Pages

Monday, September 28, 2009

Hana Yori Dango

Year : 2005
Title (romanji): Hana Yori Dango 
Title (english): Boys Over Flowers 
Episodes:
Viewship Rating : 19.60 
Genre: Romance, School 
Cast: Inoue Mao, Matsumoto Jun, Oguri Shun, 
Matsuda Shota, Abe Tsuyoshi 



Plot : 
Makino Tsukushi ialah satu-satunya gadis miskin yg belajar di Eitoku Gakuen, sekolah tinggi elit kaya dan terkenal. Sekolah itu diperintah oleh F4 (Flower Four), 4 anak lelaki daripada keluarga-keluarga berkuasa. Pemimpin mereka adalah Domyouji Tsukasa, waris untuk Domyouji World Finance Group. Hanazawa Rui, Nishikado Soujiro  dan Mimasaka Akira  melengkapkan kumpulan. Makino berharap untuk tamat persekolahannya disitu dgn aman. 

Bagaimanapun, satu hari Makino terpaksa melawan Domyouji Tsukasa untuk mempertahankan rakannya. Akibatnya Makino menerima 'Notis Merah' dari F4 keesokkan harinya. Notis itu bermaksud hari kemusnahan mangsa, sesiapa yg menerimanya akan dibuli tanpa henti sehingga mangsa terpaksa menyerah kalah dan berhenti sekolah. Makino tetap bertahan walaupun dibuli oleh rakan sekolahnya, dia telah menumbuk Domyouji Tsukasa dan mengisytiharkan perang pada F4. Bermula dari hari itu, Domyouji Tsukasa telah jatuh hati pada Makino, tetapi Makino dalam diam menyukai Hanazawa Rui. (Drama ni diadaptasi dari Manga Jepun - ''Hana Yori Dango'' oleh Kamio Yoko)

Review :
Drama yg cute dan tak jemu ditonton. walaupun hanya 9 episod, terdapat pelbagai adegan yg lucu, romantik, dan konflik diselitkan dlm drama ni. Jalan cerita bagus, tak membosankan langsung. Saya suka sgt watak Makino - dia kuat, berani dan jujur. Watak2 utama memang best - inoue mao, matsumoto jun, oguri shun mmg pelakon yg hebat dan mantap ! Sesiapa yg belum tengok drama ni.. tengok la ye. Hana Yori Dango ni antara drama yg sgt popular di asia dan masih menjadi sebutan sampai sekarang :) 

Character :



 Screencaps :

Girls Myspace Comments
Episode info
Awards

47th Television Drama Academy Awards: Best Actress (Inoue Mao)
47th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor (Matsumoto Jun)

(Sumber : dramawiki) 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...