Pages

Thursday, September 8, 2011

Swing Girls

Year : 2004
Title (English) : Swing Girls
Genre: Comedy
Directed by : Shinobu Yaguchi
Running Time : 105 min.
Cast:  Juri Ueno, Yuta Hiraoka, Shihori Kanjiya


                                      PLOT                                       

Suatu hari di sebuah kelas, Tomoka dan rakan-rakannya telah diberi tugas untuk menghantar makanan tengah hari kepada pasukan pancaragam sekolah mereka yang sedang membuat latihan di stadium. Malangnya mereka semua tertidur di dalam keretapi dan terlepas perhentian mereka yang sepatutnya. Mereka turun di perhentian berikutnya dan terpaksa berjalan kaki jauh untuk sampai ke stadium. Tugas mereka telah selesai namun sesuatu yang aneh telah berlaku apabila semua ahli pasukan jatuh sakit dan dikerjakan ke hospital setelah makan makanan tersebut.

Pada keesokkannya Nakamura berhasrat untuk mencari ahli pancaragam baru untuk menggantikan ahli-ahli lama yang sakit namun tidak berhasil. Nakamura melihat Tomoka dan rakan-rakannya yang sedang ketawa, lalu dia meminta mereka menyertai pancaragam atau mengugut akan memberitahu fakulti bahawa makanan itu rosak disebabkan oleh Tomoka dan rakannya. Mereka bersetuju, kerana ancaman dan untuk mengelakkan kebosanan mengambil kelas matematik pada musim panas. Mereka telah dilatih oleh Nakamura dari awal untuk bermain instrumen. Akhirnya mereka dapat bermain instrumen dengan baik setelah bekerja keras membuat latihan siang dan malam.



Hanya tinggal seminggu untuk pertandingan bermula dan kesemua mereka telah bersedia dan sangat gembira untuk bermain instrumen mereka di depan khalayak ramai tetapi hasrat mereka terkubur apabila pasukan pancaragam asal telah pulih dan kembali untuk menyertai pertandingan itu. Tomoka dan rakan-rakan sangat hampa dan berputus asa, namun tidak lama kemudian mereka mengambil inisiatif untuk memulakan band Jazz mereka sendiri dan memanggil diri mereka Swing Girls and A Boy. Bersama-sama dengan bantuan guru matematik, mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk bersaing dalam pesta muzik pelajar yang akan datang.


                                       REVIEW                                          

Movie yang cute, kelakar dan sangat menarik!  Plot citer bertambah best bila mereka decide nak tubuhkan band sendiri, memang banyak sangat adegan kelakar.  Antaranya masa dorang pergi kutip cendawan di  kawasan pergunungan pastu kena kejar dengan babi liar, haha lawak. Mereka semua bertekad  kumpul duit dengan bekerja di kedai runcit untuk beli instrumen sendiri, wahh bagus budak-budak ni kan. Masa last mereka semua masuk pesta muzik tu memang best, akhirnya tercapai juga hajat mereka. Best dan terharu lak tengok kesungguhan mereka. Tengok lah.Try it ;)


                                     CHARACTERS                                  


                                 SCREENCAPS                                      



                                           AWARDS                                         

2005 (28th) Japan Academy Prize - February 18, 2005
  • "Screenplay of the Year" (Shinobu Yaguchi)
  • "Outstanding Achievement in Music" (Mikki Yoshino, Hiroshi Kishimoto)
  • "Outstanding Achievement in Sound Recording" (Hiromichi Kori)
  • "Outstanding Achievement in Film Editing" (Ryuji Miyajima)
  • "Rookie of the Year" (Yuta Hiraoka & Juri Ueno)
  • "Most Popular Film"

Wednesday, September 7, 2011

Voice of Murderer


Year : 2007
Title (English) : Voice of a Murderer
Hangul: 그놈 목소리
Revised romanization: Geu nom moksori
Genre: Thriller
Directed by : Park Jin-Pyo
Running Time : 122 min.
Cast:  Sol Kyung-Gu, Kim Nam Joo, Kim Yeong Cheol


 . PLOT .
 
Han Gyeong-Bae adalah salah seorang personaliti television yang terkenal dan dihormati. Han seolah-olah mempunyai kehidupan yang sempurna dan bahagia bersama isteri dan  seorang anaknya yang berusia 9 tahun, Sang-Woo. Namun kehidupan Han berubah apabila anak kesayangannya tidak pulang ke rumah. Sang-Woo telah diculik di kawasan  taman permainan rumah mereka. Tidak lama kemudian, Han menerima panggilan telefon dari penculik tersebut yang meminta  wang tebusan  $100,000 dan berjanji akan melepaskan Sang-Woo jika Han tidak membuat laporan polis dan menurutinya.
 
Penculik tersebut tetap tidak melepaskan Sang-Woo walaupun dia telah mengambil wang tebusan. Han terus menunggu panggilan dari penculik dan cuba memenuhi segala permintaannya  tetapi semuanya tidak berhasil. Akhirnya isteri Han telah membuat laporan polis untuk membantu menyelamatkan anaknya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak polis untuk menangkap penculik licik itu namun semuanya gagal. Han berputus asa kerana merasakan anaknya sudah mati, namun apabila dia mendengar suara Sang-Woo memangilnya di telefon, dia kembali percaya anaknya masih hidup dan besar harapannya untuk membawa Sang-Woo pulang.
 
Han menuruti segala arahan penculik yang sekali lagi meminta wang tebusan darinya dan dia sanggup berbuat apa saja untuk bertemu Sang-Woo tetapi semuanya sia-sia sahaja. 44 hari selepas kejadian culik itu, pihak polis menemui mayat Sang-Woo di pembentung Sungai han dan perkara itu sangat menyedihkan buat Han dan isterinya. Sejak itu penculik tersebut tidak lagi menghubungi mereka. - Cerita ini berdasarkan kisah benar tentang peculikan dan pembunuhan kanak-kanak 9 tahun yang berlaku pada tahun 1991, penjenayah sebenar masih tidak dapat ditangkap dan telah ditutup kes pada tahun 2006.
 
 
 . REVIEW .

Ok citer ni memang sedih dan menyentuh hati lebih-lebih lagi bila memikirkan ianya adalah dari kisah benar. Tiada adegan ganas namun penuh dengan tekanan psikologi yang membuatkan kita semua beremosi huhu. Jalan citernya simple saje dan mudah difahami, pelakon juga menjiwai watak dengan baik sekali. Sangat kesian tengok Han yang banyak kali dipermainkan oleh penculik jahat tu, dan suara penculik dalam telefon tu kadang-kadang menakutkan grr. Pendek kata citer ni memang bagus! untuk yang ada anak kecil memang eloklah tengok citer ni agar menjadi pengajaran bersama.


.CHARACTERS.



.SCREENCAPS.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...