Pages

Sunday, October 18, 2009

Kamisama mou Sukoshi Dake

  Year :1998
 Title (Romaji) : Kamisama mou Sukoshi Dake
Title (english): God, please give me more time / Precious Time
Episodes: 12
Viewship Rating : 22.50
Genre: Romance
Cast:  Kaneshiro Takeshi, Fukada Kyoko
Nakama Yukie, Kato Haruhiko
Unsorted Myspace Comments
Plot :
Sebuah kisah cinta menyentuh hati tentang seorang gadis bernama Kano Masaki (Fukada Kyoko) yg dijangkiti HIV setelah menjual dirinya untuk mendapatkan wang ke konsert komposer terkenal Ishikawa Keigo (Kaneshiro). Selepas konsert tamat, Kano Masaki telah mengejar van yg dinaiki Keigo dan mereka telah bertemu. Selepas hari itu, mereka berdua tidak lagi berhubung.  


Masaki gembira melayari kehidupannya bersama rakan-rakan sekolahnya, begitu juga Keigo yg sibuk dengan aktiviti seninya. Tiga bulan berlalu, Keigo telah menghubungi Masaki dan mengajaknya keluar bersama. Masaki begitu teruja sehingga telah dilanggar oleh sebuah motosikal, tetapi hanya mengalami kecederaan ringan. Di hospital doktor telah membuat ujian darah ke atas dirinya dan mendapati Masaki menghidap HIV positif. Apabila diberitahu padanya, Masaki tergamam dan kaku. Dia lupa akan temujanji bersama Keigo.  


Tidak lama kemudian, Masaki menceritakan hal yg sebenarnya kepada Keigo. Pada mulanya Keigo terkejut, namun dia tetap menyukai dan menerima Masaki seadanya. Pelbagai halangan yg dilalui oleh mereka berdua. Beberapa tahun mereka telah terpisah angkara Kouru - penyanyi yg bekerjasama dengan Keigo. Apabila Keigo pulang ke Jepun semula, dia bertemu kembali dengan Masaki, kemudian mereka berpisah kembali kerana urusan kerja. Masaki gembira apabila disahkan mengandung, namun keluarganya menentang kerana ianya membahayakan kesihatannya. Namun Masaki tetap dengan keputusannya untuk melahirkan anaknya. Sembilan bulan kemudian, Keigo kembali ke Jepun untuk bertemu Masaki, tetapi Masaki kini berada dalam keadaan yg kritikal .
 
Review :
Emm drama ni tahun 1998, tapi aku baru tengok 2 bulan lepas.. haha ketinggalan betol la. Ok drama ni sedihh sangat, jadi sediakan sekotak tisu dulu atau tuala seblom tengok yek.  Jalan cite drama ni ok, awal betol Masaki dapat tahu tentang penyakit dia, rasanya dalam episod 1. Sejak tahu  menghidap HIV, dia selalu menangis. Mereka yg  tahu hal sebenar hanya Keigo dan keluarganya saja.  Ibunya selalu berada disisi Masaki dalam waktu2 gentir, manakala ayah dan adiknya asyik salahkan Masaki dan meminggirkan dia kerana malu. Berita tentang penyakit Masaki akhirnya tersebar di sekolah, kawan2 Masaki tak nak lagi berkawan dengannya. Tapi Masaki seorang gadis yg kuat dan berfikiran positif, dia berani menceritakan hal yg sebenarnya di depan orang ramai dan meminta mereka semua agar memberikan sedikit ruang untuk dia hidup secara normal. Huhu kesian kat dia asyik dipulaukan je. Sejak dia berani berterus terang, kawan2 Masaki meminta maaf padanya, Keigo pula sentiasa menyokong Masaki dan tidak kisah akan penyakit yg dihidapinya. Ending cite ni mungkin mengecewakan sikit, mesti boleh teka kan apa jadi? emm tapi banyak pengajaran boleh kita dapat, hargailah diri dan hidup anda.   


Character :
Screencaps :
Episode info 
Unsorted Myspace Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...