Pages

Tuesday, April 20, 2010

Koizora

Year : 2007
Title (English) : Sky of Love
Title (Romaji) : Koizora
Genre: Romance
Directed by : Natsuki Imai
Running Time : 129 min.
Cast: Aragaki Yui, Miura Haruma,
Koide Keisuke, Karina


Plot                                                                                                   
Menceritakan tentang percintaan pelajar sekolah menengah iaitu Mika dan Hiro yg melalui pelbagai dugaan dan penderitaan di usia yg muda. Cerita bermula apabila Mika telah kehilangan telefon bimbitnya dan menjumpainya di perpustakaan sekolahnya. Sejak hari itu Mika menerima panggilan telefon dan mesej dari seorang lelaki yg tidak dikenali. Hubungan mereka diteruskan melalui telefon sahaja, sehinggalah suatu hari mereka bercadang untuk berjumpa satu sama lain. Mika terkejut apabila melihat lelaki tersebut ialah Hiro dan terus pergi meniggalkan Hiro sendirian.

Namun akhirnya Mika jatuh cinta kepada Hiro tetapi hubungan mereka dicemburui oleh bekas kekasih Hiro iaitu Saki. Saki telah mengupah orang untuk memperkosa Mika dan kejadian itu membuatkan Hiro berasa sangat marah dan ingin membunuh Saki namun dihalang oleh Mika dan Minako (kakak Hiro). Saki yg tidak berputus asa terus menganggu Mika dengan menyebarkan berita buruk tentangnya,namun Hiro sentiasa melindungi kekasihnya itu. Tidak lama kemudian Mika telah mengandung, Hiro yg gembira mendengar berita tersebut berjanji untuk berkahwin dengan Mika. Hubungan mereka diuji lagi apabila Mika keguguran akibat perbuatan Saki.

Hubungan mereka tidak lagi seperti dulu, Hiro sentiasa menjauhkan diri dari Mika dan ingin memutuskan hubungan mereka. Mika yg sedih dengan perubahan Hiro akhirnya akur dan pergi meniggalkan Hiro. Beberapa tahun berlalu, akhirnya Mika mengetahui perkara sebenar bahawa Hiro telah menghidap barah otak dan tidak boleh hidup lama. Mika dan Hiro bertemu kembali dan menghabiskan masa bersama sehinggalah saat Hiro pergi.


Review:                                                                                             
Citer ni sedih & touching! Mereka masih muda tapi terpaksa melalui macam-macam dugaan dalam kehidupan. Hubungan dorang pon tak lama apabila terpaksa berpisah bertahun2 sebab Hiro nak sorokkan penyakit dia tu. em apa salahnya kalau dia berterus terang, kesian pada Mika dan Hiro juga. Tak suka dengan citer yg mengandung sebelum kahwin tu, bawah umur lak tu.  Em apa2 pun citer ni agak best dan ending kat hospital sangat touching ;(
 
Character:                                                                                               



Screencaps:                                                                                        



Awards :                                                                                         

Blue Ribbon Awards 2008: Best New Talent - Aragaki Yui
Mainichi Film Concours 2008 - Best Film
Nikkan Sports Film Awards 2008 : Best New Talent - Aragaki Yui
Yokohama Film Festival 2008 :  Best New Talent - Aragaki Yui

Soundtraks :                                                                                                                                                                                                                     
Heavenly Days - Aragaki Yui
Tabidachi no Uta - Mr.Children






Sunday, April 4, 2010

Tada Kimi wo Aishiteru

Year : 2006
Title (English) : Heavenly Forest
Title (Romaji) : Tada Kimi wo Aishiteru
Genre: Drama, Romance
Directed by : Takehiko Shinjo
Running Time : 116 min.
Cast: Aoi Miyazaki, Hiroshi Tamaki, Meisa Kuroki

Plot:                                                                                                   
Makoto dan Shizuru merupakan pelajar baru di Universiti Meikei. Makoto seorang yg pemalu, pendiam dan sangat meminati bidang fotografi. Bercita-cita untuk menjadi jurugambar profesional suatu hari nanti, namun dia takut untuk bergaul dengan orang ramai kerana komplikasi yg dihadapinya. Shizuru pula seorang yg ceria, kebudak-budakkan dan suka menipu Makoto. Makoto dan Shizuru berkongsi minat dalam fotografi dan sering meluangkan masa bersama untuk menangkap gambar di dalam hutan rahsia, yg mana hanya mereka berdua saja yg tahu akan kewujudan tempat yg cantik dalam hutan tersebut.

Dalam diam Shizuru menyukai Makoto, namun Makoto telah lama menyimpan hati pada Miyuki iaitu seorang gadis cantik di universiti yg sama. Makoto tidak bertepuk sebelah tangan apabila Miyuki juga memberi respon yg positif kepadanya. Namun Makoto sentiasa bimbang dan tertekan ketika bersama Miyuki kerana risau penyakitnya akan diketahui, berbeza apabila dia bersama Shizuru yg dirasakan sangat tenang dan bebas. Suatu hari Shizuru meminta bantuan Makoto mengambil gambar mereka berdua bercium untuk dihantar ke pertandingan fotografi. Permintaan Shizuru ditunaikan oleh Makoto dan mereka mengambil gambar didalam hutan tersebut.

Akhirnya Makoto sedar bahawa dia sangat menyintai Shizuru dan berhasrat untuk membina hubungan baru bersamanya, tetapi  Shizuru telah menghilangkan diri. Dua tahun berlalu, akhirnya Makoto menerima sepucuk surat dari Shizuru yg kini berada di Paris. Makoto sangat gembira dan telah pergi ke Paris untuk bertemu Shizuru, namun harapannya hancur kerana mereka berdua tidak dapat lagi bertemu buat selama-selamanya. 

Review:                                                                                              
Movie yg sweet dan touching ni mengisahkan tentang cinta pertama & sejati antara Makoto & Shizuru.  Suka tengok perkembangan hubungan Makoto dan Shizuru yg ditonjolkan dalam citer ni, dorang sangat jujur,baik,comel,lucu, dan memahami satu sama lain. Mulanya ingat memang Shizuru tu kuat menipu dan suka kenakan Makoto yg lurus tu, tapi rupa-rupanya ada sesuatu yg tersirat. Watak Miyuki pun nice. Ending citer ni sedih, so bersiap sedia ye.

Character:                                                                                                  


Screencaps:                                                                                      


Soundtrack
Ren'ai Shashin  (Love Photograph) by Ai Otsuka.



Friday, April 2, 2010

BOSS

Year: 2009
Title (English): BOSS
Episodes:11
Viewship Rating: 17.0
Genre: Detective
Cast: Amami Yuki, Takenouchi Yutaka, Tamayami Tetsuji,
Toda Erika, Mizobata Junpei


Plot:
''BOSS'' mengisahkan tentang sekumpulan detektif baru yg diketuai oleh seorang wanita bernama Osawa Eriko. Eriko yg baru saja kembali dari latihan di Amerika telah dilantik sebagai bos untuk satu pasukan detektif baru, namun detektif seramai 5 orang tersebut bukanlah seperti sangkaan Eriko kerana kesemua mereka berperangai aneh dan bermasalah. Katagiri seorang yg suka bersendiri, Kimoto yg suka tidur, Hanagata yg kebudak-budakkan, Yamamura yg selalu cuai dan Iwai seorang gay. Eriko sebenarnya dipermainkan oleh pihak atasan yg sengaja memberikan dia para detektif baru yg tidak berpengalaman. Namun Eriko mengambil itu sebagai cabaran dan cuba untuk membimbing semua detektif di bawah jagaannya.

Eriko telah diberi tugas pertama untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan, dan hasil usaha keras mereka akhirnya dia berjaya menumpaskan pembunuh tersebut. Kejayaan Eriko dicemburui oleh bos-bos detekftif lelaki yg lain dan menganggap perempuan tidak layak untuk menjadi bos disitu. Namun Eriko yg berpendirian tegas langsung tidak menghiraukan kata-kata mereka. Disamping itu juga Eriko sentiasa ditemani oleh sahabatnya iaitu Nodate yg selalu memberi sokongan kepadanya. 

Satu demi satu kes yg berjaya diselesaikan oleh Eriko dan detektifnya sehinggalah kes terakhir yg melibatkan sahabatnya, Nodate. Nodate disyaki bersubahat dengan penjenayah (Black Moon) yg berbahaya dan menyebabkan Eriko terpaksa mengorbakan persahabatan mereka demi keadilan.


Review:
Drama BOSS dibarisi oleh pelakon-pelakon yg mantap &  berjaya mendapat rating tinggi pada setiap episod yeahh!  BOSS la drama detektif yg saya paling suka setakat ini! Memang best sebab jalan citer yg menarik, watak2 yg sangat bagus dan mempunyai karakter masing2. Kes pula agak mencabar dan seram seperti kes pembunuh bersiri episod 2 yg mana Eriko sendiri ingin memerangkap suspek dengan menyamar menjadi mangsa. Detektif2 ni nampak je macam tu tapi sebenarnya dorang sangat bijak dan cekap. Citer ni taklah serius memanjang, ada juga kelakar, terutamaya watak yamamura hehe. Suka sangat bila ada twist dalam kes tertentu, kadang2 memang diluar jangkaan! itulah unsur yg best dan kreatif dalam drama ni. Drama ni memang saya rekomen pada semua, asyik tgk citer cinta je? tgk lah drama genre lain sikit,apa salahnya :D. harap2 drama ni ada season 2!

Character:
 
Screencaps:
 
Awards:
  • 2nd Tokyo Drama Awards: Best Actress - Amami Yuki
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Drama
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Actress - Amami Yuki
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Supporting Actor - Takenouchi Yutaka
  • 61st Television Drama Academy Awards: Best Directors - Mitsuno Michio, Ishii Yusuke, Hoshino Kazunari, Narita Takeshi
  • 13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Spring 2009): Best Actress - Amami Yuki 
Episode Info:

Hello! Myspace Comments

Ace wo Nerae!

Year: 2004
Title (English): Aim for the Ace!
Title (Romaji): Ace wo Nerae!
Episodes: 9
Viewship Rating: 13.20
Genre: Sports, Human drama
Cast: Ueto Aya, Yoshizawa Hisashi,
Matsumoto Rio, Sakai Ayana, Uchino Masaaki



Plot :
Drama ini diadaptasi dari sebuah komik popular jepun yg telah terjual sebanyak 15 juta naskah. Mengisahkan tentang Hiromi Oka yg berminat untuk bermain tenis setelah dia melihat kehebatan Reika (seniornya)  di gelanggang tenis. Namun kedatangan seorang pelatih baru pasukan tenis, iaitu Munagata telah membuatkan Oka dan pemain lain berasa kurang senang. Mereka dilatih dengan tegas dan perlu membuat begitu banyak latihan. Suatu hari Munagata telah memilih Oka sebagai salah seorang ahli perlawanan tenis antara sekolah  dan perkara itu mengejutkan mereka kerana Oka masih baru dalam sukan tenis.

Sejak hari itu Oka dicemburui dan dibuli oleh senior-seniornya, kecuali Reika,Maki dan Todo yg sentiasa memberi sokongan kepadanya. Kemampuan dan pengalaman Oka yg masih sedikit tidak membantunya dalam perlawanan tenis, dia sentiasa tewas di dalam setiap pertandingan. Namun Munagata selalu membantunya dengan  melatih dan membimbing Oka. Pernah juga beberapa kali Oka berputus asa dan ingin berhenti daripada sukan tersebut, tetapi ia tidak lama kerana sememangnya tenis telah menjadi kepentingan dalam hidupnya.

Tidak lama selepas itu, Oka telah berjaya terpilih untuk ke pertandingan antarabangsa bersama-sama dengan Reika, Ranko, Todo dan Ozaki. Ternyata Oka sangat berbeza dengan dulu, prestasinya dalam sukan tenis semakin meningkat dan bakatnya sangat menyerlah. Oka telah belawan dengan ramai pemain yg hebat namun akhirnya dia kalah kepada Ranko. Kerana itu Oka telah tersingkir daripada mara ke peringkat seterusnya, namun nasib menyebelahinya apabila para juri sendiri ingin Oka menyertai kembali pertandingan antarabangsa tersebut kerana berpendapat Oka mempunyai potensi yg besar dalam sukan itu. Di perlawanan akhir, Oka akan berlawan dengan seniornya sendiri iaitu Reika. Kedua-dua mereka ternyata sama hebat dan merupakan saingan yg sengit dalam pertandingan itu. Siapa yg menang? jeng3.. tengok sendiri,tak nak kasi spoiler :p

Review:
Best! suka tengok Oka yg semakin lama semakin menyerlah dalam tenis, mmg bakat terpendam agaknya. Mula2 agak konfius dgn watak Reika tu, tapi lama2 faham la juga hehe. Watak Rando pun best, nampak hebat je dia main tenis & muka garang sangat. 'Tiada yg mustahil dalam hidup' - tu la salah satu benda yg ditonjolkan dalam citer ni. em hujung2 citer ni agak sedih, sikit je la sedih tu ;D. Siapa yg minat tenis atau tak minat pon boleh layan citer ni, best je & enjoy untuk ditonton~ Ace!


Character :

Screencaps :


Komik




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...