Pages

Thursday, January 14, 2010

Papa to Musume no Nanokakan



Year: 2007
 Title (English): Seven Days of a Daddy and a Daughter
Title (Romaji): Papa to Musume no Nanokakan
Episodes: 7
Viewship Rating: 13.90
Genre: Comedy
Cast: Tachi Hiroshi, Aragaki Yui, Kato Shigeaki

Plot :
Mengisahkan tentang Kyoichiro yg cuba untuk memperbaiki semula hubungan yg renggang antara dia dan anak perempuannya bernama Koume. Suatu hari Kyoichiro telah membawa isteri dan anaknya Koume melawat neneknya di kampung. Semasa berjumpa, nenek Koume telah memberikan beberapa biji buah ajaib untuk mereka makan. Mereka berdua perlu pulang ke rumah menaiki keretapi kerana masing-masing ada urusan yg perlu diselesaikan dan semasa dalam perjalanan Kyoichiro mengambil peluang itu untuk berbaik-baik dengan Koume. Satu insiden telah berlaku dengan  keretapi yg dinaiki mereka, Kyoichiro mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Koume semasa insiden itu.

Mereka dibawa ke hospital dan hanya mengalami kecederaan ringan saja, namun perkara yg sangat mengejutkan sekali ialah mereka berdua telah bertukar jasad hasil daripada buah ajaib itu. Hanya mereka berdua saja yg tau tentang perkara sebenar. Sejak hari itu Koume terpaksa pergi bekerja di mana tempat bapanya selama ini mencari rezeki, begitu juga dengan Kyoichiro yg terpaksa ke sekolah anaknya. Secara semulajadi hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat dan saling memahami antara satu sama lain. Koume yg mengambil alih pekerjaan bapanya mula faham akan tanggungjawab dan beban yg ditanggung oleh bapanya. Manakala Kyoichiro yg bersekolah semula berasa sedikit tenang, namun kadangkala agak terganggu apabila teman lelaki anaknya bernama Kenta sering mengajaknya keluar.

Banyak perkara manis dan lucu dilalui semasa mereka bertukar jasad, guru kelas Koume juga berasa hairan dengan keputusan ujian Koume yg semakin merosot. Koume yg geram dengan perkara itu menyuruh bapanya belajar lebih kuat sama seperti dirinya yg cuba sedaya upaya untuk bekerja demi bapanya. Setelah 7 hari berlalu akhirnya mereka kembali normal seperti biasa, mereka berdua menjalani kehidupan seperti biasa dan hubungan anak beranak itu menjadi lebih rapat hasil daripada insiden buah ajaib neneknya.

Review :
Citer yg sangat kelakar terutamanya watak bapa tu, haha. Banyak adegan spontan dan lucu yg akan buat kita gelak. Suka tengok bila mereka berdua ni mula saling memahami satu sama lain, kalau tak sebelum ni buat hal masing2 je. Bestnya dorang boleh simpan rahsia tu sampai isteri dia sendiri pon tak tau hal sebenar. Ok la citer ni best dan menghiburkan, disamping menekankan hubungan anak beranak yg berubah ke arah positif. Ejoy =)

 
Character :

Screencaps :

Episode Info :

Awards :
54 Television Academy Awards : Best Actor - Tachi Hiroshi
54 Television Academy Awards : Best Script


2 comments:

Anonymous said...

hey2x
cerita ni best sangat!
suke tengok
btw nino
bat larh post baru!! tengah bosan nie!

Nino said...

aii tyka. bz sket la skrg ni.
maybe nino akan post lg lepas ni, bye2 =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...