma 
Minami, Mizuhima Hiro, Shirota Yuu
Plot :



Atas permintaan peminat hana kimi SP telah dibuat pada tahun 2008, Special episode ini menceritakan kembali episod-episod yg lalu dengan lebih terperinci, tambahan watak baru iaitu Juliai sebagai kawan baik Ashiya menceriakan lagi suasana. Episode ini juga menumpukan kepada hubungan Ashiya dan Sano. 


Review :
Best juga sp ni, watak Julia yg selamba pon best. Oscar dengan lawaknya memang best, kesian dia kena kejutan letrik. enjoyy~


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...