Pages

Friday, March 16, 2012

Virgin Snow


Year : 2007
Title (English) : Virgin Snow
Title (Japanese) : Hatsukoi no yuki
Title (Korean) : Cheot Nun
Genre: Romance 
Director : Sang-hee Han 
Writer: Kazuhiko Ban
Producer: Joo-sung Kim, Kazuo Kuroi, 
Jonathan Kim, Hyeong-jun Kim
Running Time : 101 min.
Cast: Lee Jun Ki, Aoi Miyazaki, Shun Shioya, Ayaka Morita


SINOPSIS
Filem yang berkisarkan tentang percintaan pemuda Korea Selatan dan gadis Jepun. Kim Min adalah seorang pelajar dari Korea Selatan yang melawat ke Jepun kerana mengikuti bapanya. Semasa di Jepun dia bertemu dengan seorang gadis yang memiliki sepasang mata yang cantik bernama Nanae Sasaki. Kim Min sangat teruja untuk mengenali gadis itu dan hasratnya tercapai kerana Kim Min memasuki sekolah dan kelas yang sama dengan Nanae.
  
Kim Min cuba mendekati Nanae walaupun halangan bahasa mereka, memandangkan Kim Min tidak fasih berbahasa Jepun, namun semua itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkawan dan akhirnya bercinta. Tetapi kisah cinta mereka terhenti apabila Kim Min tergesa-gesa kembali ke Korea kerana neneknya sakit tanpa sempat memberitahu Nanae. Selepas neneknya pulih, Kim Min kembali ke Jepun tetapi dia tidak lagi bertemu Nanae yang telah menghilangkan diri tanpa sebarang pesan. 

 Beberapa tahun berlalu, Nanae menghadiri Pesta seni di Muzium Korea Selatan di mana dia meletakkan karya seni untuk paparan. Tanpa disangka mereka berdua bertemu di situ, sungguhpun Nanae gembira melihat Kim Min sekali lagi, namun Kim Min seolah-olah tiada perasaan lagi terhadap Nanae. Kedua-dua mereka berlalu dengan perasaan bersalah. Setibanya Kim Min di rumah, dia menjumpai sesuatu dari neneknya dan terus bergegas mencari Nanae kembali.



REVIEW
Wah Jepun+Korea memang gabungan yang best. Ceritanya okay, menarik dan tak memeningkan kepala. Kisah cinta mereka sangat pure dan innocent, tapi mereka berdua tiada komunikasi yang baik, terutama masa dalam keadaan penting. Akhirnya masing-masing salah faham antara satu sama lain sampai bertahun-tahun. Kalo nak balik kampung/pindah/pegi angkasa lepas bagitau la dulu, ini main hilang jek. Dah ler masing-masing tak canggih sebab takde facebook atau handphone hehe.

Lokasi filem ni cantik-cantik dan membuat kita teruja nak ke sana hari ni jugak. Pelakon pun best, lagu pun best, eh best ke? lupa lak camne lagunya hehe. Antara satu pengajaran dari filem ni ialah - pentingnya komunikasi. bahaha yelah geram betul tengok gelagat mereka, tapi nasib baiklah kebenaran dan persoalan di kepala Kim Min akhirnya terjawab di hujung-hujung cerita. Lembab la Kim MIn ni.kahkah. Ok mari layan Virgin Snow!


CHARACTER
SCREENCAPS
SOUNDTRACK

Virgin Snow  
Prologue
Rain In My Heart (English Version) - 장연주  
Virgin Snow (Japanese Version) - The One
Hello! Myspace Comments

Thursday, March 15, 2012

Tatta Hitotsu no Koi


 Year : 2006
Title (Romaji) : Tatta Hitotsu no Koi
Title (English) : Just One Love / Love of my Life
Episodes: 10
Viewship Rating : 11.61
Genre: Drama, Romance
Cast: Kamenashi Kazuya, Ayase Haruka, Tanakaka Koki
Hiraoka Yuta, Toda Erika, Kaname Jun


SINOPSIS

Drama mengisahkan cinta murni Hiroto Kanzaki dan Nao Tsukioka yang bebeza darjat. Hiroto Kanzaki datang dari keluarga yang kurang bernasib baik, bekerja sebagai pembaiki kapal di sebuah kilang kecil dan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ibu dan adiknya yang sakit. Berbeza dengan Nao Tsukioka yang datang dari keluarga yang kaya-raya dan cukup segala-galanya.


Pertemuan pertama mereka agak lucu apabila Hiroto secara tidak sengaja telah mengotorkan baju Nao dan sejak dari itu mereka berkenalan. Walaupun Nao berasal dari keluarga kaya namun dia adalah seorang gadis yang sangat baik, naif dan merendah diri, sikapnya itu telah membuatkan Hiroto jatuh hati padanya. Kawan baik Hiroto dan Nao banyak membantu merapatkan lagi hubungan sehingga mereka bercinta, tetapi ia ditentang hebat oleh keluarga Nao dan cuba memisahkan mereka.

 Akur dengan kehendak keluarga Nao, mereka berpisah namun telah berjanji antara satu sama lain untuk menyalakan lampu dari rumah masing-masing pada setiap ulangtahun mereka tanda ingatan dan cinta. Masuk tahun ketiga, Nao tidak menyalakan lampu untuknya dan ianya membuatkan Hiroto putus asa dengan Nao. Tahun keempat Nao pula yang menyalakan lampu namun tidak dibalas oleh Hiroto. Akhirnya mereka menerima kenyataan bahawa tiada jodoh lagi buat mereka berdua dan masing-masing membawa haluan hidup sendiri.


Tidak lama selepas itu mereka bertemu lagi, Nao akan berkahwin dalam masa terdekat manakala Hiroto telah bekerja dengan satu syarikat besar. Nao jatuh cinta lagi dengan Hiroto, namun Hiroto bersikap dingin akibat salah faham dengan situasi lalu. Nao membatalkan perkahwinan dan ingin pergi jauh, walau dia merasakan Hiroto tidak lagi cintakannya, tetapi Hiroto tetap berada dalam hati Nao untuk selamanya.




REVIEW

 Cartoons Myspace Comments

Hi. inilah antara drama cinta yang mesti ditonton. Memang banyak drama yang berkisarkan pemuda miskin jatuh cinta dengan gadis kaya lalu mendapat halangan keluarga, tapi cerita ni sangat menarik dan logik. Kisah cinta mereka simple tapi perasaan sayang antara mereka sangat dalam. Kesedihan mula dirasai apabila mereka dipisahkan namun ia mengajar mereka untuk jadi lebih matang dan berwawasan..wah ayat.kahkah~

Watak Nao yang naif dan jujur memang sangat comel dan sepantas kilat dapat mencairkan hati Hiroto, hehe. Drama ni tak serius 24 jam tau, ada part jiwang sikit, part kelakar+lawak bodoh tak pandai dan ada part mencengkam jiwa apabila Hiroto marah dan bengang dengan Nao tahap suhu oven 180 darjah celcius..huhu kesian Nao. Nak tau apa sebab kena marah? Kena lah tengok sendiri muehehe. Marilah mari layan drama ni, lakonan mantop Kamenashi Kazuya dan Ayase Haruka :) 


CHARACTER


SCREENCAPS



EPISODE INFO


Bye Myspace Comments



Wednesday, February 29, 2012

29.2.2012

29.2.2012....

Thursday, September 8, 2011

Swing Girls

Year : 2004
Title (English) : Swing Girls
Genre: Comedy
Directed by : Shinobu Yaguchi
Running Time : 105 min.
Cast:  Juri Ueno, Yuta Hiraoka, Shihori Kanjiya


                                      PLOT                                       

Suatu hari di sebuah kelas, Tomoka dan rakan-rakannya telah diberi tugas untuk menghantar makanan tengah hari kepada pasukan pancaragam sekolah mereka yang sedang membuat latihan di stadium. Malangnya mereka semua tertidur di dalam keretapi dan terlepas perhentian mereka yang sepatutnya. Mereka turun di perhentian berikutnya dan terpaksa berjalan kaki jauh untuk sampai ke stadium. Tugas mereka telah selesai namun sesuatu yang aneh telah berlaku apabila semua ahli pasukan jatuh sakit dan dikerjakan ke hospital setelah makan makanan tersebut.

Pada keesokkannya Nakamura berhasrat untuk mencari ahli pancaragam baru untuk menggantikan ahli-ahli lama yang sakit namun tidak berhasil. Nakamura melihat Tomoka dan rakan-rakannya yang sedang ketawa, lalu dia meminta mereka menyertai pancaragam atau mengugut akan memberitahu fakulti bahawa makanan itu rosak disebabkan oleh Tomoka dan rakannya. Mereka bersetuju, kerana ancaman dan untuk mengelakkan kebosanan mengambil kelas matematik pada musim panas. Mereka telah dilatih oleh Nakamura dari awal untuk bermain instrumen. Akhirnya mereka dapat bermain instrumen dengan baik setelah bekerja keras membuat latihan siang dan malam.



Hanya tinggal seminggu untuk pertandingan bermula dan kesemua mereka telah bersedia dan sangat gembira untuk bermain instrumen mereka di depan khalayak ramai tetapi hasrat mereka terkubur apabila pasukan pancaragam asal telah pulih dan kembali untuk menyertai pertandingan itu. Tomoka dan rakan-rakan sangat hampa dan berputus asa, namun tidak lama kemudian mereka mengambil inisiatif untuk memulakan band Jazz mereka sendiri dan memanggil diri mereka Swing Girls and A Boy. Bersama-sama dengan bantuan guru matematik, mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk bersaing dalam pesta muzik pelajar yang akan datang.


                                       REVIEW                                          

Movie yang cute, kelakar dan sangat menarik!  Plot citer bertambah best bila mereka decide nak tubuhkan band sendiri, memang banyak sangat adegan kelakar.  Antaranya masa dorang pergi kutip cendawan di  kawasan pergunungan pastu kena kejar dengan babi liar, haha lawak. Mereka semua bertekad  kumpul duit dengan bekerja di kedai runcit untuk beli instrumen sendiri, wahh bagus budak-budak ni kan. Masa last mereka semua masuk pesta muzik tu memang best, akhirnya tercapai juga hajat mereka. Best dan terharu lak tengok kesungguhan mereka. Tengok lah.Try it ;)


                                     CHARACTERS                                  


                                 SCREENCAPS                                      



                                           AWARDS                                         

2005 (28th) Japan Academy Prize - February 18, 2005
  • "Screenplay of the Year" (Shinobu Yaguchi)
  • "Outstanding Achievement in Music" (Mikki Yoshino, Hiroshi Kishimoto)
  • "Outstanding Achievement in Sound Recording" (Hiromichi Kori)
  • "Outstanding Achievement in Film Editing" (Ryuji Miyajima)
  • "Rookie of the Year" (Yuta Hiraoka & Juri Ueno)
  • "Most Popular Film"

Wednesday, September 7, 2011

Voice of Murderer


Year : 2007
Title (English) : Voice of a Murderer
Hangul: 그놈 목소리
Revised romanization: Geu nom moksori
Genre: Thriller
Directed by : Park Jin-Pyo
Running Time : 122 min.
Cast:  Sol Kyung-Gu, Kim Nam Joo, Kim Yeong Cheol


 . PLOT .
 
Han Gyeong-Bae adalah salah seorang personaliti television yang terkenal dan dihormati. Han seolah-olah mempunyai kehidupan yang sempurna dan bahagia bersama isteri dan  seorang anaknya yang berusia 9 tahun, Sang-Woo. Namun kehidupan Han berubah apabila anak kesayangannya tidak pulang ke rumah. Sang-Woo telah diculik di kawasan  taman permainan rumah mereka. Tidak lama kemudian, Han menerima panggilan telefon dari penculik tersebut yang meminta  wang tebusan  $100,000 dan berjanji akan melepaskan Sang-Woo jika Han tidak membuat laporan polis dan menurutinya.
 
Penculik tersebut tetap tidak melepaskan Sang-Woo walaupun dia telah mengambil wang tebusan. Han terus menunggu panggilan dari penculik dan cuba memenuhi segala permintaannya  tetapi semuanya tidak berhasil. Akhirnya isteri Han telah membuat laporan polis untuk membantu menyelamatkan anaknya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak polis untuk menangkap penculik licik itu namun semuanya gagal. Han berputus asa kerana merasakan anaknya sudah mati, namun apabila dia mendengar suara Sang-Woo memangilnya di telefon, dia kembali percaya anaknya masih hidup dan besar harapannya untuk membawa Sang-Woo pulang.
 
Han menuruti segala arahan penculik yang sekali lagi meminta wang tebusan darinya dan dia sanggup berbuat apa saja untuk bertemu Sang-Woo tetapi semuanya sia-sia sahaja. 44 hari selepas kejadian culik itu, pihak polis menemui mayat Sang-Woo di pembentung Sungai han dan perkara itu sangat menyedihkan buat Han dan isterinya. Sejak itu penculik tersebut tidak lagi menghubungi mereka. - Cerita ini berdasarkan kisah benar tentang peculikan dan pembunuhan kanak-kanak 9 tahun yang berlaku pada tahun 1991, penjenayah sebenar masih tidak dapat ditangkap dan telah ditutup kes pada tahun 2006.
 
 
 . REVIEW .

Ok citer ni memang sedih dan menyentuh hati lebih-lebih lagi bila memikirkan ianya adalah dari kisah benar. Tiada adegan ganas namun penuh dengan tekanan psikologi yang membuatkan kita semua beremosi huhu. Jalan citernya simple saje dan mudah difahami, pelakon juga menjiwai watak dengan baik sekali. Sangat kesian tengok Han yang banyak kali dipermainkan oleh penculik jahat tu, dan suara penculik dalam telefon tu kadang-kadang menakutkan grr. Pendek kata citer ni memang bagus! untuk yang ada anak kecil memang eloklah tengok citer ni agar menjadi pengajaran bersama.


.CHARACTERS.



.SCREENCAPS.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...