Year : 2010
Title: Cinderella Unni
Also known as: Cinderella's Stepsister / A Modern Story of Revenge
Episodes: 20
Viewship Rating : 19.20
Genre: Romance, Melodrama
Cast: Moon Geun Young, Seo Woo,
Chun Jung Myung, Taecyeon
PLOT
Song Eun Jo ialah seorang remaja yang tidak mempunyai emosi dan bersikap acuh tak acuh dengan kehidupan. Ibunya berkahwin banyak kali namun semuanya tidak bertahan lama. Suatu hari ibu Eun Jo berkahwin dengan seorang lelaki kaya bernama Ku Dae Sung yang mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ku Hyo Seon. Eun Jo merasakan bahawa segala-galanya di dalam rumah itu tidak sesuai untuknya dan yang paling dibenci ialah adik tirinya Hyo Seon.
Hyo Seon seorang yang periang, manja dan mudah mesra denga sesiapa sahaja, dalam sekelip mata dia berjaya merapati ibu Eun Jo. Perkara itu membuatkan Eun Jo lebih membenci Hyo Seon yang dirasakan cuba merampas satu-satunya miliknya iaitu ibu. Eun Jo bimbang jika ibunya lebih sayangkan Hyo Seon dan meminggirkannya kerana dia tiada sesiapa lagi dalam dunia ini. Hyo Seon kerap cuba berbaik-baik dengan Eun Jo tetapi tidak diendahkan. Dalam waktu yang sama mereka berdua menyukai lelaki yang sama iaitu Hong Ki Hoon namun Eun Jo sangat ego dan tidak pernah menunjukkan perasaannya kepada Ki Hoon. Tidak lama kemudian Ki Hoon telah pergi menjalani latihan tentera selama beberapa tahun dan perkara itu membuatkan Eun Jo sedih dan marahkan Ki Hoon kerana pergi tanpa memberitahunya.
Beberapa tahun berlalu hubungan Eun Jo dan Hyo Seon tetap dingin namun Hyo Seon kini lebih berani berlawan dengan kakak tirinya. Ayah tiri Eun Jo juga seorang yang baik dan sangat mengambil berat tentang Eun Jo namun semua itu tidak dapat melembutkan hati Eun Jo. Suatu hari ayah tirinya telah mati dan Eun Jo sangat sedih dan terkilan kerana tidak sempat memanggil ayah tirinya dengan gelaran 'ayah' sepanjang hayatnya. Kehidupan mereka berubah, Hyo Seon dimarah, dipukul dan dihalau oleh ibunya, selama ini ibunya hanya berpura-pura sayangkan Hyo Seon. Eun Jo tidak sampai hati melihat Hyo Seon diperlakukan begitu, walaupun dia membenci Hyo Seon tetapi dia tidak akan merampas hak Hyo Seon sepertimana niat ibunya. Eun Jo cuba membantu Hyo Seon dan membangunkan semula perusahaan peninggalan ayah mereka bersama-sama.
REVIEW
Citer ni memang sangat menarik dan penuh dengan emosi, rating citer ni pon tinggi. Bukan tipikal citer cinderella yang mengisahkan ibu tiri dan kakak tiri jahat cuba bolot harta, haa citer ni lain dan ada twist yang bertwist twist kekeke. Pada permulaan citer nampak Eun Jo tu seorang kakak tiri yang jahat, tapi sebenarnya dia cuma jenis yang takde perasaan dan tak suka orang nak rapat-rapat dengan dia, dia takde la buli adik tirinya tu. cuma ada nanti satu adegan dorang bergaduh sampai tercabut rambut, ganas betol. haha. Pastu pertengahan citer karakter jahat tu macam bertukar kat Hyo Seon pulak, tapi takde la jahat sangat, boleh diterima la. Yang jahat mak Eun Jo tu la, pandai berlakon buat-buat baik dan ala2 perempuan korea terakhir gitu.eeii. Pastu dua beradik ni nanti berebutkan Ki Hoon tapi si Eun Jo nak undur diri sebab dia kesian kat adik tiri dia. Eun Jo pon disukai oleh Han Jeong Woo - kenalan dia masa kecik kot, masa kecik dia gemok tu yang Eun Jo tak kenal dia. Ending citer ni ok takde sedih-sedih dah, hubungan dua beradik tu pon semakin baik setelah mengharungi banyak masalah bersama.
CHARACTERS
SCREENCAPS
EPISODE INFO
SOUNDTRACKS
01. It Has to be You by Yesung
02. Calling Out by Krystal, Luna
03. Smile Again by Lee Yoon Jong
04. It was You by JM, etc
AWARDS
2010 KBS Drama Awards: Top Excellence Award - Actress (Moon Geun Young)
2010 KBS Drama Awards: Top Excellence Award - Actor (Kim Gab Soo)
2010 KBS Drama Awards: Popularity Award (Moon Geun Young)