Pages

Monday, October 26, 2009

Nobuta wo Produce



Year : 2005
 Title (Romaji) : Nobuta wo Produce
Title (english): Makeover
Episodes: 10
Viewship Rating :16.89
Genre: School drama
Cast:  Kamenashi Kazuya, Yamashita Tomohisa
Horikita Maki, Toda Erika
Plot :
Kiritani Shuji ialah seorang pelajar lelaki yg sangat popular dan disenangi oleh semua rakan, namun dia sebenarnya berasa kesepian kerana tidak mempunyai kawan sejati. Di sekolah, Shuji hanya tidak dapat bertahan dengan Kusano Akira, yg dianggap sangat menjengkelkan kerana sikap Akira yg suka bersikap lucu dan ketawa. Suatu hari sekolah mereka menerima kedatangan seorang pelajar baru, mereka semua teruja untuk melihat pelajar baru yg dimaksudkan itu.


Pelajar tersebut bernama Kotani Nobuko, seorang gadis yg agak serabut penampilannya dan tidak yakin dengan diri sendiri. Sejak kedatangan Nobuka di sekolah itu, dia kerap dibuli oleh pelajar-pelajar perempuan sekelasnya. Shuji dan Akira yg mengetahui hal itu bersepakat untuk membantu Nobuko dengan rancangan mereka yg tersendiri, iaitu untuk menjadikan Nobuko sebagai gadis popular di sekolah itu. Mereka berjanji untuk merahsiakan rancangan tersebut daripada pengetahuan sesiapa pun. Hubungan mereka bertiga semakin lama semakin akrab. Shuji menyedari bahawa Akira dan Nobuko ialah kawan yg paling rapat dengan dirinya, Shuji dan Akira juga sama-sama sukakan Nobuko dalam diam. 


Rancangan mereka telah diketahui oleh seorang pelajar perempuan di sekolahnya. Pelajar itu cuba merosakkan hubungan akrab mereka bertiga kerana rasa cemburu yg kuat terhadap mereka. Dia cuba menghasut Akira dengan kata-katanya, namun usaha dia sia-sia saja kerana Akira sangat mementingkan Shuji dan Nobuko lebih dari dirinya sendiri. Nobuko semakin disukai oleh pelajar-pelajar disekolahnya. Satu berita buruk telah sampai kepada mereka, iaitu Shuji terpaksa berpindah sekolah kerana mengikut bapanya yg berpindah tempat kerja. Akira dan Nobuko sangat sedih mendengar berita tersebut. Shuji sangat terkejut apabila melihat seorang kawan baiknya berpindah ke sekolah yg sama juga ~ 
Unsorted Myspace Comments
Reviews :
Nobuta wo Produce adalah drama tentang tiga sahabat yg menarik dan jalan cite ni dapat menyeimbangkan antara komedi dan drama. Ketiga-tiga watak utama juga best dan mempunyai kekuatan tersendiri, Yamapi sebagai Akira memang kelakar, dan kadang2 pelik juga tengok perangai Akira yg selalu melekat dengan Shuji haha. Tapi dalam drama ni tak ditunjukkan langsung keluarga Akira, kalau ada sikit penceritaan tentang kehidupannya bersama keluarga, mungkin kita akan lebih faham kenapa perangai Akira sebegitu. Walaupun drama ni banyak komedi, tapi ia juga mempunyai babak2 yg serius. Ketiga-tiga mereka belajar tentang apa ertinya menjadi diri sendiri, dan mereka berjaya mengatasi setiap masalah yg timbul antara mereka kerana hubungan persahabatan yg kuat.  

Character :

Screencaps :


Episode info 


Awards 



----------------------------------------------------------------------------------

Sunday, October 25, 2009

NANA


Year : 2005
Title : NANA
Directed by : Kentaro Otani
Running Time : 113 min.
Cast: Mika Nakashima, Aoi Miyazaki
Tetsuji Tamayama, Ryehei Matsuda, Hiroki Naramiya


Plot :
Mengisahkan tentang dua orang gadis yg bernama Nana, iaitu Nana Osaki dan Nana Komatsu yg berlainan karakter dan cita-cita namun mereka menjadi kawan baik dalam masa yg singkat. Nana Osaki ialah penyanyi punk yg ingin membuat debut dengan band Black Stones. Dia dulu merupakan vokalis band lama mereka dengan teman lelakinya, Ren dan mereka telah menjadi kekasih sejak  berumur 16 tahun.  Selepas Ren meninggalkannya dan Black Stones untuk memasuki band Trapnest, mereka telah berpisah. Nana Osaki telah pergi ke Tokyo  untuk memulakan kerjaya muziknya. 

Nana Komatsu atau nama gelarannya Matahachi ialah seorang yg manja dan lemah. Dia selalu bergantung pada orang lain untuk menolongnya. Dia memutuskan untuk ke Tokyo  kerana hendak berjumpa dengan teman lelakinya dan berkahwin kerana duit yg dikumpulnya sudah cukup untuk mereka berkahwin.

Nana dan Nana bertemu di kereta api secara kebetulan semasa dalam perjalanan ke Tokyo. Setelah pertemuan itu, mereka sekali lagi bertemu di apartment nombor 707 apabila kedua-dua mereka berebut untuk tinggal disitu. Mereka berdua memutuskan untuk tinggal di apartment itu bersama-sama.Walaupun memiliki karakter dan cita-cita yg berbeza, namun mereka saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Banyak perkara yg mereka kongsi dan tempuhi bersama sepanjang perkenalan itu. 

Reviews :
Berdasarkan manga popular oleh Ai Yazawa bertajuk NANA. Filem ni agak menarik kerana mengisahkan hubungan persahabatan antara 2 individu yg sangat-sangat berbeza perwatakan mereka. Namun mereka berdua sangat ikhlas dalam persahabatan dan saling mengambil berat antara satu sama lain.


Character :

Screencaps :
Awards
29th Japan Academy Awards: Best Newcomer for NANA (2006) - Mika Nakashima

Girls Myspace Comments

Friday, October 23, 2009

Battle Royale

Year : 2000
Title : Battle Royale
Directed by : Kinji Fukasaku
Running Time : 114 min.
Budget : $4,500,000
Cast: Tatsuya Fujiwara, Aki Maeda
Kou Shibasaki, Takeshi Kitano, Masanobu Ando


Plot :
Filem tahun 2000 yang menimbulkan kontroversi ini diambil dari sebuah novel di Jepun. Mengisahkan sekumpulan pelajar yg telah diculik dan dibawa ke sebuah pulau terpencil. Guru mereka, Kitano memberitahu bahawa mereka telah dipilih sebagai peserta Battle Royale, iaitu sebuah permainan yg diciptakan oleh Battle Royale Act di mana pelajar-pelajar harus membunuh antara satu sama lain sehingga tinggal seorang saja yg hidup. Jika selepas tiga hari tiada pemenang, alat elektronik yg melekat pada leher mereka akan diletupkan. 


Kitano telah membunuh dua orang pelajar iaitu Fuiyo dan Nobu untuk memberikan pengajaran kepada mereka akibat melawan perintahnya. Mereka semua diberi beg yg mengandungi makanan, air, lampu suluh, kompas, peta pulau dan senjata untuk memulakan permainan. Beberapa pelajar memutuskan untuk menolak permainan itu dengan bersama-sama menyembunyikan diri, dan ada juga pelajar yg sanggup membunuh kawan mereka sendiri untuk kekal dalam permainan itu. Shuya yg meratapi kematian sahabatnya, Nobu memutuskan untuk melindungi Noriko. Shinji Mimura pula mengumpulkan kawannya dan membuat rancangan sistem hack untuk meletupkan sekolah, dengan demikian mereka dapat membebaskan diri mereka dan kawan-kawan lain.

Permainan ini sangat menguji mereka, perasaan takut dan sangsi terhadap kawan telah menyebabkan mereka membunuh kawan sendiri untuk menyelamatkan diri. Ada juga beberapa pelajar yg telah bunuh diri kerana tidak mahu menyertai permainan ini. Shuya dan Noriko berjumpa dengan Kawada yg banyak membantu mereka sepanjang permainan. Mitsuko seorang gadis kejam yg telah banyak membunuh kawannya akhirnya mati ditembak Kiriyama. Shinji Mimura dan kawan-kawan juga mati ditembak oleh Kiriyama, dan Kiriyama juga mati ditembak Kawada. Guru mereka, Kitano juga akhirnya mati ditembak. Hanya Kawada, Shuya dan Noriko  yg terselamat, namun salah seorang dari mereka mati kerana luka yg dialaminya. Dua pelajar yg tinggal menghilangkan diri dan hidup sebagai pelarian. 


Review :
Filem ni agak ganas, banyak adegan tembak menembak, dan bunuh antara mereka. Walaupun ada antara mereka yg sanggup membunuh kawan sendiri, tapi lebih ramai yg bersatu hati dan percayakan kawan mereka. Contohnya Shuya dan Noriko, Shinji Mimura dan kawan2 yg berusaha membuat sistem hack, dan ramai lagi. Benci dengan watak Mitsuko dan Kiriyama, mereka berdua ialah watak yg paling jahat dan tak berperikemanusiaan dalam filem ni :(  Guru mereka, Kitano juga kejam dengan memaksa pelajarnya menyertai dalam permainan tersebut. Tapi yg kelakar  bila dah kena tembak, boleh hidup dan bercakap banyak lagi haha, part si Kitano sensei tu paling mengarut. Ok la cite ni, banyak suspen yg pasti akan membuatkan anda shock~ :D

Character :

Screencaps :
---------------------------------------------------------------------------

Sunday, October 18, 2009

Kamisama mou Sukoshi Dake

  Year :1998
 Title (Romaji) : Kamisama mou Sukoshi Dake
Title (english): God, please give me more time / Precious Time
Episodes: 12
Viewship Rating : 22.50
Genre: Romance
Cast:  Kaneshiro Takeshi, Fukada Kyoko
Nakama Yukie, Kato Haruhiko
Unsorted Myspace Comments
Plot :
Sebuah kisah cinta menyentuh hati tentang seorang gadis bernama Kano Masaki (Fukada Kyoko) yg dijangkiti HIV setelah menjual dirinya untuk mendapatkan wang ke konsert komposer terkenal Ishikawa Keigo (Kaneshiro). Selepas konsert tamat, Kano Masaki telah mengejar van yg dinaiki Keigo dan mereka telah bertemu. Selepas hari itu, mereka berdua tidak lagi berhubung.  


Masaki gembira melayari kehidupannya bersama rakan-rakan sekolahnya, begitu juga Keigo yg sibuk dengan aktiviti seninya. Tiga bulan berlalu, Keigo telah menghubungi Masaki dan mengajaknya keluar bersama. Masaki begitu teruja sehingga telah dilanggar oleh sebuah motosikal, tetapi hanya mengalami kecederaan ringan. Di hospital doktor telah membuat ujian darah ke atas dirinya dan mendapati Masaki menghidap HIV positif. Apabila diberitahu padanya, Masaki tergamam dan kaku. Dia lupa akan temujanji bersama Keigo.  


Tidak lama kemudian, Masaki menceritakan hal yg sebenarnya kepada Keigo. Pada mulanya Keigo terkejut, namun dia tetap menyukai dan menerima Masaki seadanya. Pelbagai halangan yg dilalui oleh mereka berdua. Beberapa tahun mereka telah terpisah angkara Kouru - penyanyi yg bekerjasama dengan Keigo. Apabila Keigo pulang ke Jepun semula, dia bertemu kembali dengan Masaki, kemudian mereka berpisah kembali kerana urusan kerja. Masaki gembira apabila disahkan mengandung, namun keluarganya menentang kerana ianya membahayakan kesihatannya. Namun Masaki tetap dengan keputusannya untuk melahirkan anaknya. Sembilan bulan kemudian, Keigo kembali ke Jepun untuk bertemu Masaki, tetapi Masaki kini berada dalam keadaan yg kritikal .
 
Review :
Emm drama ni tahun 1998, tapi aku baru tengok 2 bulan lepas.. haha ketinggalan betol la. Ok drama ni sedihh sangat, jadi sediakan sekotak tisu dulu atau tuala seblom tengok yek.  Jalan cite drama ni ok, awal betol Masaki dapat tahu tentang penyakit dia, rasanya dalam episod 1. Sejak tahu  menghidap HIV, dia selalu menangis. Mereka yg  tahu hal sebenar hanya Keigo dan keluarganya saja.  Ibunya selalu berada disisi Masaki dalam waktu2 gentir, manakala ayah dan adiknya asyik salahkan Masaki dan meminggirkan dia kerana malu. Berita tentang penyakit Masaki akhirnya tersebar di sekolah, kawan2 Masaki tak nak lagi berkawan dengannya. Tapi Masaki seorang gadis yg kuat dan berfikiran positif, dia berani menceritakan hal yg sebenarnya di depan orang ramai dan meminta mereka semua agar memberikan sedikit ruang untuk dia hidup secara normal. Huhu kesian kat dia asyik dipulaukan je. Sejak dia berani berterus terang, kawan2 Masaki meminta maaf padanya, Keigo pula sentiasa menyokong Masaki dan tidak kisah akan penyakit yg dihidapinya. Ending cite ni mungkin mengecewakan sikit, mesti boleh teka kan apa jadi? emm tapi banyak pengajaran boleh kita dapat, hargailah diri dan hidup anda.   


Character :
Screencaps :
Episode info 
Unsorted Myspace Comments

Saturday, October 17, 2009

Gokusen 3

Year : 2008
Title (english): Gokusen 3
Episodes: 11
Viewship Rating : 22.50
Genre: Comedy, School
Cast: Nakama Yukie, Miura Haruma, Takaki Yuya
Ishiguro Hideo, Nakama Junta, Kiriyama Akito

Plot :
Bekas guru besar, Goro Sawatari sekarang bekerja di High School Akado sebagai prinsipal dan dia diarahkan oleh pengarah besar Sekolah itu untuk menangani masalah kelas 3-D. Namun dia tidak berdaya lagi untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar tersebut. Oleh itu, Sawatari telah mencari Yankumi dan meyakinkan dia untuk bekerja di Akado. Yankumi menerima tawaran itu dan bersedia untuk menangani masalah pelajar 3-D.

Pelajar-pelajar kelas 3-D kali ini tidak banyak beza dengan bekas pelajar yg pernah Yankumi jumpa dulu. Mereka sangat liar, suka bergaduh, dan tidak berdisplin. Yankumi yg mempunyai pengalaman dalam menangani masalah pelajar akan menyahut cabaran untuk mendidik pelajarnya menjadi lebih baik. Yankumi mendapat tahu bahawa pelajar kelas 3-D ini tidak diendahkan  langsung oleh pihak sekolah, dan mereka membuat keputusan untuk membuang kesemua pelajar kelas itu. Perkara itu pastilah ditentang oleh Yankumi yg merasakan perkara itu tidak adil untuk pelajar.

Review :
Best juga Gokusen 3 ni, macam ada kelainan sikit. Di awal2 cite tu macam boring sikit, tapi lama2 semakin menarik. Tetap kelakar dan mempunyai banyak pengajaran yg boleh kita dapat. Kazama Ren, watak yg paling best dalam drama ni

Character :

Screencaps :

Episode info 

Awards 



Friday, October 16, 2009

Gokusen 2

Year : 2005
Title (english): Gokusen 2
Episodes: 10 + 1 Special
Viewship Rating : 27.80
Genre: Comedy, School
Cast: Nakama Yukie, Kamenashi Kazuya, Akanishi Jin
Hayami Mokomichi, Koike Teppei, Koide Keisuke
Animated Pictures Myspace Comments
Plot :
Setelah setengah tahun  berlalu, Shirokin Gakuen telah ditutup dan Yankumi telah menjadi guru tadika, tetapi murid-muridnya tidak memahami apa yg diajar olehnya. Suatu hari dia mendapat tawaran bekerja di Kurogin Gakuen. Yankumi  pergi ke sana dan terkejut apabila melihat guru besar di situ ialah Sawatari, iaitu bekas guru besar di  Shirokin Gakuen. 
Sekali lagi Yankumi akan menjadi guru kelas kepada kelas 3-D, sebuah kelas yg penuh dengan masalah dan  paling sukar untuk ditangani.  Pemimpin kelas itu ialah Hayato Yabuki yg selalu bergaduh dengan rakan sekelasnya, Odagiri Ryu. Semua pelajar tidak mempedulikan langung kehadiran Yankumi, dan tidak menghormatinya langsung. Seperti musim yg lalu, Yankumi akan menjalankan tanggungjawabnya untuk mempertahankan pelajar-pelajarnya walau apa pun yg berlaku.


Review :
Haha ramai betol artis top dalam gokusen 2 ni kan? Jalan cite Gokusen 2 ini tak banyak beza sangat dengan gokusen yg lalu. Adegan Yankumi berlawan, pelajar bergaduh dan komedi ringan yg diselitkan agak menarik. Em tapi ending cite ni sama macam gokusen 1, kalau buat kelainan sikit lagi best kot. Tapi tetap enjoy tengok cite ni :)

Character :


Screencaps :
Episode info :

Awards :
~44th Television Drama Academy Awards: Best Drama
~44th Television Drama Academy Awards: Best Actress - Nakama Yukie
~44th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Kamenashi Kazuya


Thursday, October 15, 2009

Gokusen

Year : 2002
Title (english): Gokusen
Episodes: 12 + Special (Graduation)
Viewship Rating : 17.43
Genre: Comedy, School
Cast: Nakama Yukie, Matsumoto Jun,
Oguri Shun, Narimiya Hiroki
Cartoons Myspace Comments
Plot :

Kisah seorang guru muda bernama Yamaguchi Kumiko yg memasuki Shirokin Gakuen dengan harapan dapat membuat perbezaan dalam kehidupan pelajar.  Dia dipilih untuk menjadi guru kelas 3-D, iaitu kelas yang paling sukar untuk diajar. Pelajar-pelajar dalam kelas tersebut  bebas mewarnakan rambut, memakai pakaian seragam yg sesuka hati dan sama sekali tidak menunjukkan rasa hormat kepadanya. Pemimpin kelas, Sawada Shin sangat malas tetapi pintar dan menunjukkan minat terhadap Yamaguchi kerana dia melihat Yamaguchi sangat berbeza daripada guru lain. 


Para pelajar cuba menggertak dia untuk membuatnya berhenti, tetapi usaha mereka tidak berjaya kerana sememangnya Yamaguchi sangat berani. Mereka semua tidak tahu bahawa Yamaguchi Kumiko sebenarnya adalah generasi ke-4 pewaris Ooedo Group, iaitu kumpulan yakuza terkenal. Walaupun keluarganya ingin dia memegang gelaran Ojou, namun mereka telah menerima kenyataan bahawa Yamaguchi lebih suka menjadi guru. 


Banyak perkara yg berlaku sepanjang Yamaguchi bersama pelajar,  dia selalu membantu pelajarnya ketika dalam kesusahan. Akhirnya, para pelajar menghargai guru mereka yg unik itu kerana pengabdiannya kepada mereka, mereka juga memberi gelaran Yankumi kepada gurunya.



Review :
Gokusen bukanlah standard drama sekolah yg selalu kita tengok, Unsur komedi yg ringan ini membuatkan cite ini menarik. Banyak juga adegan Yankumi berlawan demi mempertahankan pelajarnya dan sememangnya adegan itu yg best dan ditunggu2. Watak pelajar yg paling best semestinya Sawada Shin yg sangat cool! Rasa terharu tengok apabila akhirnya pelajar-pelajar itu sangat menghargai Yankumi. Drama yg enjoy untuk ditonton~

Character :

Screencaps :


Episode info 
Awards
~33rd Television Drama Academy Awards: Best Actress - Nakama Yukie
~33rd Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Matsumoto Jun

Wednesday, October 14, 2009

Strawberry on the Shortcake


Year : 2001
Title (english): Strawberry on the Shortcake
Episodes: 10
Viewship Rating : 17.30
Genre: Human Drama, Romance
Cast: Takizawa Hideaki, Fukada Kyoko
Uchiyama Rina, Kubozuka Yosuke, Ishida Yuriko
Animated Pictures Myspace Comments
Plot :
Irie Manato tinggal bersama ayahnya sahaja. Manato seorang lelaki yg tiada keyakinan dan sering mencipta dua personaliti dalam dirinya, pada Manato dirinya yg palsu lebih berani. Suatu hari, dia bertemu dengan seorang gadis aneh bernama Misawa Yui. Yui seorang yg berani, jujur dan berfikiran luas. Perkenalannya dengan Yui sedikit sebanyak telah mengubah Manato. Tak lama kemudian Manato mendapat tahu bahawa ayahnya akan berkahwin lagi, dan dia hanya bersetuju dengan keputusan ayahnya itu. 
Manato terkejut apabila mengetahui ayahnya berkahwin dengan ibu Yui. Sejak hari itu mereka tinggal bersama seperti satu keluarga. Manato dan Yui juga semakin rapat seperti adik beradik dan mereka belajar di sekolah dan kelas yg sama. Kemudian terjadinya cinta bersegi-segi antara mereka, bermula dari jiran Manato iaitu Sawamura Haruka yg cintakan Manato, tapi Manato jatuh cinta dengan Yui dan Yui pula cintakan Tetsuya Saeki. Namun Saeki telah lama menyintai gurunya, Mariko Asami. 


Yui berjaya menjadi teman wanita Saeki, namun hubungan mereka tidak kekal lama. Ibu Yui pula meninggal dunia kerana sakit dan peristiwa itu membuatkan Yui tertekan. Akhirnya Yui pula jatuh sakit dan Manato selalu mengambil berat tentang Yui dan menjaganya dengan baik. Kerana tak sanggup melihat adik tirinya menderita, Manato telah merayu kepada Saeki untuk menerima Yui kembali sebagai teman wanita. Namun cinta Yui tidak lagi kepada Saeki, kini dalam hatinya ada seorang lelaki yg sangat penting dalam hidupnya, dan dia tidak boleh hidup tanpa lelaki itu. 

Review :
Drama yg baik, bukan kisah cinta yg stereotaip dengan segala-galanya indah. Ia menunjukkan sisi yg agak gelap dalam cinta remaja.  Sebahagian besar episod kita akan rasa sedih dan tertekan dengan keadaan Manato (terutamanya) dan Yui. Kisah cinta ini mudah difahami namun masih susah juga untuk meneka ending drama ini.Apa2 pun ending cite ni memuaskan hati


Character :

Screencaps : 

Episode info 
Awards : 
~28th Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor: Kubozuka Yosuke
~28th Television Drama Academy Awards: Best Music Arrangement: Senju Akira
~28th Television Drama Academy Awards: Best Opening

Animated Pictures Myspace Comments

Tuesday, October 13, 2009

Attention Please

Year : 2006
Title (english): Attention Please
Episodes: 11
Viewship Rating : 16.37
Genre: Comedy
Cast: Ueto Aya, Nishikido Ryo, 
Maya Miki, Aibu Saki, Uehara Misa
Animated Pictures Myspace Comments

Plot :
Attention Please mengisahkan tentang seorang gadis tomboi bernama Misaki Yoko yg ingin menjadi Cabin Attendant demi lelaki yg disukainya. Yoko telah pergi ke temuduga dan dia diterima untuk latihan pramugari. Namun, personaliti dan imejnya sangat berbeza daripada semua peserta lain, dan menyebabkan peserta lain tidak berpuas hati dengan Yoko terutamanya Hirota Saori 

Gurunya, Mikami Tamaki juga sangat tegas dengannya dan membuatkan Yoko berasa kurang senang. Yoko juga banyak melakukan insiden yg memalukan sewaktu latihan. Pernah juga Yoko berputus asa, namun Tamaki telah menasihatinya untuk meneruskan latihan. Lelaki yg disukai oleh Yoko pula sudah ada  teman wanita dan membuatkan Yoko berasa kecewa. Dalam waktu yg sama dia berkawan baik dengan Yayoi dan Yuki manakala Saori pula selalu mencari gaduh dengannya. Yoko juga berkawan dengan Nakahara Shota yg bekerja sebagai technician pesawat di situ. 


Yoko dalam diam menyukai Shota, tapi dia merahsiakan kerana kawan baiknya Yayoi juga sukakan Shota. Akhirnya dapat juga Yoko terbang setelah menghadapi macam-macam halangan sebelum ini.. Hubungannya dengan Saori pun semakin baik, tiada lagi gaduh-gaduh macam dulu. Banyak pengalaman yg dikutip oleh Yoko dan dia juga semakin berubah, daripada seorang yg cuai menjadi lebih berhati-hati.

Review :
Suka Aya-chan dalam drama ni, kawaii dan watak dia best & kelakar. Cite ni banyak part lucu. part serius dan sedih ada juga ,contohnya semasa Yoko seorang saja yg gagal dalam latihan. Kita juga dapat tengok  macam mana cara latihan mereka yg memang ketat dan disiplin, dan cara mereka menghormati penumpang dengan selalu menunduk. Best la boleh tengok cara Cabin Attendant Jepun menjalankan tugas.

Character :

Screencaps :
Episode info
Awards 
~ 49th Television Drama Academy Awards: Best Titleback
------------------------------------------------------------------------------------

SPECIAL 2007 - HONOLULU, HAWAII
Year : 2007
Title (english): Attention Please
Viewship Rating : 17.20
Genre: Comedy
Cast: Ueto Aya, Nishikido Ryo, 
Maya Miki, Aibu Saki, Uehara Misa
Animated Pictures Myspace Comments
Plot :
Episod Special 2007 ini mengisahkan Yoko yg telah pun menjadi Cabin Attendant Profesional. Dia menjalani latihan untuk bekerja di penerbangan antarabangsa dan tempat yg harus dituju oleh Yoko ialah Honolulu, Hawaii. Yoko sangat gembira dan menjalani hari-harinya di Honolulu sepuas hati. Satu peristiwa berlaku di sana, iaitu Yoko telah hilang ! Semua rakan sekerja sangat cemas mendengar berita itu, mereka berusaha mencari Yoko kerana risau dia diculik. Shota yg berada di Jepun turut risau akan kehilangan Yoko dan dia telah datang ke Hawaii semata-mata untuk mencari Yoko. Yayoi akhirnya tahu bahawa Shota selama ini sukakan Yoko. 

Sebenarnya Yoko tidak diculik, dia hanya tertidur di atas lori. Apabila sampai di hotel, rakan-rakan setugasnya dan bekas gurunya, Tamaki berasa lega. Shota yg tiba di Hawaii memarahi Yoko kerana membuatkan mereka risau. Selepas itu mereka berdua melihat matahari terbenam bersama-sama.
------------------------------------------------------------------------------------
SPECIAL 2008 - SYDNEY AUSTRALIA

Year : 2008
Title (english): Attention Please
Viewship Rating : 13.30
Genre: Comedy
Cast: Ueto Aya, Aibu Saki, Otsuka Chihiro
Uehara Misa, Maya Miki
Plot :
Attention Please 2008 Special menceritakan perjalanan Yoko ke Sydney Australia. Shota tiada dalam Special kali ini kerana bekerja di New Delhi. Yuki hendak berkahwin dengan Tsutsumi walau apa pun berlaku, Tsutsumi berjanji akan berkahwin dengannya apabila dia berjaya menjadi kapten suatu hari nanti. Yoko pula seperti biasa menjalankan kerjanya sebagai Cabin Attendant dengan ceria :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...