Pages

Monday, September 28, 2009

1 Litre of Tears


Year : 2005
Title (romanji): 1 Litre no Namida 
Title (english): One Litre of Tears 
 Episodes: 11 
Viewship Rating : 15.31 
Genre: Human, Family, School 
Cast: Sawajiri Erika, Nishikido Ryo, 
Narumi Riko, Fujiki Naohito 
Plot :
1 Litre no Namida (Ichi Rittoru no Namida, "1 Litre of Tears") juga berjudul A Diary with Tears atau A Diary of Tears) adalah sebuah drama  Jepun tentang seorang gadis yg menghidap  satu penyakit tidak boleh diubati ketika berusia 15 tahun , tetapi mampu meneruskan hidupnya sehingga berusia 25. Drama ini adalah adaptasi daripada diari seorang gadis Jepun bernama Aya Kito, yang menderita menghidap penyakit Spinocerebellar Ataxia. Dia mula menulis diari dan terus menulis sehingga dia tidak boleh lagi memegang pen. Diari yg berjudul 1 Litre no Namida, diterbitkan tak lama selepas kematiannya.


Ikeuchi Aya berusia 15 tahun tinggal bersama ibu bapa dan 3 orang adik, dia adalah yg sulung. Ayahnya membuka sebuah kedai tauhu di rumahnya dan ibunya bekerja sebagai perunding kesihatan. Aya sangat sihat dan aktif, dia sangat bagus dalam sukan bola keranjang di sekolahnya. Tapi pada usia mencecah 15, dia menyedari sesuatu yg aneh terjadi dgn badannya. Aya selalu jatuh ketika berjalan dan tidak dapat memegang sesuatu dgn kuat. Bukan saja Aya, tapi ibunya juga menyedari keadaan itu. Suatu hari, ketika Aya hendak ke sekolah dia terjatuh lagi dan mengalami kecederaan di dagunya. Ibunya membawanya ke hospital dan membuat pemeriksaan lanjut ke atas Aya. Beliau mendapati bahawa Aya menghidap penyakit bernama Spinocerebellar Degeneration. Hanya ibunya sahaja yg tahu penyakit sebenar Aya dan dia ingin merahsiakan perkara itu daripada Aya. Tapi atas nasihat doktor, akhirnya Aya tahu juga kebenaran tentang penyakitnya itu.

Sejak saat itu, keadaan Aya semakin teruk dan  tidak mampu berjalan sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda di sekolah. Aya juga telah berhenti dari sukan bola keranjang. Tak lama kemudian, Aya berpindah ke sekolah khas sehingga tamat persekolahannya. Di dalam drama ini ada ditambahkan watak Asou Haruto, sebagai kawan Aya yg selalu menyokong dan membantu Aya. Hubungannya dgn Asou tidak terputus walaupun berlainan sekolah, sehinggalah suatu hari Aya sendiri yg memutuskan hubungannya dgn Asou. Mereka tidak bertemu selama 2 tahun. Selepas itu mereka bertemu kembali di hospital, Aya menjalani kehidupannya di hospital  sehinggalah dia meninggal dunia.


Review
Drama yg sangat sedih dan menyentuh hati, lebih2 lagi cite ni diambil daripada kisah benar. Menekankan  nilai kekeluargaan dan persahabatan. Sedih tgk keadaan Aya yg dulunya aktif menjadi tak berdaya untuk bergerak lagi, tapi Aya sangat kuat dan tabah untuk meneruskan hidup.  Cite yg bagus dan memberi banyak pengajaran.  Sedikit ayat daripada diari Aya : 
~ This disease, why did it choose me?
I want to make a time machine and go back in time.
~ If it wasn't for this disease, not only I could enjoy falling in love but I also wouldn’t have to rely   on anyone and live by myself
~ Reality is too cruel, too brutal.
~ As i think about the future, the tears will come out again.
~ “Mom, can I get married?”

Character
Screencaps :  

Episode info
 

Special
Year : 2007
Title (romanji): 1 Litre no Namida 
Title (english): One Litre of Tears 
 Viewship Rating : 17.00
Genre: Human, Family, School 
Cast: Sawajiri Erika, Nishikido Ryo
Narumi Riko, Fujiki Naohito 

Plot :
Special epsode ini menceritakan selepas setengah tahun kematian Aya. Adiknya, Ako telah menjadi jururawat dan Haruto sudah menjadi seorang ahli neurologi di hospital  Aya pernah dirawat. Kehilangan Aya sangat memberi kesan kepada Haruto, menyebabkan dia kehilangan dirinya sendiri. Tapi setelah dia bertemu Mizuki, pesakit berusia 14 tahun yg putus asa pada hidup, dia merasa ingin  berkongsi kisah hidup Aya kepada Mizuki. Mizuki tersentuh dengan kekuatan dan semangat Aya walaupun menghidapi penyakit yg tidak dapat diubati.

Review :
Ako dah berubah jadi lebih baik. Haruto jadi sangat pendiam, kesian kat Haruto yg masih teringatkan Aya. Masa Haruto call nombor handphone Aya tu sedih gak. Ok la juga special episode ni, cuma banyak flashback episod yg lepas2. Apa2 pun cite ni tetap dalam favorite top3 jdorama aku :)

Screencaps :  
Hello! Myspace Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...