Pages

Sunday, September 27, 2009

Liar Game

Year : 2007
Title (english): Liar Game
Episodes : 11
Viewship Ratings: 11.40
Genre: Psychological thriller   
Cast: Toda Erika, Matsuda Shota, Kitamura Soichiro
Hello! Myspace CommentsHello! Myspace Comments
Plot
Kanzaki Nao adalah seorang pelajar kolej yg sangat jujur, suatu hari dia menerima 100 juta yen (kira-kira $1,000,000) dan satu jemputan bagi menyertai satu permainan dipanggil "Liar Game". Tujuan permainan ini ialah untuk melihat muslihat pemain-pemain saling menindas antara satu sama lain untuk mendapatkan 100 juta yen yg lain . Di akhir permainan, pemenang akan mendapat 100 juta yen manakala yg kalah akan berhutang sebanyak 100 juta yen.

Keesokan harinya, dia menerima berita bahawa lawannya dalam permainan itu ialah bekas gurunya, Fujisawa Kazuo. Nao pergi mencari gurunya untuk meminta bantuan, tetapi akhirnya dia diperdaya oleh gurunya sendiri. Akhirnya Nao meminta bantuan daripada seorang bekas banduan yg genius bernama Shinichi Akiyama. Pada mulanya Akiyama keberatan, namun akhirnya dia bersetuju untuk membantu Nao. Akiyama telah membuat rancangan untuk mengambil kesemua duit yg disimpan oleh Fujisawa, dan dia telah berjaya memenangi permainan tersebut. 

Bagaimanapun, permainan mereka tidak tamat disitu, pasangan Akiyama-Nao membuat keputusan untuk terus kekal dalam permainan itu dengan tujuan mencari sifat sebenar penubuh organisasi itu. Mereka juga cuba melepaskan peserta-peserta lain daripada ‘Liar Game’. 

Review:
Drama yg diadaptasi dari manga - cite ni  penuh dgn suspen, watak dan jalan cerita yg menarik, agak pening juga tgk taktik penipuan diorang dalam drama ni hehe. Drama ni sesuai la untuk sesiapa yg minat genre2 thriller, takde cintan2 pon dalam cite ni. Tak sabar tunggu liar game 2 pula, akan datang ! 


Character :
Rasa kelakar dan kesian juga tgk watak Nao yg sangat la lurus, sampai kena tipu banyak kali tapi tak serik-serik lagi .
Akiyama pula sangat la genius..wah bestnyer kalau jadi genius macam dia nie.


Screencaps :

Episode info

Bye Myspace Comments
(Sumber : dramawiki)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...