Pages

Friday, April 2, 2010

Ace wo Nerae!

Year: 2004
Title (English): Aim for the Ace!
Title (Romaji): Ace wo Nerae!
Episodes: 9
Viewship Rating: 13.20
Genre: Sports, Human drama
Cast: Ueto Aya, Yoshizawa Hisashi,
Matsumoto Rio, Sakai Ayana, Uchino Masaaki



Plot :
Drama ini diadaptasi dari sebuah komik popular jepun yg telah terjual sebanyak 15 juta naskah. Mengisahkan tentang Hiromi Oka yg berminat untuk bermain tenis setelah dia melihat kehebatan Reika (seniornya)  di gelanggang tenis. Namun kedatangan seorang pelatih baru pasukan tenis, iaitu Munagata telah membuatkan Oka dan pemain lain berasa kurang senang. Mereka dilatih dengan tegas dan perlu membuat begitu banyak latihan. Suatu hari Munagata telah memilih Oka sebagai salah seorang ahli perlawanan tenis antara sekolah  dan perkara itu mengejutkan mereka kerana Oka masih baru dalam sukan tenis.

Sejak hari itu Oka dicemburui dan dibuli oleh senior-seniornya, kecuali Reika,Maki dan Todo yg sentiasa memberi sokongan kepadanya. Kemampuan dan pengalaman Oka yg masih sedikit tidak membantunya dalam perlawanan tenis, dia sentiasa tewas di dalam setiap pertandingan. Namun Munagata selalu membantunya dengan  melatih dan membimbing Oka. Pernah juga beberapa kali Oka berputus asa dan ingin berhenti daripada sukan tersebut, tetapi ia tidak lama kerana sememangnya tenis telah menjadi kepentingan dalam hidupnya.

Tidak lama selepas itu, Oka telah berjaya terpilih untuk ke pertandingan antarabangsa bersama-sama dengan Reika, Ranko, Todo dan Ozaki. Ternyata Oka sangat berbeza dengan dulu, prestasinya dalam sukan tenis semakin meningkat dan bakatnya sangat menyerlah. Oka telah belawan dengan ramai pemain yg hebat namun akhirnya dia kalah kepada Ranko. Kerana itu Oka telah tersingkir daripada mara ke peringkat seterusnya, namun nasib menyebelahinya apabila para juri sendiri ingin Oka menyertai kembali pertandingan antarabangsa tersebut kerana berpendapat Oka mempunyai potensi yg besar dalam sukan itu. Di perlawanan akhir, Oka akan berlawan dengan seniornya sendiri iaitu Reika. Kedua-dua mereka ternyata sama hebat dan merupakan saingan yg sengit dalam pertandingan itu. Siapa yg menang? jeng3.. tengok sendiri,tak nak kasi spoiler :p

Review:
Best! suka tengok Oka yg semakin lama semakin menyerlah dalam tenis, mmg bakat terpendam agaknya. Mula2 agak konfius dgn watak Reika tu, tapi lama2 faham la juga hehe. Watak Rando pun best, nampak hebat je dia main tenis & muka garang sangat. 'Tiada yg mustahil dalam hidup' - tu la salah satu benda yg ditonjolkan dalam citer ni. em hujung2 citer ni agak sedih, sikit je la sedih tu ;D. Siapa yg minat tenis atau tak minat pon boleh layan citer ni, best je & enjoy untuk ditonton~ Ace!


Character :

Screencaps :


Komik




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...