Pages

Thursday, January 14, 2010

Papa to Musume no Nanokakan



Year: 2007
 Title (English): Seven Days of a Daddy and a Daughter
Title (Romaji): Papa to Musume no Nanokakan
Episodes: 7
Viewship Rating: 13.90
Genre: Comedy
Cast: Tachi Hiroshi, Aragaki Yui, Kato Shigeaki

Plot :
Mengisahkan tentang Kyoichiro yg cuba untuk memperbaiki semula hubungan yg renggang antara dia dan anak perempuannya bernama Koume. Suatu hari Kyoichiro telah membawa isteri dan anaknya Koume melawat neneknya di kampung. Semasa berjumpa, nenek Koume telah memberikan beberapa biji buah ajaib untuk mereka makan. Mereka berdua perlu pulang ke rumah menaiki keretapi kerana masing-masing ada urusan yg perlu diselesaikan dan semasa dalam perjalanan Kyoichiro mengambil peluang itu untuk berbaik-baik dengan Koume. Satu insiden telah berlaku dengan  keretapi yg dinaiki mereka, Kyoichiro mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Koume semasa insiden itu.

Mereka dibawa ke hospital dan hanya mengalami kecederaan ringan saja, namun perkara yg sangat mengejutkan sekali ialah mereka berdua telah bertukar jasad hasil daripada buah ajaib itu. Hanya mereka berdua saja yg tau tentang perkara sebenar. Sejak hari itu Koume terpaksa pergi bekerja di mana tempat bapanya selama ini mencari rezeki, begitu juga dengan Kyoichiro yg terpaksa ke sekolah anaknya. Secara semulajadi hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat dan saling memahami antara satu sama lain. Koume yg mengambil alih pekerjaan bapanya mula faham akan tanggungjawab dan beban yg ditanggung oleh bapanya. Manakala Kyoichiro yg bersekolah semula berasa sedikit tenang, namun kadangkala agak terganggu apabila teman lelaki anaknya bernama Kenta sering mengajaknya keluar.

Banyak perkara manis dan lucu dilalui semasa mereka bertukar jasad, guru kelas Koume juga berasa hairan dengan keputusan ujian Koume yg semakin merosot. Koume yg geram dengan perkara itu menyuruh bapanya belajar lebih kuat sama seperti dirinya yg cuba sedaya upaya untuk bekerja demi bapanya. Setelah 7 hari berlalu akhirnya mereka kembali normal seperti biasa, mereka berdua menjalani kehidupan seperti biasa dan hubungan anak beranak itu menjadi lebih rapat hasil daripada insiden buah ajaib neneknya.

Review :
Citer yg sangat kelakar terutamanya watak bapa tu, haha. Banyak adegan spontan dan lucu yg akan buat kita gelak. Suka tengok bila mereka berdua ni mula saling memahami satu sama lain, kalau tak sebelum ni buat hal masing2 je. Bestnya dorang boleh simpan rahsia tu sampai isteri dia sendiri pon tak tau hal sebenar. Ok la citer ni best dan menghiburkan, disamping menekankan hubungan anak beranak yg berubah ke arah positif. Ejoy =)

 
Character :

Screencaps :

Episode Info :

Awards :
54 Television Academy Awards : Best Actor - Tachi Hiroshi
54 Television Academy Awards : Best Script


Friday, January 8, 2010

Absolute Boyfriend



Year: 2008
 Title (English): Absolute Boyfriend  
Title (Romaji): Zettai Kareshi
Episodes: 11
Viewship Rating: 13.20
Genre: Romance, Comedy
Cast: Hayami Mokomichi, Aibu Saki, Mizushima Hiro

Plot : 
Boleh ke Robot jatuh cinta? Kronos Heaven (syarikat pembuat robot) akhirnya berjaya menghasilkan sebuah robot lelaki yg kelihatan seperti manusia dan telah diprogramkan untuk menjadi seorang boyfriend yg setia serta mencintai pasangannya sepenuh hati. Syarikat tersebut telah memilih Izawa Riko untuk mencuba robot tersebut dalam tempoh 5 hari. Pada mulanya Riko keberatan untuk mencuba robot tersebut namun selepas dipujuk dia bersetuju  untuk mencuba  dan menganggap robot itu sebagai alat eletrik.

Riko memberi nama 'Tenjo Night' kepada robot tersebut dan selama tempoh 5 hari Riko melayan Night dengan dingin dan menyuruhnya tidur di tandas. Walaupun begitu Night sangat sayangkan Riko dan sanggup berbuat apa saja untuknya. Selepas tempoh 5 hari tamat, wakil untuk syarikat robot tersebut datang untuk mengambil semula robot ciptaan mereka namun Riko menyedari bahawa dia sudah mula sukakan Night. Riko bersetuju untuk membeli Night dengan harga yg mahal.  Night juga telah bekerja sebagai pencuci di tempat kerja Riko. Ramai yg cemburu melihat hubungan mesra antara Riko dan Night dan mereka semua tidak tahu bahawa Night itu sebenarnya adalah robot. 

Sementara itu bos Riko iaitu Soshi juga mempunyai perasaan terhadap Riko namun dia tidak berterus terang kerana mengetahui Riko sudah mempunyai kekasih (Night). Riko dan Soshi menjadi kawan dan sering menghabiskan masa bersama-sama. Perkara itu menyebabkan Night berasa cemburu terhadap Soshi. Lama kelamaan Riko juga telah mula sukakan Soshi. Mereka juga bercadang  ke luar negara kerana Riko berjaya mendapat tawaran belajar membuat kek di Paris, namun Riko keberatan kerana tidak mahu meninggalkan Night sendirian. Night yg mengetahui tentang hal itu membuat keputusan untuk tidur selama-lamanya memandangkan keadaannya yg rosak teruk dan tujuan utamanya adalah supaya Riko berjaya mencapai cita-citanya di Paris.


Review :
'Okaeri' hehe suka betol Night sebut perkataan tu. Citer yg unik dan best! Kalo ada masa terluang tu sila lah tgk citer ni. Banyak juga adegan lucu dalam citer ni. Watak Riko nampak sangat real dan kelakar, lebih2 lagi bila dia bersama robot Night. Robot Night sangat baik dan caring! Soshi pula sangat cool dan caring sebenarnya. Memang pening lah Riko nak pilih yg mana, tapi mesti lah dia akan pilih manusia kan walaupun robot tu sangat baik dan mempunyai perasaan sendiri (bukan lagi dikawal oleh program). Ending citer ni sangat sedih dan touching, tak sangka citer kelakar boleh ada ending camni~ wuwuwu

Character:

Screencaps :

Episode Info :
............................................................................................................................................
S P E C I A L

Year: 2009
 Title (English): Absolute Boyfriend  
Title (Romaji): Zettai Kareshi
Episodes: 1
Viewship Rating: 9.0
Genre: Romance, Comedy
Cast: Hayami Mokomichi, Aibu Saki, Mizushima Hiro




Plot :
Special episod menceritakan kepulangan  Riko dan Soshi ke Jepun selepas 3 tahun berada di Paris. Riko dan Soshi juga sudah bertunang dan mereka ingin bertemu dengan Night. Night yg telah dihidupkan semula  datang bertemu Riko namun dia bukan lagi Night yg pernah Riko kenali dulu. ini kerana Night telah hilang ingatan dan lupa akan memori mereka pada 3 tahun yg lepas. Segala percakapan dan tingkah lakunya hanya dikawal oleh program.

Suatu hari Night telah kembali ingat memori2 lama bersama Riko dan perasaan cintanya pada Riko bukan lagi dari program, tapi perasaan sebenarnya seperti manusia. Night yg menyedari hal itu membuat keputusan untuk memusnahkan dirinya kerana dia tidak mahu lagi menganggu kehidupan Riko. 

Review :
Adoi ingat ke sp ni happy ending, rupa-rupanya makin sadis daripada yg dulu..huhu. Kesiannya kat robot Night tu, dah ada feeling2 macam manusia, siap boleh keluar air mata lagi, kesian sangat kat dia. Sedih masa dia persoalkan kenapa dia jadi robot, kenapa dia tak jadi manusia? ;(  . Ending memang sedih, masa Night dan Riko jumpa buat kali terakhir. 

Screencaps :


Buzzer Beat


Year: 2009
Title (English): Buzzer Beat
Episodes: 11
Viewship Rating: 14.30
Genre: Sports, Romance
Cast: Yamashita Tomohisa, Kitagawa Keiko, Ito Hideaki
Kanjiya Shihori, Mizobata Junpei, Aibu Saki
Funny Myspace Comments
 
Plot : 
Kamiya Naoki merupakan seorang pemain bola keranjang yg berpotensi besar namun dia tidak mampu menunjukkan kemampuan sebenarnya di gelanggang.  Suatu hari Naoki bertemu dengan Shirakawa Riko, iaitu seorang gadis ceria, berjiwa kuat dan merupakan pelajar lulusan muzik yg bercita-cita untuk menjadi  pemain violin profesional.  Naoki dan Riko menjadi sahabat baik yg sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain, namun hubungan persahabatan mereka akhirnya bertukar menjadi cinta. 

Naoki sebenarnya sudah mempunyai kekasih yg bernama Natsuki manakala Riko juga sudah mempunyai teman lelaki, iaitu Tomoya (jurulatih kepada Naoki) yg telah jatuh cinta pandang pertama pada Riko. Mereka cuba mengelak daripada perasaan cinta itu kerana tidak mahu melukakan hati kekasih masing-masing. Tak lama kemudian Naoki telah berpisah dengan Natsuki kerana kekasihnya itu telah berlaku curang padanya. Hubungan Riko dan Tomoya juga hanya seperti biasa. Riko berasa kurang selesa apabila bersama Tomoya dan tidak boleh berkongsi semua cerita berbeza dengan Naoki yg dianggap sangat serasi dengan dirinya.  

Akhirnya Riko tidak dapat mengawal perasaannya dan membuat keputusan untuk bersama Naoki. Mereka menjadi pasangan kekasih secara rahsia kerana perlu menjaga hati banyak pihak dan rasa bersalah terhadap jurulatihnya (Tomoya). Hubungan cinta mereka diketahui oleh Natsuki yg ingin kembali semula kepada Naoki, Natsuki cuba untuk merosakkan hubungan Naoki-Riko. Sementara itu, Tomoya pula sentiasa menunggu Riko untuk kembali padanya. Naoki dan Riko mempunyai cita-cita besar untuk berjaya dalam karier masing-masing. Suatu hari Riko mendapat tawaran besar untuk membuat persembahan muzik namun Riko telah menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan Naoki memandangkan lokasi persembahan yg sangat  jauh.  Naoki yg tidak bersetuju dengan perkara itu telah menyuruh Riko untuk pergi mengejar cita-citanya. Apakah yg terjadi selepas itu? adakah hubungan mereka akan terputus selepas itu? jom tengok buzzer beat, hehe buat suspens lak :p

Reviews :
Gabungan basketball dan violin dalam citer ni menjadikan keseluruhan drama menarik. Ada juga scene yg membosankan hehe tapi tak banyak lah. Watak protagonis yg dimainkan oleh Aibu Saki pon menarik, kesian juga dengan watak ni sebenarnya. Gandingan Yamapi dan Keiko memang best dan dorang ada amazing chemistry! Part sedih dan happy silih berganti dan memang membuatkan kita emosi sket kadangkala kui3. Suka watak Mai yg jadi bestfren Riko tu, selamba dan kelakar orangnya. couple lak dengan Shuji (hero Akai Ito) hehe sesuai sangat la tu. Drama yg enjoy untuk ditonton dengan gabungan sukan dan muzik.

Character :

Screencaps :

Episode info :
Awards:
-62nd Television Drama Academy Awards : Best Drama
-62nd Television Drama Academy Awards : Best Scriptwriter - Omori Mika
-62nd Television Drama Academy Awards : Best Theme Song
-13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009) : Best Drama
-13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009) : Best Actor - Yamashita Tomohisa
-13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009) : Best Actress - Kitagawa Keiko 
-13th Nikkan Sports Drama Grand Prix (Summer 2009) : Best Supporting Actress - Kanjiya Shihori 

Girls Myspace Comments

Wednesday, January 6, 2010

Akai Ito

 
Year : 2008 
Title (English) : Threads Of Destiny   
Title (Romaji) : Akai Ito 
Episodes: 11
Viewship Rating : 8.50
Genre: Romance, human drama
Cast: Minamisawa Nao, Mizobata Junpei,
Kimura Ryo, Sakuraba Nanami
 
Plot : 
Drama ini diambil daripada hit mobile novel bertajuk 'Akai Ito' yg ditulis oleh Mei. Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mei yg selama ini telah jatuh cinta dengan Yuya, iaitu rakannya sejak kecil lagi. Namun begitu Yuya sebenarnya menyukai kakak Mei iaitu Haruna. Selepas mengetahui perkara sebenar, Mei cuba untuk mengubati perasaannya dengan mencari keselesaan dalam persahabatan dan lebih dekat teman-teman sekolahnya, Taka, Mia, Yuri, Natsu, Mitsu dan Sara. 

Suatu hari Mei bertemu dengan seorang lelaki yg pendiam bernama Atsushi. Mei dan Atsushi mula menyedari bahawa mereka berkongsi banyak persamaan dan juga mempunyai tarikh lahir yg sama iaitu 29 Februari 1992. Mereka juga sebenarnya telah bertemu secara kebetulan semasa berusia 8 tahun, menyedari tentang hal itu hubungan mereka menjadi semakin rapat dan menganggap satu sama lain sebagai jodoh mereka yg terbaik.Tetapi hubungan mereka tidak kekal apabila ibu tiri Mei memaksa Atsushi meninggalkan Mei. Terdapat rahsia yg wujud antara ibu Atsushi dan keluarga Mei. Atsushi terpaksa meninggalkan dan melukakan hati Mei dengan alasan dia sudah bertemu dengan gadis lain. Atsushi juga telah berpindah sekolah dan mereka tidak bertemu lagi selepas itu.

Beberapa tahun berlalu, hubungan Mei dan Riku menjadi semakin rapat, Riku sentiasa berada disisi Mei semasa Mei dalam kesusahan. Mereka menjadi pasangan kekasih namun begitu sikap Riku yg sangat cemburu dan kerap memukul menyebabkan Mei ketakutan. Tak lama kemudian Mei dan Atsushi bertemu kembali, Riku mula sedar bahawa dia bukan yg terbaik untuk Mei dan ingin mengundur diri dari hubungan itu tetapi Riku telah dilanggar kereta dan mati akibat kecederaan parah. Kejadian itu sangat menyedihkan Mei dan rakan-rakan yg lain. Selepas mengharungi banyak kedukaan akhirnya mereka berdua mengetahui perkara sebenar disebalik hubungan mereka dan takdir  juga telah menentukan bahawa mereka berdua ialah cinta yg sejati.  

Reviews :
Drama yg romantik dan tragik. Walaupun pelakon2 semuanya muka baru tapi lakonan mereka tak mengecewakan. Bukan sekadar cinta remaja sekolah yg biasa2 camtu tapi ada beberapa unsur serius seperti dadah, bunuh diri dan penceraian juga diselitkan dalam citer ni. Part tragik/sedih lebih banyak daripada part happy..huhu ;( kalo lebih banyakkan happy moment lagi best rasanya. Emm tapi suka dengan tema citer ni iaitu 'destined love' sooo beautiful hehe

Character :

Screencaps :

Episode info :

Hello! Myspace Comments

Tuesday, January 5, 2010

1 LITRE OF TEARS VS NOBUTA WO PRODUCE



Mana satu pilihan anda?


 1 Litre of Tears VS Nobuta wo Produce

1 Litre of tears dan Nobuta wo produce merupakan drama jepun keluaran tahun 2005 dan kedua-dua drama ni memiliki kekuatan masing2. Seperti yg kita semua tau drama 1 litre of tears diambil dari kisah benar dan citernye memang sangat sedih dan memberi inspirasi pada penonton, manakala Nobuta wo produce mengisahkan tentang 3 sahabat yg berlainan karakter namun mempunyai chemistry dalam perhubungan mereka. Kalau diberi pilihan antara 2 drama ni, saya akan pilih 1 litre of tears tanpa ragu2 sebab saya rasa drama ni lebih banyak pengajaran dan nilai2 hidup yg sangat bermakna. 

Tapi 1 litre of tears (1LOT) tewas dengan Nobuta wo produce (NWP) apabila drama NWP menerima kemenangan besar di 47th Television Drama Academy Awards. Best drama untuk tahun 2005 ialah NWP, Best actor - Kamenashi Kazuya (NWP), Best supporting actress - Maki horikita (NWP), Best Director, Best Scriptwriter & Best musical arrangement - NWP!  Wah hampir separuh award NWP bolot, hmm tak puas hati juga rasanya dengan keputusan tu tapi nak buat camne kan. Bukan saya nak kondem drama NWP tak bagus, drama tu bagus dan menarik tapi ada drama yg lebih baik dari NWP, 1LOT contohnya. Kalo tak dapat Best Drama untuk tahun tu pun takpe, tapi sekurang-kurangnya award untuk best actress/best supporting actress diberi pada Erika Sawajiri yg memegang watak sebagai Ikeuchi Aya dalam 1LOT. Susah tau nak berlakon watak org sakit tapi erika berjaya melakukannya, kalo nak dibandingkan dengan watak Maki Horikita dalam NWP atau Mao Inoue dalam HYD. Walaupun saya suka Mao tapi rasanya erika lagi layak untuk award tu. hm taktau la itu hanya pendapat saya saje, pendapat org kan berbeza-beza.

Apa-apa pun drama 1 litre of tears akan tetap menjadi favorite saya dan keseluruhan drama tu hampir sempurna, dari OST (only human, konayuki, sangatsu kokonoka), cast (erika, ryo, narumi riko), skrip, plot dan semua lah. Walaupun terkilan sikit drama ni tak menang apa-apa (mungkin jepun sendiri tak menghargai hasil kerja yg bagus ni)  tapi saya yakin pasti ramai lagi peminat citer ni diseluruh dunia yg lebih menghargai 1LOT. hidup 1LOT! hehe ;)




Monday, January 4, 2010

Haloooo

HAPPY NEW YEAR 2010! 
huhu terlambat lak nak wish
Wahh..lamenyer tak update blog ni..
agak busy sikit  hehe..
sy akan tulis tentang drama2 jepun lagi, tunggu bila ada masa lapanggg nnti ;)

ok, bye2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...