Pages

Monday, October 5, 2009

Sekai no Chuusin de, Ai wo Sakebu



Year : 2004
Title (english): Crying out Love, in the Centre of the World 
Episodes: 11, 1 Special
Viewship Rating : 15.90
Genre: Romance, Human drama
Cast: Yamada Takayuki, Ayase Haruka
Ogata Naoto, Motokariya Yuika
Hello! Myspace Comments
Plot:
Diambil dari sebuah novel Jepun yang ditulis oleh Katayama Kyoichi dan diterbitkan pada April 2001. Mengisahkan kehidupan 2 orang remaja iaitu Matsumoto Sakutaro (Saku) dan Hirose Aki pada tahun 1980-an di daerah Jepun. Saku berusia 34 tahun terkenangkan kenangan lamanya sewaktu berusia 17 tahun bersama teman wanitanya, Aki. Saku pulang ke kampung untuk  kembalikan kenangannya bersama Aki.

17 tahun yg lalu - Aki ialah gadis yg cantik, ceria, aktif dalam sukan lumba lari dan diminati ramai. Saku seorang yg pelupa, lurus dan pemalu. Mereka merupakan rakan sekelas, namun Aki menyukai Saku dalam diam, begitu juga dengan Saku. Aki meluahkan perasaannya kepada Saku melalui rakaman tape. Sejak itu, mereka saling bertukar tape, pergi lawatan bersama-sama dan menikmati cuti musim panas. Mereka adalah pasangan yg paling bahagia

Namun begitu, Aki disahkan menghidap penyakit leukemia dan badannya semakin hari semakin lemah. Dia tak dapat lagi pergi ke sekolah dan terpaksa melupakan sukan kegemarannya.  Aki berhajat untuk pergi ke Uluru, Australia (Center of the World) bersama-sama Saku, tetapi hajatnya tak kesampaian kerana Aki telah meninggal dunia. Saku tak dapat menerima kenyataan dan lari dari realiti


Review :
Drama yg sedih tetapi best, ada adegan2 lucu juga di awal2 cite seperti Aki mempermainkan Saku yg lurus dan watak atuk Saku yg suka membonceng basikal Saku. Jalan cerita menjadi lebih dramatik apabila atuk Saku meninggal dunia, selepas itu Aki pula menderita menghidap leukemia. Saku amat sayangkan Aki dan ingin berkahwin dengannya walau apa pun berlaku, tetapi mereka belum cukup umur untuk berkahwin. Sangat sedih apabila Aki telah meninggal, tetapi Saku tak percaya dan terus lari dari realiti bahawa Aki sudah tiada lagi. Saku juga terus menyimpan abu Aki sehingga 17 tahun lamanya..


Character :


Screencaps : 


Episode info :
Awards

  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Drama
  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Casting
  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Actor: Yamada Takayuki
  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Supporting: Actress: Ayase Haruka
  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Theme Song: Shibasaki Kou
  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Newcomer: Tanaka Koutaro
  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Screenwriter: Morishita Yoshiko
  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Director: Tsutsumi Yukihiko, Ishii Yasuharu, Hirakawa Yuuichirou
  • 42nd Television Drama Academy Awards: Best Theme Clip

(sumber : dramawiki)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...