Pages

Wednesday, January 6, 2010

Akai Ito

 
Year : 2008 
Title (English) : Threads Of Destiny   
Title (Romaji) : Akai Ito 
Episodes: 11
Viewship Rating : 8.50
Genre: Romance, human drama
Cast: Minamisawa Nao, Mizobata Junpei,
Kimura Ryo, Sakuraba Nanami
 
Plot : 
Drama ini diambil daripada hit mobile novel bertajuk 'Akai Ito' yg ditulis oleh Mei. Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mei yg selama ini telah jatuh cinta dengan Yuya, iaitu rakannya sejak kecil lagi. Namun begitu Yuya sebenarnya menyukai kakak Mei iaitu Haruna. Selepas mengetahui perkara sebenar, Mei cuba untuk mengubati perasaannya dengan mencari keselesaan dalam persahabatan dan lebih dekat teman-teman sekolahnya, Taka, Mia, Yuri, Natsu, Mitsu dan Sara. 

Suatu hari Mei bertemu dengan seorang lelaki yg pendiam bernama Atsushi. Mei dan Atsushi mula menyedari bahawa mereka berkongsi banyak persamaan dan juga mempunyai tarikh lahir yg sama iaitu 29 Februari 1992. Mereka juga sebenarnya telah bertemu secara kebetulan semasa berusia 8 tahun, menyedari tentang hal itu hubungan mereka menjadi semakin rapat dan menganggap satu sama lain sebagai jodoh mereka yg terbaik.Tetapi hubungan mereka tidak kekal apabila ibu tiri Mei memaksa Atsushi meninggalkan Mei. Terdapat rahsia yg wujud antara ibu Atsushi dan keluarga Mei. Atsushi terpaksa meninggalkan dan melukakan hati Mei dengan alasan dia sudah bertemu dengan gadis lain. Atsushi juga telah berpindah sekolah dan mereka tidak bertemu lagi selepas itu.

Beberapa tahun berlalu, hubungan Mei dan Riku menjadi semakin rapat, Riku sentiasa berada disisi Mei semasa Mei dalam kesusahan. Mereka menjadi pasangan kekasih namun begitu sikap Riku yg sangat cemburu dan kerap memukul menyebabkan Mei ketakutan. Tak lama kemudian Mei dan Atsushi bertemu kembali, Riku mula sedar bahawa dia bukan yg terbaik untuk Mei dan ingin mengundur diri dari hubungan itu tetapi Riku telah dilanggar kereta dan mati akibat kecederaan parah. Kejadian itu sangat menyedihkan Mei dan rakan-rakan yg lain. Selepas mengharungi banyak kedukaan akhirnya mereka berdua mengetahui perkara sebenar disebalik hubungan mereka dan takdir  juga telah menentukan bahawa mereka berdua ialah cinta yg sejati.  

Reviews :
Drama yg romantik dan tragik. Walaupun pelakon2 semuanya muka baru tapi lakonan mereka tak mengecewakan. Bukan sekadar cinta remaja sekolah yg biasa2 camtu tapi ada beberapa unsur serius seperti dadah, bunuh diri dan penceraian juga diselitkan dalam citer ni. Part tragik/sedih lebih banyak daripada part happy..huhu ;( kalo lebih banyakkan happy moment lagi best rasanya. Emm tapi suka dengan tema citer ni iaitu 'destined love' sooo beautiful hehe

Character :

Screencaps :

Episode info :

Hello! Myspace Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...