Pages

Thursday, March 24, 2011

Cyborg Girl

Year : 2008
Title (English) : Cyborg Girl / Cyborg She
Title (Romaji) : Boku no Konojo wa Saibogu
Genre: Science Fiction, Romantic Comedy
Directed by : Kwak Jae-Yong
Running Time : 120 min.
Cast: Haruka Ayase, Keisuke Koide, Risa Ai

Plot:

Mengisahkan Jiro seorang mahasiswa yg selalu kesepian, dia akan meraikan hari jadinya seorang diri dan membeli hadiah untuk dirinya sendiri. Suatu hari Jiro ternampak seorang gadis cantik dan ceria di pusat membeli belah dan sejak itu  gadis tersebut mengikut Jiro kemana sahaja. Mereka berdua juga menyambut hari jadi Jiro bersama-sama dan berlari sepanjang malam kerana dikejar pihak restoran akibat tidak membayar bil restoran tersebut. Selepas beberapa jam kemudian gadis tersebut pergi meninggalkan Jiro dalam keadaan terpaksa dan kedua-dua mereka berasa agak sedih dengan perpisahan itu.

Setahun kemudian, pada hari jadi Jiro sekali lagi Jiro bertemu dengan gadis yg sama namun sedikit berbeza dari segi perangai. Gadis ini sebenarnya ialah robot (cyborg dari masa depan) yg telah dihantar untuk menyelamatkan Jiro dari bencana. Hubungan mereka semakin lama menjadi rapat dan banyak kenangan manis dan lucu semasa mereka bersama. Gempa bumi telah melanda dan menghancurkan Tokyo, rumah yg mereka tinggal semuanya runtuh dan cyborg tersebut sedaya upaya menyelamatkan Jiro namun kekuatannya tidak cukup untuk menyelamatkan diri sendiri. Setelah memberitahu Jiro bahawa dia sekarang mengerti perasaannya, cyborg tersebut tidak lagi boleh berfungsi (musnah).

Jiro yg kecewa dengan kejadian itu tidak berputus asa, dia menghabiskan masa selama 61 tahun untuk membaiki semula robot kesayangannya itu. Akhirnya Jiro berjaya membaiki cyborg dan selepas meraikan hari jadinya bersama cyborg Jiro meninggal dunia. Tahun 2133 seorang gadis terkejut melihat rupa cyborg yg berada dalam pameran iras sepertinya, dia ingin tahu dan membeli cyborg tersebut untuk mengalami kenangan yg disimpan dalam memory chip nya. Cyborg berpeluang untuk kembali melihat Jiro pada masa lalu, dia memilih untuk bertemu Jiro 60 tahun yg lalu iaitu semasa sambutan hari jadi Jiro yg ke-20 pada tahun 2007.


Review:


Oh movie ni antara movie jepun terbaik yg pernah sy tengok, patot pon best bangat sebab director nya Kwak Jae-Yong - director movie korea my sassy girl, windstruck, daisy. Cite ni memang indah, ada part yg akan buat anda emosi sampai menangis n ada part yg akan buat anda ketawa guling-guling haha. Jalan cite yg baik n pasangan pelakon utama Ayase Haruka n Koide Keisuke yg sangat best. Mudah je nak faham cite ni walaupun ada flashback, sy suke ending cite ni..memang ade twist di hujung-hujung cite n sangat la puas hati dengan ending tu. Memang terbaik la, sy nak kasi 5 bintang kat movie ni ^_^ . Siape tak tengok rugi tau, salah satu karya terbaik ni.. tengok la pasti takkan membazirkan masa anda.

Character

Screencaps:


Soundtrack:

Title: 約束の翼 (Wings of Promise)
Album: Cyborg She Original Soundtrack
Artist: Misia

2 comments:

Abang Long said...

Macam menarik...kena tengok nih..thanx

Nino said...

memang menarik sangat cite ni, tengok jangan tak tengok hehe ^.^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...