Title : NANA
Directed by : Kentaro Otani
Running Time : 113 min.
Cast: Mika Nakashima, Aoi Miyazaki
Tetsuji Tamayama, Ryehei Matsuda, Hiroki Naramiya
Mengisahkan tentang dua orang gadis yg bernama Nana, iaitu Nana Osaki dan Nana Komatsu yg berlainan karakter dan cita-cita namun mereka menjadi kawan baik dalam masa yg singkat. Nana Osaki ialah penyanyi punk yg ingin membuat debut dengan band Black Stones. Dia dulu merupakan vokalis band lama mereka dengan teman lelakinya, Ren dan mereka telah menjadi kekasih sejak berumur 16 tahun. Selepas Ren meninggalkannya dan Black Stones untuk memasuki band Trapnest, mereka telah berpisah. Nana Osaki telah pergi ke Tokyo untuk memulakan kerjaya muziknya.
Nana Komatsu atau nama gelarannya Matahachi ialah seorang yg manja dan lemah. Dia selalu bergantung pada orang lain untuk menolongnya. Dia memutuskan untuk ke Tokyo kerana hendak berjumpa dengan teman lelakinya dan berkahwin kerana duit yg dikumpulnya sudah cukup untuk mereka berkahwin.
Nana dan Nana bertemu di kereta api secara kebetulan semasa dalam perjalanan ke Tokyo. Setelah pertemuan itu, mereka sekali lagi bertemu di apartment nombor 707 apabila kedua-dua mereka berebut untuk tinggal disitu. Mereka berdua memutuskan untuk tinggal di apartment itu bersama-sama.Walaupun memiliki karakter dan cita-cita yg berbeza, namun mereka saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Banyak perkara yg mereka kongsi dan tempuhi bersama sepanjang perkenalan itu.
Reviews :
Berdasarkan manga popular oleh Ai Yazawa bertajuk NANA. Filem ni agak menarik kerana mengisahkan hubungan persahabatan antara 2 individu yg sangat-sangat berbeza perwatakan mereka. Namun mereka berdua sangat ikhlas dalam persahabatan dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
Character :
Awards
0 comments:
Post a Comment